Total Pageviews

Monday, September 5, 2016

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus⁠⁠⁠⁠
Perkongsian Sore... ✍🏼

Seorang lelaki datang ke kedai gunting untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.

Seperti biasa, si penggunting rambut itu menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.

Tiba tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?”

Tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara?

Manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita di sana berperang di sini berperang Asyik bergaduh saja di mana mana”.

Adu si penggunting rambut.

"Lihat di negara kita Sana sini buang bay, Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar
Masalah sosial lagi Rasuah lagi. Teruklah”.

Sambungnya lagi dengan menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada”

Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman saja?
Kan senang”
Ujar si penggunting rambut yang umurnya 40an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki lelaki remaja di sana, Dan pakcik tua di seberang jalan yang sedang duduk tu?”

Tanya lelaki itu...

“Ya, saya nampak Kenapa?”

Si penggunting rambut bertanya kembali...

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya nampak macam tak terurus. Setuju tak?”

Lelaki itu meminta pandangan...

“Ya, betul. Saya setuju” Si penggunting rambut mengiakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting tiada kah?”

Tiba tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak.. Bukan sebab tu ni saya ada ni” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?”

Lelaki tersebut bertanya kembali...

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut mereka tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.”

Jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan kita Allah tetap ada.

Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada.

Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan”

Kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Merekalah yang telah mengabaikan perintah Allah, Allah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga kitabNYA al-Quran

Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera.

Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe.”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi?”

Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti tak pasal pasal saya kena tikam nanti. hehe..

Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya”

Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga..

SESUNGGUHNYA ALLAH  MAHA MELIHAT, MAHA  MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI

Mudah2an apa yang kita baca ni dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar. Aamiin Allahumma Aamiin...⁠⁠⁠⁠
MUHASABAH DIRI:
[JANGAN SEKALI KALI BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH]

Firman Allah SWT :
لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ
"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"[39:53]

Diriwayatkan dari Anas r.a., beliau berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman di dalam Hadith Qudsi yang bermaksud :

“Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya bagimu apa yang kamu pintakan kepadaku dan kamu mohonkan kepadaku, aku mengampunimu atas apa yang ada padamu dan aku tidak memperdulikannya (berapa besar dan banyak dosa yang ada padamu), wahai anak adam, seandainya engkau datang denga dosa-dosamu sebanyak awan di langit, kemudian engkau memohon ampunanku, maka aku mengampunimu, wahai anak cucu Adam, sesungguhnya seandainya engkau datang kepadaku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemuiku dengan tanpa menyekutukanku sama sekali, maka kutemui engkau dengan ampunan sejumlah itu pula”.

[HR At-Tirmidzi dan Imam Ahmad, dan sanadnya Hasan]⁠⁠⁠⁠
Maulana Umar Palampuri rah

Seluroh Indopak, juga hampir di seluruh dunia mengenali siapa itu Maulana Umar Palanpuri rah. Beliau dikenali sebagai “Suara Emas Dalam Kerja Dakwah” (Golden Voice of Dakwah Work). Sewaktu penulis berada di India pada 1990 ketika keluar 40 hari Masturat sempat menghabiskan masa beberapa hari di Markaz Dunia, Madrasah Kasyaful Ulom, Masjid BangoWali, Nizamuddin, India. Ketika itu penulis berkesempatan berada beberapa kali di dalam majlis beliau.

Pada waktu yang sama juga markaz didatangi rombongan yang pertama yang sebelum ini belum pernah sampai ke situ. Ia itu rombongan pertama dari Russia (USSR). Seingat penulis rombongan itu terdiri dari tujuh orang yang pakaian dari ketayap sampai ke stokin warna yang sama iaitu warna biru. Sesampai mereka di markaz berkebetolan dengan malam perhimpunan mingguan di daerah berkenaan. Kesemua mereka berada di tempat khas di atas kolah wudhuk berhadapan dengan pintu masjid (sekarang ini sudah tiada). Pada petang itu Maulana Umar Palanpuri rah memberi bayan (ceramah) yang mana dalam bayan tersebut beliau menyentuh bagaimana asal ujudnya fahaman Kominis.

