Total Pageviews

Saturday, June 25, 2011

Encik Kebetulan & Teori Darwin Yang Menyesatkan

Saat aku tulis entri kali ni, otak aku sedang berasap. Keletihan amat terasa ke seluruh otak walaupun tenaga di bahagian anggota lain masih stabil. Berminggu-minggu menggunakan otak tanpa henti, berfikir tentang banyak perkara terutamanya kerja, teramatlah meletihkan. Rasanya seperti sia-sia pulak. Tapi untuk apalah aku ada otak?

Bengapnya si Darwin, dia keliru dan celaru dalam otaknya sendiri. Oh macam tu rupanya, otak manusia ini boleh menjadi penyuluh, tapi adakalanya boleh menjadi penyesat. Ye ke?

Tu lah pasal si Darwin ni, aku pasti semua orang tahu siapa si Darwin ni. Dari dialah asalnya timbul teori manusia berasal dari beruk. Lepas tu ada pulak gambar beruk berjalan dengan kedua kaki dan tangan, tapi beransur-ansur berdiri, dan akhir sekali berjalan tegak seperti manusia. Dan si Darwin ni pulak kata, ini lah nenek moyang kita dulu. Proses yang berlaku jutaan tahun dahulu sebagai evolusi.

Ye ke? Betul ke nenek moyang kita beruk? Aku tak mengaku, sampai bila-bila pun aku tak mengaku. Kena bogel kat tepi highway pun aku tak akan mengaku nenek moyang aku beruk.

Dan beruk pun pasti tak mengaku aku ni cucu-cicit dorang. Sebab apa beruk tak mengaku? Sebab kejadian tubuh badan aku secara fizikal amatlah buruk pada pandangan seekor beruk. Dia tak akan mengaku punya. Sama lah juga mcam aku yang melihat beruk tidak secantik manusia. Aku tak nak mengaku.

Yang pastinya si Darwin ni dah bingung secara sopannya, atau bengong kata orang-orang sekarang.

Siapa-siapa yang mengaku teori Darwin, dia telah menolak kepercayaan agama langit yang dianuti, tak kiralah Islam ke, Yahudi ke atau Nasrani sekalipun. Kerana semua agama langit adalah selari iaitu mengaku adanya Allah. Oleh itu amat bahaya kepada akidah.

Darwin kata, semua binatang darat bermula dari binatang yang ada di laut. Masa zaman tu tak ada banyak jenis binatang macam hari ni. Ada seekor ikan di dalam lautan hidupnya, ratusan tahun berlalu ia mengalami evolusi tinggal di pantai yang lebih cetek, ratusan tahun berlalu ia mengalami evolusi sehingga boleh naik ke darat dan bernafas di darat, kemudia ratusan tahun berlalu dan ia berkembang menjadi haiwan-haiwan lain. Akhir sekali boleh menjadi gajah.

Mak oi...kot ye pun nak menipu agak-agaklah sikit.

Darwin kata, semua yang ada pada hari ini berlaku secara semula jadi. Opss...aku tak suka guna perkataan semula jadi sbb semuanya ini adalah ciptaan Allah. Alam ciptaan Allah. Mana ada semulajadi? Kalau semulajadi maksudnya terjadi dengan sendirinya.

Semula jadi bagi Darwin ialah, contohnya pokok, ia tumbuh kerana ada faktor biologi dari tanah untuk ia tumbuh. Setiap unsur zarah atau sel atau DNA setiap benda ini membawa maklumat untuk ia bertindak balas secara sendiri untuk membentuk satu hasil yang lain, bermula dari sebiji benih yang terdampar di atas tanah, kemudia berubah menjadi pokok. Tidak ada langsung campurtangan Tuhan. Atau Tuhan langsung tidak terlibat, atau Tuhan langsung tidak wujud sama sekali.

Kata Darwin, diri manusia yang ada pada hari ini yang cukup sifat dan segala anggotanya berada di tempat yang betul, semua sistem badan berfungsi dengan baik, malah setiap sub-sub sistem yang banyak di dalam manusia ini dapat berinteraksi dengan sub sistem yang lain hingga membentuk satu sistem yang begituuuuuu cantik dan indah dan kompleks dan canggih serta excellentt plus great and great and great sehingga tidak dapat diungkap, IA SEBENARNYA HANYALAH KEBETULAN alam semula jadi.

