Total Pageviews

Thursday, December 24, 2015

Byk2 sirah Rasullullah saw...ni la kisah yg paling sedih..ari ni ada kawan pos...dah baca byk kali baca..tapi air mata tetap tertumpah juga....jom hayati...


KISAH SEORANG LELAKI
YANG INGIN MEMUKUL
RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".

Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia
berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada
sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka
berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar. Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: "Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W: "Duduklah kamu wahai Abu Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan...... lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu......... Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan....... tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke
hadapan...... tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta. "Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik.......... Datuk kami sedang sakit...... pukullah kami wahai pak cik..... sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda........... pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: "Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".

Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: "Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam
keadaan lemah...... Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda..... ini menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".

Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain..... dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku...... maafkanlah aku...... mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........ sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan api neraka........ maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.

MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.

SEBARKAN WALAU PUN SATU AYAT....... menangis sambil baca.......... kisah yg sedih tapi jika di baca berulang kali pun akan tetap mengalir air mata.

MasyaAllah...bertapa hebatnya kisah Nabi Muhammad S.A.W.
Walaupun dah dikirim dan dibaca slm ini, tp air mata masih mengalir bila membacanya..


Dr wassap group

Thursday, December 17, 2015

::

Sakit sihat, senang susah, kaya miskin, lapang sibuk, hidup mati dan hidup kembali semuanya Allah swt yang tentukan!

APABILA AKU SAKIT, AKU TIDAK AKAN MENGELUH KERANA AKU SUDAH TAHU APAKAH HIKMAHNYA DI SEBALIK SAKIT ITU..!


A P A B I L A
S A J A A K U S A K I T

A L L A H L A H
Y A N G S E M B U H K A N


Apabila Allah SWT memberi kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya dan begitu banyak hikmahnya antaranya :


INILAH MASANYA AKU NAK MEMUJI ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA
1) Sakit itu Zikrullah - Mereka yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.


MUDAH INGAT DOSA-DOSA LALU DAN MOHON AMPUN
2) Sakit itu Istighfar - Kita akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon ampun.


NAMPAK KUBUR LEBIH JELAS DAN MEMBAYANGKAN BARING SEORANG DIRI DI DALAMNYA
3) Sakit itu Muhasabah - Orang yang sakit akan lebih banyak waktu untuk merenung diri dalam sepi dan menghitung bekal untuk dibawa masuk kubur.


USAHA SUPAYA SEMBUH!
4) Sakit itu Jihad - Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah. Kita diminta untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat sembuh.


DAH SAKIT BARU NAK AMAL? BARU NAK BELAJAR?
5) Sakit itu Ilmu - Sakit akan membuat kita mencari ilmu seperti belajar tentang khasiat herba, menghafal ayat syifa', ruqiyyah dan lain-lain sebagai penawar dan pendinding dari sakit.

Pengalamannya pula lebih menyediakan kita untuk mencorak hidup yang boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.


NASIHAT MENASIHATI SEMASA SAKIT
6) Sakit itu Nasihat - Mereka yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar menjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang sakit agar bersabar.


ZIARAH MENZIARAHI AMALAN YANG TINGGI
7) Sakit itu Silaturrahim - Ahli keluarga, sahabat-handai dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu mesra dan dengan buah tangan lagi.


DOSA-DOSA TERAMPUN
8) Sakit itu Gugur Dosa - Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian daripada dosa yang telah dilakukan.


MINTAK ORANG SAKIT UNTUK MENDOAKAN ANDA APA SAJA!
9) Sakit itu Mustajab Doa - Orang yang sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuti mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dapat mendoakannya.


SYAITAN PUN MALAS NAK DUDUK NGAN ORANG SAKIT
10) Sakit itu Menyusahkan Syaitan - Orang yang sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.


DUDUK BANYAK KETAWA DAN TAK PERNAH MENANGIS! BILA SAKIT DAH TERBALIK
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis - Satu sikap keinsafan yang disukai oleh Anbiya' dan makhluk di langit.


LEBIH FOKUS SOLATNYA
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah - Solat orang sakit lebih khusyuk terutama dalam rukuk dan sujudnya apabila ia banyak bertasbih dan beristighfar, berdoa dan meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.