Fahaman berkenaan bertapak apabila sistem Zakat yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis Nabi gagal dilaksanakan. Akhirnya gulongan miskin terpinggir dan seterusnya fahaman ini mulai bertapak. Beliau mengulas begitu panjang lebar sehingga penulis tidak sangka bahawa maulana yang begitu sibuk dengan ilmu agama dan madrasah begitu arif dengan sistem politik semasa serta begitu mahir dengan berbagai idologi yang ujud akhir-akhir ini.

Di dalam bayan beliau, beliau begitu yakin dengan kedatangan tetamu ronbongan jemaah pertama dari Russia itu menjadi titik permulaan perkembangan dan kebangkitan Islam di negara berkenaan. Beliau bersumpah dengan nama Allah swt bahawa Russia (USSR) akan berpecah satu persatu selepas dua tahun dari sekarang. Kata-kata beliau mengejutkan ramai hadirin yang hadir termasuk penulis. Ternyata selapas dua tahun kata-kata beliau ianya benar-benar menjadi kenyataan. Satu persatu Negara Kesatuan Russia telah berpecah. Cechnya, Yogoslavia,Cekoslovakia,Bosnia,Serbia,Angustia,Balarus dan lain-lain. Kata-kata beliau dua tahun selepas itu benar-benar berlaku.

Kekadang bila beliau membaca potongan ayat-ayat Quran, irama suaranya begitu sayu menahan sebak yang pastinya akan menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengar. Kekadang juga bila beliau menceritakan kisah Asyash yang beliau nukilkan dari kitab “maarif e mathnawi” karangan Maulana Hakim Muhammad Akhtar serta tafsiran oleh Syeikh Jalaluddin Rumi, beliau akan menangis sambil menahan sebak. Hadirin juga akan turut menangis ini termasuklah jemaah luar negara, Eropah, Amerika serta juga dari beberapa Negara Arab miski pun bayan di dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.

Bayannya cukup memberi kesan di dalam hati hadirin yang mendengarnya. Ada beberapa orang tetamu luar negara yang datang ke Markaz Nizamuddin tersebut semata-mata ingin bertanyakan sesuatu berkaitan Jemaah Tabligh, namun apabila selesai mendengar bayan dari beliau, jawapan persolan berkenaan akan terjawab di dalam bayan tersebut. Ini diperakui oleh banyak tetamu yang datang ke Markaz Nizamuddin.

Mengikut maklumat yang diterima, bahawa beliau semasa kecil dipelihara dan dididik oleh ibunya yang terkenal sabagai saorang wanita yang solehah ketika itu. Ketika masih kecil beliau menunjukkan tanda-tanda kecerdikkan yang mana dengan kecerdikan tersebut membuatkan bapa saudaranya menyekolahkannya mengikut pendidikan sekular yang ada ketika itu. Namun sebaliknya ibunya yang solehah itu berkeinginan anaknya itu diasuh dengan pengajian dan pendidikan agama yang akhirnya inilah terjadi kepada maulana.

Ketika masih umur kanak-kanak beliau telah pun menghafal Al-Quran dan ketika remaja beliau seterusnya melanjutkan pelajaran agamanya di Darul Ulum Deoband yang berkesudahan mendapat keputusan yang cermelang sehingga mengkagumkan guru-guru beliau. Pun begitu di dalam bidang kerohanian, beliau menjadikan Syeikhul Hadis Maulana Zakaria Al-Kandalawi rah sebagai Syeikh Khalifah beliau.

Seringkali di dalam bayan beliau, takkala beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan menceritakan bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi perhatian kepada beliau serta berkata,”Sekarang ini tidak ada yang mendengar melainkan ibu sahaja namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahawa ribuan orang akan mendengar apa yang kamu cakapkan.” Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau akan menangis terisak-isak di hadapan ribuan dan jutaan manusia yang mendengar bayan beliau. Doa ibu beliau telah pun dikabulkan.

Pada 21 May 1997 jam 1.30 petang bersamaan hari Rabu, beliau telah dipanggil oleh Allah swt pulang ke rahmatullah di Nizamuddin, India. Inya terjadi setelah beliau beserta beberapa orang elders Nizamuddin bersafar ke Ijtimak Agra dan di dalam perjalanan, beliau telah jatuh sakit serta pulang semula ke Delhi. Kemudian beliau dimasukan ke hopital dan telah dibenarkan pulang namun selepas itu beliau diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Sekitar 80an dan awal 90an beliau begitu suka dengan jemaah dari Malaysia serta akan menyapa serta bersarapan pagi bersama jemaah dari Malayisa. Kesukaan beliau dengan jemaah Malaysia kerana ketika itu kebanyakkan yang datang ke markaz Nizamuddin adalah muda-muda belaka.

