Aku pernah beritahu isteri aku, nanti bila abang dah tua, gigi depan semua dah rongak, dah tak hensem lagi macam sekarang, kulit pun dah kedut, badan tinggal tulang, senyuman pun nampak hodoh bangat, nak buang air pun kena angkat, pakai lampin sepanjang hari, entah masa tu kat mana awak agaknya eh?
Isteri aku pun cakap jugak, kalau saya sakit, abg tu entah ke mana, cari perempuan lain agaknya, aku hanya mengangguk tanda setuju, lepas tu kena piat..wakaka..
Semua ni kalau umur panjang, sempatlah aku merasa umur 60tahun tu macam mana agaknya. Tapi aku dah set dalam kepala otak, aku tak akan mengharap apa-apa daripada anak-anak, mahupun isteri, kerana aku tau, bukan senang nak menjaga orang tua, lebih-lebih lagi orang tua itu ialah aku. Biarlah aku menjaga diri aku sendiri. Itu yang aku set dalam kepala otak aku. Bukan apa, nanti kalau mengharap pada orang lain, bila orang lain tak mampu untuk tunaikan harapan tersebut, yang kecewa nya aku juga. Aku taknak menyimpan perasaan kecewa kat anak-anak dan isteri aku sekiranya mereka tak mampu nak jaga aku. Rela aku jadi insan terbuang daripada menyusahkan dorang semua.
Aku dah terbayang, aku tengah potong rumput, tengah lap tingkap, tengah sapu lantai, semuanya kat rumah seri kenangan. Pakai baju buruk je, anak-anak tak datang jengok, tu semua bukan perkara besar dalam diri aku. Biarlah, aku paham, dorang pun perlukan kehidupan, dan nak menikmati semuanya ini. Kalau dorang ingat aku, itu satu hadiah dari Allah swt.
(Apasal sedih pulak post aku nie)
He..he..aku tak suka mewarnai hidup aku dengan kesah-kesah sedih. Tapi tadi aku terfikir, selalunya kita suka kepada yang indah-indah belaka. Yang cantik, yang comel, yang lawa, yang gembira, yang baik, yang bagus, yang elok dan seumpanya. Tapi tak semua keadaan, kita akan mendapat apa yang kita inginkan.
Jadi untuk anak-anak aku, bila dah besar nanti, pandai-pandai lah korang berbuat baik dengan aku selaku ayah kepada korang, yang menjadi jurutera ke atas ibu kamu sehingga terlahirnya kamu. Penat ayah belajar bahagian geografi, untuk mengkaji bentuk muka bumi ibu kamu, sehinggalah akhirnya ayah belajar bahagian yang lebih dalam iaitu biologi, untuk ayah bersama-sama ibu kamu, menghayati pelajaran ini sehingga lewat malam hari...heh..heh. Kamu faham tak?
Ayah ialah pemberi pertama kepada kelahiran kamu, sementara ibu ialah penerima pertama untuk melahirkan kamu. Tak lama selepas tu, perut ibu kamu membesar sikit demi sikit. Hah..kenapa tu agaknya anak-anak ku? – Melalut sudah aku....
Semalam aku pegi bazar ramadhan. Biasalah bazar kan. Namanya pun bazar, mesti sesak dengan orang. Tak pernah aku jumpa bazar sesak dengan kambing ke lembu ke sambil membeli juadah.
Dekat bazar tu aku sempat perhati, yang perempuan le yang aku perhati. Pakaian macam pegi shopping kompleks. Macam nak pegi dating. Adus..dah kurang pahala puasa aku. Yang macam artis pun ada, yang baju belah-belah pun ada. Yang pakai baju tapi macam tak pakai baju pun ada. Tapi bukan tu perhatian aku. Bukan soal ni aku nak ceritakan.
Masa aku lalu kat depan satu kedai, aku ternampak seorang penjual, seorang perempuan muda, yang lebih kurang aku jugak mudanya, seorang yang lemah lembut orangnya. Nasib baik aku jenis orang yang tak mudah terpikat. Maknanya, kalau aku rasa dia seorang yang baik, tentulah korang (lelaki) pun lebih-lebih lagi rasa dia baik..heh..heh.
Tapi tulah, aku cakap korang semua suka yang baik-baik, suka yang cantik, yang lawa, yang comel, yang sopan santun, yang lemah lembut, yang berbudi bahasa dan yang apa2 lagi lah. Perempuan Melayu Semenanjung Terakhir kot. Tapi jodoh korang tak macam tu, anak perempuan korang tak macam tu. Samalah jugak dengan yang perempuan. Suami korang hodoh jek macam aku. Anak lelaki korang pun tak hensem macam bradd pit..
Kita nak anak yang pandai, tapi dapat anak yang sengal. Hehe..nak anak perempuan yang matanya ayu, dapat yang matanya sepet. Setiap apa yang kita nak, realitinya tidak menjadi kenyataan. Soalnya ialah kenapa?
Bersambung – episod 2
Wasalam,
6Sep2010
Total Pageviews
Sunday, September 5, 2010
Thursday, September 2, 2010
Kau Ketawakan Pakistan?
