Total Pageviews

Saturday, April 4, 2015

Senang2 baca lah..buat pedoman hidup dari ustaz Ebit Lew.. ‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌💕‌‌

Bagi kita Rm2 kecil tapi masih ramai orang yang Rm2 bagi mereka amat besar..

Tahun lepas saya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 puluh km dalam hujan balik dari ambil ubat. Pergi hospital rm1 bayar hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu..rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.

Saya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.

Saya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan..di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.

Saya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..

Saya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.

Saya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.

Saya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Di suruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.

Masih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain. Takdir kita semua tak sama. Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.

Allah gelar manusia penipu dalam agama ialah yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat...penipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah. Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang. Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah. Kita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita. Ingat baik-baik sementara diberi peluang.

Ada kerana rm2 makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana rm2 ramai yang tak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup jer. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.

Kata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam. Jika ingin kalahkan Islam senang sahaja. Saat pemimpin mereka mengutip cukai sedangkan mereka hidup mewah dan senang itulah zaman kehancuran mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari tuhan lagi.

Di zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku. Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam. Islam ialah kasih sayang tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. Indahnya Islam.

Marilah kita menarik rahmat Allah malam ni dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Rezeki kita bertambah dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat. Kita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah. Semua orang buat silap yang terbaik yang minta ampun. Doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam. ya Allah maafkanlah kami semua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu. Yang paling kami inginkan ialah keredhaanMu. Hanya KegembiraanMu atas kami
DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN MATAHARI YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA JANGANLAH KITA MELIHAT IANYA SESUATU YANG SEDAP DILIHAT DAN SESUATU YANG CANTIK APATAH LAGI LANGSUNG TAK AMBIL KISAH.
AKAN TETAPI BERASA TAKUTLAH PERSIAPKAN BEKAL KITA

Gerhana matahari ataupun bulan bukanlah sesuatu perkara yang sedap untuk dilihat dan sesuatu yang cantik kerana Nabi ﷺ bersabda apabila kamu melihat gerhana hendaklah kamu sembahyang gerhana dua rakaat,hendaklah kamu menangis dan hendaklah kamu takut kepada Allah سبحانه وتعالى.

Pada suatu hari Rasulullah ï·º keluar daripada bilik Baginda.Kemudiannya Rasulullah menunaikan sembahyang dan berkhutbah.Pada ketika itu berlakunya gerhana matahari yang mana ketika itu wafatnya anak Baginda iaitu Saidina Ibrahim.

Di dalam khutbah itu Rasulullah ﷺ mengatakan berlakunya gerhana bulan ataupun gerhana matahari adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah سبحانه وتعالى bukannya disebabkan oleh seksaan,bala dan kematian yang berlaku.

Gerhana ketika pada zaman Nabi-Nabi terdahulu amatlah sedikit berlaku maka apabila pada zaman Rasulullah berlakunya gerhana Baginda menyegerakan mengerjakan sembahyang untuk menolak fahaman yang mengatakan gerhana berlaku disebabkan adanya seksaan,bala dan kematian yang berlaku.

Nabi ï·º bersabda berlakunya diakhir zaman nanti dekatnya dengan hari kiamat nanti berlakunya banyak gerhana matahari dan bulan.Demikian itulah dalam 10 tahun belakangan ini kita dapati banyaknya berlaku gerhana matahari dan bulan.Ini dalil yang menunjukkan bahawasanya hari kiamat itu semakin dekat dengan kita.

Maka apabila kita melihat gerhana tetapi kita tidak mengambil berat seperti yang disuruh Baginda Nabi maka mereka ini akan lupa pada hari kiamat.Lupanya mereka tentang gerhana ini mengakibatkan lupanya mereka pada hari kiamat untuk berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى.

#MutiaraKata

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]