Pengurbanan beliau terhadap agama memberi menafaat yang banyak kepada ramai manusia yang datang ke Nizamuddin, India.

Semuga Allah swt mencerahkan tempat rehat beliau dan menerima pengurbanan beliau.

P/s : Allahum maghfir lahu warhamhu wa’afihi wa fuanhu. Amin !

Hambali saad
Allahu - Makcik Mengadu Tabligh Kotor Live di TV

Asalam Bhai, satu Karkuzari live daripada TV di Indonisia.

Di sebuah penempatan yang padat di Indonisia yang mana rumah nya rapat rapat telah terdapat satu Surau, dan pada suatu hari telah datang satu Jemaah Dakwah Tabligh Jalan Kaki ke Surau tersebut, bersebelahan Surau itu tinggal seorang Makcik.

Kebetulan semasa kedatangan Jemaah tersebut makcik tadi sedang menonton sebuah Rancangan Agama Soal Jawab TV secara live yang digemari ramai dan di Hostkan oleh seorang Ulamak Selebriti yang terkenal di sana iaitu Pak Kiyai Dai Kondang, melihat akan kedatangan Jemaah Dakwah Tabligh Jalan Kaki ke Surau di sebelah rumahnya, Makcik tadi cepat cepat menelefon Rancangan TV yang di tontonnya...dengan izin Allah dalam jutaan panggilan yang dibuat secara live panggilan telefon Makcik tadi telah dipilih untuk keudara..

Makcik tadi terus membuat aduan dan pertanyaan yang mana ianya di dengari dan di tonton secara live oleh jutaan rakyat Indonisia, kata Makcik tersebut..

"Ya Ustaz, sekarang Surau saya di masuki oleh sekumpulan jemaah Dakwah yang pakaian nya kotor dan bajunya kusut masai dan mereka malah memasak di Surau itu...!!! perlukah saya membuat aduan kepada Pihak berkuasa atau mungkin Ustaz boleh mengambil tindakan terhadap mereka dengan segera..!!!

Mendengar sahaja pengaduan Makcik tadi Pak Kiyai Dai Kondang terus menjawab..

"Wahai Ibu yang aku hormati dan sayangi... Sekirannya ibu melihat pakaian mereka kotor maka ibu ambil lah pakaian mereka dan tolong basuh kan dan sekiranya baju mereka kusut masai maka ibu tolong lah seterika kan nya dan sekiranya ibu melihat mereka memasak maka ibu ambil lah makanan itu dan masakan makanan yang paling istimewa dan hidangkan kepada mereka...
Sesungguhnya wahai ibu ku Pekerjaan yang mereka sedang lakukan itu Terlebih Mulia daripada pekerjaan ku sekarang ini dan kedudukan mereka itu Terlebih Tinggi kedudukannya dari kedudukan ku disaat ini"...lalu Pak Kiyai Dai Kondang menanggis....

Peristiwa dan perbualan ini di dengar dan di tonton oleh jutaan orang ramai di kaca TV.

Allahuakhbar...!!! Ayuh bentuk jemaah kita keluar Bhai...!!! aku sebak Bhai.....⁠⁠⁠⁠

Wednesday, August 31, 2016

Alfatihah buat Rasulullah,ahli keluarganya,  para sahabah,  syuhada, guru2,  ibubapa kita serta muslimin & muslimat.. Alfatihah... Moh kite renungkan

Etika Di Masjid

1. Hindari berbicara tentang masalah duniawi ;

روي عن الحسن أن النبي صلى الله عليه وسلم : يأتي على أمتي زمان يكون حديثهم في مساجدهم لأمر دنياهم ، ليس لله فيهم حاجة فلا تجالسوهم .
Nabi shalallahu alaihi wa sallam bersabda : " Akan datang suatu masa dimana pembicaraan umatku tentang masalah DUNIAWi mereka berada di dalam masjid. Allah tidak butuh mereka, karenanya, jangan kamu duduk duduk dengan mereka."