Tengok tak macam mana Datuk Lee Chong Wei bertarung di gelanggang bádminton? Dan bayangkan jika ianya sebuah mesin atau robot? Wow..amat hebat. Itulah ciptaan Allah. Begitu tangkas melenting, bergerak ke seluruh gelanggang. Bleh buat jumping smash, boleh mendarat di atas gelanggang tanpa rosak dengan kaki menjadi penyerap lonjakan. Sambil otak dan seluruh anggota lain saling berfikir menghantar isyarat dan bertindak balas dalam keadaan yang amat singkat. Wow..amat hebat.

Tak pernah pulak tiba-tiba sewaktu dia nak melakukan jumping smash tiba-tiba dia melakukan rembatan ke atas bulu tangkis. Tak pernah kan?

Anak aku pun ternganga kalau dengar cerita kau Darwin. Nampak tak kenapa aku kata kau bingung?

Harun Yahya, dia telah buat aku berasa bangga. Boleh cari Harun Yahya di Google. Beliau adalah sarjana Muslim yang keras menentang teori Darwin. Terima kasih Harun Yahya. Karya tulisan beliau sangat mengkagumkan. Semua berkisar tentang hebatnya keagungan Allah, the greatness creator.

Aku bukan sekali, tapi banyak kali bertemu dengan orang yang tidak ada agama. Malah tidak percaya tuhan itu wujud. Aku pun tanya kenapa tak percaya? Sebabnya dorang kata, bila aku susah, aku mintak tolong dengan Tuhan, tapi tak ada pun, makin susah adalah.

Lain-lain alasan pulak ialah sebab dia orang free thinker dan ingin kekal dengan konsep tersebut. Lain-lain alasan ialah sebab tak pernah nampak Tuhan. Loh..kok gitu?

Pernah juga aku berbual dengan orang berfahaman komunis. Dia tak percaya kerana menggunakan logik akalnya. Adalah masa tu dia ceritakan dari segi logik bagaimana untuk menentukan Tuhan itu wujud atau tidak, tapi aku tak berminat. Ringkasnya, agama ialah tentang kepercayaan, bukan logik. Otak manusia terlalu cetek.

Balik semula kepada Darwin, aku nak ajak dia minum teh dengan roti canai kat mamak malam ni. Kat tempat aku ni ada kuew tiaw goreng kerang, rasanya sedap. Ada sate Pak Tam, rasanya pun sedap kalah sate Kajang. Tapi rancangan aku ni tak akan tercapai lah, sebab si Darwin ni pun dah ARWAH. So, dia pun pasti dah lihat benarnya alam kubur itu, dan wujudnya the GREAT CREATOR. Betul tak..kan?

Tapi yang belum arwah ialah pengikut-pengikut Darwin.

Aku ni humble orang nya. Aku nak tanyalah sikit kat Darwin, kenapa semua kebetulan? Betul ke semua ini terjadi secara kebetulan? Siapa kebetulan ni sebenarnya? Boleh tak kenalkan aku dengan Encik Kebetulan?

Ok Encik Kebetulan, sambil-sambil kita naik perahu menyusuri sungai Thames kat London ni, boleh tak Encik Kebetulan ceritakan sikit apakah latar belakang Encik Kebetulan? Sambil tu biarlah saya dayung perahu ni supaya bergerak dan tak terapung je. Harap-harap beradanya kita di sini berdua bukan lah satu kebetulan ye. Harap-harap perahu yang kita naik ni pun bukan terjadi sendiri secara kebetulan lah ye.

Ehem..ok Encik Rafi, jangan risau. Semua ini kebetulan saja. Apa yang awak lihat di atas, iaitu setompok awan, itu adalah proses yang telah berlaku jutaan tahun dahulu sehingga terbentuk awan pada hari ini. Air ini pun kebetulan. Udara ini pun kebetulan. Dulu udara tak ada, tapi tiba-tiba ada. So, kebetulan lah tu kan. Matahari pun kebetulan, tiba-tiba saja dia berada di posisi yang tepat dengan bumi, kita mendapat haba pada kadar yang sesuai, air masin, air tawar, proses pasang surut, musim yang berganti, siang dan malam, bintang dan bulan, itu semua kebetulan.