ORANG SAKIT TAK SOMBONG!
13) Sakit itu memperbaiki akhlak - Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi santun, lembut dan tawadhuk.


ORANG SAKIT SELALU TERCIUM BAU TANAH DI HIDUNG
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati - Membuatkan kita sentiasa beringat untuk lebih beramal dan beribadat.


MOHONLAH APA SAJA PADA ALLAH
MASA SAKIT NI
Ayuh Zikir, Fikir, Syukur dan Sabar. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah swt.

S E N Y U M L A H
S E M A S A A N D A S A K I T

S E S U N G G U H N Y A
I A D A R I A L L A H S W T

Dua senjata orang Mukmin yang sangat ampuh! Itulah dia KERJA DAKWAH dan DOA.

::
Bukti-bukti kebesaran Allah swt yg terdapat pada alam semesta
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

👉🏻Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yang berkembang biak

👉🏻Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, menjadikan diantaramu rasa kasih sayang.

👉🏻Sesungguhnya pd yg demikian itu benar-benar terdapat pd tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yg berfikir.

👉🏻Penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pq yg demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yg mengetahui

👉🏻Tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian daripada kurniaanNya.

👉🏻Sesungguhnya pada yang demikianitu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang mendengar

👉🏻Dia memperlihatkan kilat kepadamu utk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit lalu dengan air itu dihidupnya bumi setelah mati (kering).

👉🏻Sesungguhnya pd yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yg mengerti.Berdirinya langit dan bumi dengan kehendakNya. Kemudian apabila Dia memanggilkamu (dengan) sekali panggil dari bumi, seketika itu kamu keluar dari kuburMilikNya apa yg ada di langit.

👉🏻Semuanya hanya kepadaNya tunduk Dialah yang memulakan penciptaanSemua makhluk, kemudian mengembalikannya kembali (menghidupkan semula setelah merekamati), dan itu lebih mudah bagiNya.
Dia memiliki sifat yg maha tinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah yg maha perkasa dan, lagi maha bijaksanaSurah Al-Rum:20-27
Tazkirah Pagi (16.12.2015)

Untungnya "Mendoakan orang lain”

Ummu ad-Darda’ radiallahu ‘anha berkata: Suami aku menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

" Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuan mereka, maka malaikat akan berkata: Amin, dan untuk engkau seperti itu." [Sahih Muslim, Kitab az-Zikr wa ad-Dua’ wa at-Taubat, hadis no: 4919]

Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:
Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)

Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)
Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya).

(Dr. Abu Anas Madani)


wassap group
17/12/2015
Khamis
5 Rabiulawal 1437H
17 Dis 2015.


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ


Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)”.

Makna Kalimah

JAZAAKALLAHU KHOIRON

Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khoiron, lalu apa maknanya kalimah tersebut?

👉Berkata Rasulullah SAW: "Apabila ada seorang mengucapkan kepada saudaranya jazaakallahu khoiron, maka sungguh dia telah sangat menyanjungmu (sangat berterima kasih kepadamu karena dia menyerahkan kepada Allah untuk membalas kebaikanmu)".

👉Jazaakallahu khoiron adalah kalimah kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan di sisi Allah

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menganugerahkan kepadamu Syurga-Nya.

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menganugerahkan kepadamu kenikmatan melihat wajah-Nya kelak di Syurga.

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menyelamatkanmu dari neraka jahanam.

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah memberikan hidayah untukmu di atas Shirathul Mustaqim.

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah melindungimu dari syaitan yang terkutuk.

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah memberikan rezeki yang penuh barakah.

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menjadikan engkau selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat.

👉Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menjadikan engkau senantiasa mengikuti Sunnah Nabi SAW.

👉Berkata Umar رضي الله عنه: "Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan jazaakallahu khoiron, niscaya akan memperbanyak untuk mengucapkannya satu sama lain".


wassap group
17/12/2015
RELUNG KEHIDUPAN

Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini,siapakah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita"Miskin" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit & saling membantu saudara kita..

Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid..

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong & menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yg tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yg ditabur itulah yang akan dituai

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahwa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat & berkat di setiap cubaan, dan jawaban di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang bahagia mengenal kita😉

wassap group
17/12/2015

Monday, December 7, 2015

::

Sakit sihat, senang susah, kaya miskin, lapang sibuk, hidup mati dan hidup kembali semuanya Allah swt yang tentukan!