2. Menjadikan masjid sebagai rumah idaman :

قال الحكيم بن عمير صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم : كونوا في الدنيا أضيافا، واتخذوا المساجد بيوتا وعلموا قلوبكم الرقة ، وأكثروا التفكر والبكاء لا تختلفن بكم الأهواء .
"Seorang sahabat Nabi bernama Hakim bin Umair berkata: " Bertamulah kamu di dunia ini, jadikan masjid masjid sebagai rumah idaman, ajari hatimu tentang sikap lemah lembut, perbanyak interopeksi diri, menangis karena takut pada Alloh dan sungguh janganlah keinginan nafsumu menjadikan dirimu berubah tidak ta'at."

3. Menjaga kesucian dan kehormatan Masjid :

 قال الفقيه رحمه الله تعالى : إنما يصير للعبد  منزلة عند الله تعالى إذا عظم أوامره ، وعظم بيوته وعباده .....
Al Imam al Faqih berkata:  "Seorang mukmin akan memperoleh derajat tinggi di sisi Alloh, bilamana : ia mampu menghormati perintah Alloh, menghormati masjid masjid-Nya dan menghormati para hamba-Nya."

4. Berlama lama di masjid :

قال إبن سبرة : ألمنافق في المسجد كالطير في القفص

" Orang munafik itu jika di dalam masjid seperti seekor burung dalam sangkar "

Ya Alloh .... Anugerahkan pada  kami cinta memakmurkan masjid-Mu.⁠⁠⁠⁠
JADUAL KHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)
- mandi dan ambil wuduk

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud
( 8 rakaat).

5. solat sunat hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak ).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

16.Solat Asar
- solat sunat sebelum

17. Solat maghrib
- solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah Al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah

20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[ustaz Ismail Kamus]

**share ilmu ini utk peringatan semua⁠⁠⁠⁠

Sunday, August 28, 2016

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR
BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

♥JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.
         
SELAMAT BERAMAL...


JGN LUPA KONGSI.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ          Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W⁠⁠⁠⁠
TIGA DOA yang Jangan engkau lupakan dalam Sujudmu . .

1. Mintalah di wafatkan dalam keadaan Husnul Khotimah
.١ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺣﺴﻦ ﺍﻟﺨﺎﺗﻤﺔ .
Allahumma inni as'aluka Husnul Khotimah.
Artinya : " Yaa Allah... Aku meminta kepada-Mu Husnul Khotimah ".

2. Mintalah agar kita diberikan Kesempatan Taubat sebelum wafat
.٢ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺭﺯﻗﻨﻲ ﺗﻮﺑﺘﺎ ﻧﺼﻮﺣﺎ ﻗﺒﻞ ﺍﻟﻤﻮﺕ .
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal mauti.
Artinya: " Yaa Allah... Berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat ".

3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan diatas Agama-Nya.
.٣ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻳﺎ ﻣﻘﻠﺐ ﺍﻟﻘﻠﻮﺏ ﺛﺒﺖ ﻗﻠﺒﻲ ﻋﻠﻰ ﺩﻳﻨﻚ
Allahumma yaa Muqollibal Quluub tsabbit qolbii 'ala diinik.
Artinya: " Yaa Allah... Wahai Sang Pembolak Balik Hati.., Tetapkanlah Hatiku diatas Agama-Mu"

Aamiin...⁠⁠⁠⁠
Perkongsian sis Sha Ramson Abdullah tentang pengalamannya melihat dan bermain dengan makhluk halus semasa usianya masih kecil. Wallahu'alam.

Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya taip semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu...

Masa umo saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK, BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka. Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters Kesihatan Jasin, Melaka.

Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut. Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4 tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!

Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makhluk makhluk tu. Mungkin mereka itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia, sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah. Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa apa... saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu. Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.

Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : "Tuuu... Tuuuu.... Mak tak nampak ke?" kata saya sambil menunjuk semua makhluk-makhluk disekeliling saya.

Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum, ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili saya semua dah takut haha!

Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut, sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada. Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.

Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat, tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak apa-apa makhluk dengan izin Allah.

Allah Maha Tahu.
Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya :D

Anyway... Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :

1) bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain. Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke... sebab bagi diorang dunia kita ini adalah permainan bagi diorang. Allah pun cakap dalam Quran "Innamal hayatud dunya la'ibuw" kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan...