Kita selalunya terlalu cepat menghukum sesuatu. Maksud aku ialah bila kita berdepan dengan sesuatu perkara, contohnya bila kita terlihat wajah seseorang, lekas-lekas kita menghukum sifat dan tingkahlaku orang tersebut. Kononnya kitalah yang paling pakar dengan riak wajah orang lain, tengok je muka dia terus kita tau perangai dia luar dalam, sampai warna seluar dalam dia pun kita tau.
Aku tak suka orang macam ni. Sebabnya bila orang jenis macam gini tengok aku, segera dia membuat kesimpulan aku seorang yang macam ini lah, yang macam itulah, sedangkan hakikatnya aku bukan yang seperti dia simpulkan. Karang, dia pulak yang aku simpul-simpulkan.
Korang pun tentu tak suka jumpa orang mcam gini kan, bila jumpa korang jek, tengok muka Korang yang tak pernah senyum tu, terus orang kata korang ni sombonglah, berlagaklah, hidung tinggilah, dada bidanglah, tapak kaki busuklah, ketiak berdaki lah..dan macam-macam lagi yang korang sendiri tak larat nak dengar.
Terlalu cepat kita menghukum sesuatu perkara kan. Sedangkan latarbelakang perkara tersebut masih jauh untuk kita temui. Dah kenal seminggu, dah berbual lama-lama, barulah kita tau, oh macam gini orangnya, macam gitu orangnya. Dan selalunya kita terpaksa membetulkan kembali tanggapan awal kita yang telah tersilap. Tak pasal-pasal buat dosa kering.
Apa yang telah berlaku di Pakistan, adalah suatu perkara yang lebih besar lagi daripada contoh yang aku sebut di atas. Bila Pakistan dilanda bencana alam banjir terburuk, sehingga satu perlima daripada negara mereka tenggelam dengan air, ada sesetengah antara kita yang berkata, tu lah, banyak dosa, Allah turunkan musibah kat dorang.
Aduh..mana kau tau dorang ada banyak dosa? Mana kau tau Allah hukum dorang sebab dosa-dosa dorang? Apa kau berkawan dengan malaikat pencatit amalan dorang ke sampai kau tau dosa-dosa dorang? Kau ni pun satu, bercakap ikut perasaan tak ikut otak. Tu lah banyak telan kepala ikan. Terlalu mudah kau menjatuhkan hukum ke atas perkara ni, sampai kau terlupa kat mana kaki kau berpijak. Macamlah kau tu takde dosa…haaa..aku kalau dah bercakap macam terkeluar pulak sinaran laser dari mulut aku.
Jangan lupa Kota Tinggi pun pernah banjir. Tenggelam selama dua minggu. Habis semua harta benda berharga. Boleh tak aku cakap..ish..ish..banyak betul dosa orang kota Tinggi, sampai dapat musibah macam tu ? Johor Bahru okey je?
Jangan lupa Acheh pun pernah banjir dengan tsunami. Boleh tak aku cakap, dasat betullah dosa orang Acheh ni ?
Dan ini kau acukan telunjuk kau kepada dorang, kau kata dorang banyak dosa. Eh, aku tak sukalah dengar macam ni. Kan bagus kalau kau merendahkan diri sikit, kerana kita semua tau takde manusia yang maksum, dorang ada dosa, kau ada dosa, dan aku pun ada dosa. Kita semua ada dosa yang kita sendiri tau kan. Yang kita tak pernah ceritakan dengan orang lain melainkan Allah saja yang tau.
Kau kan kalau bercakap, seolah-olah musibah akan pergi kat tempat orang lain je, tempat sendiri kononnya terpelihara, kononnya tempat kau paling bersinar dengan nur keimanan. Emo pulak aku nieh..weh..weh..
Musibah yang Allah datangkan merupakan hadiah kepada orang-orang beriman. Dengan musibah Allah akan hapuskan dosa-dosa mereka, sekiranya mereka bersabar, Allah akan meningkatkan darjat iman mereka. Sebaliknya musibah yang Allah datangkan kepada orang kafir adalah azab, azab di dunia yang terlebih dahulu diberikan untuk mereka dan selebihnya menunggu di akhirat.
Aku tak menyangkal bahawa musibah datang ke tempat yang tenggelam dengan dosa maksiat, banyak umat-umat terdahulu binasa kerana dosa maksiat. Tapi jangan pula asyik melihat musibah datang ke tempat orang, kita menyangka tempat kita ini telah pun selamat sedangkan hakikat sebenar hanya Pemilik kepada musibah ini yang Maha Mengetahui.
Kita yang berada jauh beribu batu dari tempat musibah tersebut perlu muhasabah diri. Inilah peluang yang Allah berikan sebelum musibah yang sama atau yang lebih berat didatangkan untuk kita. Kita doakan kebaikan untuk mereka dan minta Allah jauhkan sebarang bencana dari tempat kita, wokeh gitu?
Oklah, aku telah melontarkan suatu isu yang agak berat jugak untuk korang dan aku berfikir. Kat sebelah aku ni dah terconggok satu lembaga sedang berbual dengan aku. Karang aku tak layan marah pulak. Baik aku stop sebelum lembaga ni sedut darah aku…bukan lembaga hasil, tapi isteri akulah. Chaos. (Ala-ala bucuk, marahla tu panggil lembaga - meh sini abg timang masuk buai)
Wasalam,
2Sep2010
Subscribe to:
Posts (Atom)