Malah api juga kebetulan wujud membolehkan kita untuk masak. Cahaya juga kebetulan lalu wujudlah siang dan malam. Serta awak Encik Rafi, berlaku secara kebetulan melalui proses evolusi yang panjang jutaan tahun. Dulu fizikal nenek moyang awak ialah beruk, sebelum beruk saya belum pasti lagi. Tapi yang pasti ialah proses evolusi jutaan tahun. Awak tahu apa itu jutaan tahun?

Ok Encik Kebetulan, saya ni humble orang nya. Saya pun bodoh juga orangnya. Jadi sebab saya ni bodoh, mungkin soalan saya kelihatan bodoh pada Encik Kebetulan. Boleh saya ajukan soalan-soalan bodoh saya?

Heheheh...Encik Kebetulan pun ketawa dalam loghat Scotland. You are welcome Mr. Rafi, please raise your question.

Saya nak tanya, ada berapa banyak kebetulan yang berlaku untuk membentuk diri saya pada hari ini?

Oh..ho ho hoo…senang saja Encik Rafi, tak ada satu pun sebenarnya yang bukan kebetulan melainkan semuanya kebetulan. Senangkan? Tak payah fikir banyak-banyak sangat encik Rafi, ia tidak membantu Encik Rafi di dalam kubur nanti. Fikir straight terus, semua ialah kebetulan.

Owh, macam tu rupanya. Barulah saya paham Encik Kebetulan, tak ada satupun yang bukan kebetulan ya, melainkan semuanya kebetulan. Betul kan?

Tapi saya pelik lah Encik Kebetulan, kenapa hidung saya bukan letaknya di celah kelengkang saya ? Letaknya pulak begitu hampir dengan mulut, ia memudahkan saya menghidu makanan dan makan. Kemudian lubang hidung saya tidak ternganga ke atas, kalau tidak susah lah saya nak mandi atau bila hujan lebat, penuh lah air dalam hidung saya.

Serta kenapa mulut saya bukan letaknya dekat dengan lubang najis? Kalau tidak susahlah saya nak makan, nanti loya tekak. Kebetulan apakah ini yang menentukan kat mana letak mulut saya dan lubang najis yang berjauhan?

Kenapa mata saya begitu sempurna rekabentuknya pulak, ada kelopak mata, ada bulu mata, ada cecair dalam mata, ada air mata, ada kanta, ada pulak saraf yang menghubung ke otak untuk mentafsir imej, boleh lihat benda dekat dan jauh, boleh berkedip, semua mekanisme ini kebetulan jugak ke?

Ya betul Encik Rafi, semua kebetulan. Proses evolusi jutaan tahun untuk mendapatkan sebiji mata yang sempurna.

Kenapa mata saya tidak berada di bawah ketiak?

Owh kebetulan Encik Rafi. Dont worry, dont worry.

Tapi saya peliklah, sekali lagi, kenapa kebetulan boleh menjadikan adanya manusia jenis lelaki dan perempuan? Kenapa tidak sejenis saja? Kenapa kebetulan boleh menentukan lelaki dan perempuan bila bersenyawa bersama akan lahir manusia yang lain? Siapa pulak yang mencipta mekanisme ini? Aduh saya bingungla.

Ia tercipta sendiri Encik Rafi, proses jutaan tahun evolusi. Memang benar Encik Rafi ni Bodoh orangnya. Humble pulak tu.

Tapi kan Encik Kebetulan, apa yang saya nampak sekarang ialah, semua kebetulan ini amat sempurna. Sangat perfect. Saya nak akhiri pertemuan kita pada petang ni. Saya tak nak buang masa. Saya ada kerja nak di siapkan, saya nak siapkan kedai online saya. Saya nak update blog saya. Encik Kebetulan terjun lah ke dalam Sungai Thames ini ya, kalau mati pun anggaplah kebetulan saja. Saya hendak mencari Encik Sempurna. Saya rasa Encik Sempurna adalah lebih tepat, kerana semua yang saya nampak pada hari ini adalah sempurna. Serta tak mungkin ia kebetulan.

Encik kebetulan pun tak perlu risau dengan kematian. Nanti proses biologi akan menukar encik kematian menjadi objek yang baru. Mungkin menjadi beruk. Sila lah terjun sekarang, atau nak suruh saya humban?

Lagipun Encik Kebetulan tidak percaya wujudnya Allah, tidak ada hari kebangkitan, tidak ada alam kubur kan? Haa..senang lah macam tu hidup.

Bersambung.


Mohd Rafi
Johor Bahru (25 June 2011)
http://bazarkarat.miiduu.com