2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita wajib baca doa sebelum makan dan minum. Kalau tak baca doa makan, diorang pun makan sekali dengan kita. Sebelum kita baca doa makan lagi diorang dah duduk bertenggek pada pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan minuman yang kita nak suakan ke mulut kita. Bayangkan sekecil-kecil sudu garfu itu pun diorang boleh duduk bertenggek nak tumpang makan dengan kita, apatah lagi pada pinggan nasi korang? Bukan seekor dua pula tu yang menunggu nak makan sekali dengan kita tapi berpuluh-puluh ekor! So, wajib baca doa sebelum dan selepas makan.

3. Islam suruh kita tutup makanan yang terdedah dan makanan yang terbiar sebab makhluk lain boleh makan makanan kita yang terdedah dan terbiar tu. Cara mereka makan makanan yang terbiar dan terdedah adalah dengan menghidu makanan tersebut. Sebab itulah makanan yang terdedah itu cepat rosak dan basi. Makhluk ini tak tahu apa itu meja tempat letak makanan. Mereka hanya tahu makanan sahaja. Sebab itulah mereka pijak-pijak & melompat-lompat atas meja makan. Paling sadis, makhluk ini main langkah-langkah dan mencangkung pada makanan yang terdedah & terbiar itu. Paling hardcore... tak mustahil makhluk-makhluk ni boleh berak, kencing pada makanan yang terdedah dan terbiar tu.

4. Kita tak nampak makhluk lain, jangan ingat mereka takde disekeliling kita. Sebab itulah Islam suruh kita mandi jangan tanpa seurat benang sekalipun. Paling kurang pun, mandilah pakai seluar dalam. Awak tahu kenapa saya cakap macam ni? Sebab bila kita mandi tak pakai apa-apa, dia pun main air dengan kita sambil ketawa-ketawa tengok badan kita. Scary wei kalau tiba-tiba kita dah besar ni nampak ada makhluk lain muncul depan kita main air dalam toilet dengan kita... Dah lah bilik air tu rumah syaitan. Haaa ini pengalaman saya masa kecik-kecik dulu dok main dengan anak jin sampai time mandi kahkah!

5. Makhluk-makhluk ni sentiasa ada disekeliling kita cuma kita yang tak nampak. So kalau tidur tu, kalau boleh jangan tidur bogel. Tak kisahlah awak tu lelaki ke perempuan sebab diorang ni makhluk yang bernafsu jugak macam manusia. Malam-malam kita tidur bogel, tak mustahil makhluk-makhluk ini yang akan belai-belai setiap inci badan kita, cuma kita je yang tak sedar, tak rasa, tapi diorang puas. So sebelum tidur, jangan lupa ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, amalkan surah-surah lazim. Insya'Allah Allah jaga kita.

6. Jangan mensyirikkan Allah. Jangan percayai ayat-ayat suci yang dijadikan frame sebagai alat untuk menghalau jin atau kuasa jahat. Frame ayat suci itu hanya makhluk. Makhluk tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Kita wajib percaya pada Allah, wajib beriman pada Allah. Ayat Al-Quran itu hanya asbab, bukan untuk disyirikkan dengan percaya ia dapat menghalang kuasa jahat.

7. Ibubapa tolong perhatikan anak-anak anda. Jangan kerap membiarkan anak-anak bermain seorang diri. Makhluk-makhluk macam ni mudah dibuat teman. Anak-anak mudah berdamping dengan golongan mereka. Walaupun anak tunggal, wajib berikan perhatian sepenuhnya. Makhluk-makhluk begini suka pada kanak-kanak dan mudah memperdayakan mereka. Paling membimbangkan, makhluk-makhluk ini kalau dah suka anak-anak kita, tak mustahil dia bawa lari, sorokkan ke dunia dia.

8. Sebab kita tak nampak makhluk-makhluk ini, maka suami isteri kena berjaga-jaga. Baca doa sebelum dan selepas bersama suami isteri. Ini penting. Tak ramai pasangan Islam yang ambil berat. So perbanyakkan ilmu agama, belajar tambah ilmu. Islam ini agama yang sangat menjaga kita.

Alhamdulillah. Terima kaseh, Allah. Kalau Allah tak bagi saya peluang nampak benda-benda macam ni masa kecik-kecik dulu, tak ada lah penyampaian ini. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu kejadian itu bukanlah dengan sia-sia, tapi untuk kita belajar, tahu, kenal dan diambil pengajaran.

Sila SHARE supaya lebih ramai yang peka.⁠⁠⁠⁠
4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah...

Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

-Tuan Guru Dr Haron Din⁠⁠⁠⁠
BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SOLAT DHUHA
💡💡💡💡💡💡💡💡💡💡💡

Pertama : orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. "Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”(HR. Turmudzi)

Kedua :*barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. *"Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga : orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. "Barangsiapa yang shalat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.”(HR. At-Thabrani).

Keempat : orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk surga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. "Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

Kelima : Allah menyukupkan rezekinya. "Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.”(HR. Abu Darda`).

Keenam : orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Ya Allah mudahkanlah kami untuk selalu mengamalkan solat dhuha.

JOM KITA PAKAT2 SOLAT DHUHA⁠⁠⁠⁠
KEKASIH ALLAH DIKALANGAN ORANG BERDOSA

Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa ‘alaihissalam yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah Subhanahu Wa Taala kemudiannya memberikan wahyu kepada Nabi Musa ‘alaihissalam.

Allah berfirman: “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orang telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka pergilah engkau uruskan jenazahnya.”

Kemudian Nabi Musa ‘alaihissalam pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa ‘alaihissalam bertanya kepada orang-orang: “Beritahulah aku tempatnya.” Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam melihat mayatnya, orang-orang pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa ‘alaihissalam berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata: “Ya Allah, Engkau memerintahkan aku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orang telah menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani.” Tanya Nabi Musa: “Ya Allah, apakah tiga perkara itu?”
Allah berfirman: “Ketika dia di ambang kematiannya,

1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati
Dia berkata: “Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu, hawa nafsuku, teman yang jahat dan Iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku.”

2) Mencintai Orang Soleh
Dia berkata: “Ya Allah, Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasik.”

3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa
Dia berkata: “Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan ke dalam syurga itu akan mengurangkan kerajaan-Mu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yag akan mengasihaniku?”

Lelaki itu kemudian berkata lagi: “Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasih-Mu, Nabi-Nabi-Mu, manakala syaitan dan Iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan Iblis akan bersorak kegembiraan dan para Nabi-Mu dan kekasih-Mu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan.”

Maka, Allah pun berfirman: “Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapan-Ku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya.”

(Riwayat Wahhab bin Munabbih, Kitab Tawwabin susunan Imam Ibnu Qudamah)

————–
Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekali pun. Firman Allah: “Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu” (Surah Al-A’raf : 156).

Dan benarlah sabdaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Janganlah kalian merasa kagum dengan seseorang hingga kalian dapat melihat akhir dari amalnya. Sesungguhnya ada seseorang selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal kebaikan, yang sekiranya dia meninggal pada saat itu, dia akan masuk ke dalam syurga, namun dia berubah dan beramal dengan amal keburukan.

Dan sungguh, ada seorang hamba selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal keburukan, yang sekiranya dia meninggal pada saat itu, dia akan masuk neraka, namun dia berubah dan beramal dengan amal kebaikan.

Jika Allah menginginkan kebaikan atas seorang hamba maka Dia akan membuatnya beramal sebelum kematiannya.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana Allah membuatnya beramal?” Beliau bersabda: “Memberinya taufik untuk beramal kebaikan, setelah itu Dia mewafatkannya.” (Musnad Ahmad, no. 11768)

Wallahu a’lam bissawab...✍🏼⁠⁠⁠⁠

Monday, August 8, 2016

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. kali 40
10. tasbih 40x
11. solat sunat fajar.
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus.

Sunday, August 7, 2016

Mengambil manafaat dari ilmu mereka melalui lidah para ulama dan aulia Allah. Bacalah sahabatku dari hatimu paling dalam, Insya-Allah!

Aku lihat kebanyakan manusia saling bermusuhan. Kemudian aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud — Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya — Al-Fathir: 6. Justeru aku tinggalkan permusuhan dengan mereka dengan hanya menjadikan syaitan sahaja sebagai musuh!

—AlImam Hatim Al-Asam

Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia ertinya ilmu dan amal itu tidak bernilai di sisi Allah dan manusia!

— Hukama

Siapa yang banyak cakap —banyaklah salahnya. Bila banyak salahnya —banyaklah dosanya. Bila banyak dosanya —maka neraka adalah yang utama baginya!

— Sayyidina Umar Al-Khattab

Bukan yang bernama ilmu itu kepandaian atau banyak meriwayatkan tetapi ilmu itu ialah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia!

— Imam Malik b Anas

Jika aku dicaci maki oleh orang yang hina —itu petanda bahawa darjatku akan bertambah kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat perbuatan seseorang!

— Imam Asy-Syafi'e

Tidakkah engkau lihat —Harimau itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam sedang anjing di jalan banyak yang dilempari kerana selalu menyalak!

— Imam Asy-Syafi'e

Suatu ketika aku pernah mendapat penghinaan dari orang bodoh tetapi aku tidak menanggapinya. Dia semakin bodoh dan aku semakin bijak. Ibarat batang kayu cendana —semakin hangus dibakar, semakin harum baunya!

— Imam Asy-Syafi'e

Seseorang yang memiliki sifat warak tidak akan mempedulikan keburukan orang lain kerana disibukkan dengan aibnya sendiri. Ibarat orang sakit —dia tak mungkin menghiraukan penyakit orang lain kerana sibuk memperhatikan penyakitnya sendiri!

— Imam Asy-Syafi'e

Barangsiapa yang tidak beradab, tiadalah ilmunya. Barangsiapa yang tidak sabar, tiadalah agamanya dan barangsiapa yang tidak warak, tiadalah darjatnya di sisi Allah!

— Imam Hassan Al-Basri

Tiada memahami agamanya bagi yang tiada menjaga — Imam Hassan Al-Basri

Hiasilah dirimu dengan sifat Al-Hilm (menahan kemarahan yang sedang bangkit) kerana sesungguhnya itulah tiang ilmu!

— Imam Jaafar As-Sadiq

Orang yang sombong ialah apabila ditegur, dia marah sedang apabila dia menegur, keras dan kasar!

— Imam Al-Ghazali Nukilan ustaz hazri Hashim Al bindany⁠⁠⁠⁠
BACA INI SUPAYA KITA FAHAM AGAMA.

Hari ini suami tidak mampu dtg solat & belajar agama di masjid (adakah termasuk saya & awak?). Maka suami tidak mampu mengajar anak isteri utk memahami Agama. Maka wujud 3 suasana di rumah2 di seluruh dunia:

1-Suasana Rumah Seperti Pawagam

(Rumah jd seperti pawagam.. Tv n Audio yg besar2.. karaoke2.. video2 games.. seakan berada di Pawagam. Anak2 dibesarkan dlm suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv.. menangis bila tgk hindustan.. ada juga ibu bapa yg bersyukur bila anak2 terpilih jd penyanyi buat maksiat di pentas2.. ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam)

2-Suasana Rumah seperti Hotel

(Suasana rumah yg dihias mewah2 seperti Hotel.. setiap tahun tukar sofa baru.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yg lebih merehatkan diri dr ketika berada di rumah Allah.

3-Suasana Rumah seperti Restoran

(Suasana rumah yg dipenuhi dgn makanan seperti restoran.. setiap saat dlm kekenyangan.. fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dgn makanan.. dan pembaziran berlaku dgn begitu banyak)

Sebab itulah kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah tmpt lahirnya manusia2 berubah. Suasana rumah spt rumah Baginda Saw dan Sahabat2 di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah spt Madrasah. Hidupkan suasana bacaan Quran dan Hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah.. Rumah penuh dgn Nur Quran Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya.. keluarga hidup dalam keadaan bahagia. Lahirkan anak2 yg alim alimah, Hafiz Hafizah dan Daie Daieyah yg memperjuangkan Agama di seluruh alam..

Suasana ini yg perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan mcm2 lg tp pencapaian exam tak cemerlang. belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tp sbnrnya hati anak2 gelap sbb tak dgr Hadis. Sbb itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi Saw dan baca kisah2 para sahabat dlm kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi Saw, insan2 yg telah berjaya. Barulah mereka siap untuk hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami. Semoga kita semua niat dan azam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita insha Allah..

Suntingan dari tulisan Ustaz Khann Da'ie.
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah.

Copy dan paste dari group Whats App⁠⁠⁠⁠
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)⁠⁠⁠⁠
🚑 SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK...

Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

👆utk peminat sotong -copy & paste dari group lain-⁠⁠⁠⁠
#Sedutan dari ceramah:- #UstazKazimElias.

Allahurabbi....😔😔😔

Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..

Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..

Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..

Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.

Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...

Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.

Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."

Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.

Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..

Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Pilihlah mana yg kamu nak buat.

Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa.

-Ustaz Kazim Elias-

#SudahkahKiteBersediaMenjadiAhliKuburDiAlamBarzah????😢😢😟😟