APABILA AKU SAKIT, AKU TIDAK AKAN MENGELUH KERANA AKU SUDAH TAHU APAKAH HIKMAHNYA DI SEBALIK SAKIT ITU..!


A P A B I L A
S A J A A K U S A K I T

A L L A H L A H
Y A N G S E M B U H K A N


Apabila Allah SWT memberi kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya dan begitu banyak hikmahnya antaranya :


INILAH MASANYA AKU NAK MEMUJI ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA
1) Sakit itu Zikrullah - Mereka yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.


MUDAH INGAT DOSA-DOSA LALU DAN MOHON AMPUN
2) Sakit itu Istighfar - Kita akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon ampun.


NAMPAK KUBUR LEBIH JELAS DAN MEMBAYANGKAN BARING SEORANG DIRI DI DALAMNYA
3) Sakit itu Muhasabah - Orang yang sakit akan lebih banyak waktu untuk merenung diri dalam sepi dan menghitung bekal untuk dibawa masuk kubur.


USAHA SUPAYA SEMBUH!
4) Sakit itu Jihad - Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah. Kita diminta untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat sembuh.


DAH SAKIT BARU NAK AMAL? BARU NAK BELAJAR?
5) Sakit itu Ilmu - Sakit akan membuat kita mencari ilmu seperti belajar tentang khasiat herba, menghafal ayat syifa', ruqiyyah dan lain-lain sebagai penawar dan pendinding dari sakit.

Pengalamannya pula lebih menyediakan kita untuk mencorak hidup yang boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.


NASIHAT MENASIHATI SEMASA SAKIT
6) Sakit itu Nasihat - Mereka yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar menjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang sakit agar bersabar.


ZIARAH MENZIARAHI AMALAN YANG TINGGI
7) Sakit itu Silaturrahim - Ahli keluarga, sahabat-handai dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu mesra dan dengan buah tangan lagi.


DOSA-DOSA TERAMPUN
8) Sakit itu Gugur Dosa - Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian daripada dosa yang telah dilakukan.


MINTAK ORANG SAKIT UNTUK MENDOAKAN ANDA APA SAJA!
9) Sakit itu Mustajab Doa - Orang yang sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuti mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dapat mendoakannya.


SYAITAN PUN MALAS NAK DUDUK NGAN ORANG SAKIT
10) Sakit itu Menyusahkan Syaitan - Orang yang sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.


DUDUK BANYAK KETAWA DAN TAK PERNAH MENANGIS! BILA SAKIT DAH TERBALIK
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis - Satu sikap keinsafan yang disukai oleh Anbiya' dan makhluk di langit.


LEBIH FOKUS SOLATNYA
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah - Solat orang sakit lebih khusyuk terutama dalam rukuk dan sujudnya apabila ia banyak bertasbih dan beristighfar, berdoa dan meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.


ORANG SAKIT TAK SOMBONG!
13) Sakit itu memperbaiki akhlak - Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi santun, lembut dan tawadhuk.


ORANG SAKIT SELALU TERCIUM BAU TANAH DI HIDUNG
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati - Membuatkan kita sentiasa beringat untuk lebih beramal dan beribadat.


MOHONLAH APA SAJA PADA ALLAH
MASA SAKIT NI
Ayuh Zikir, Fikir, Syukur dan Sabar. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah swt.

S E N Y U M L A H
S E M A S A A N D A S A K I T

S E S U N G G U H N Y A
I A D A R I A L L A H S W T

Dua senjata orang Mukmin yang sangat ampuh! Itulah dia KERJA DAKWAH dan DOA.

::
From wassap group
8/12/2015

Saturday, November 14, 2015

ASSALAMU'ALIKUM


Semoga ALLAH swt beri kita hari ini kekuatan fikir dan risau terhadap agamanya dan terhadap hari akhirat kita serta fikir keadaan sekaratul maut kita. Moga kita diberi fikir seperti fikir Rasulullah saw. Pernah Rasulullah saw bersabda "berfikir seketika lebih baik dari setahun ibadat sunnat". Moga kita dibuka jalan berfikir sentiasa pada setiap harian kita melalui berfikir mengenai ayat ayat ALLAH swt maka akan datang keimanan dan keyakinan kepada ALLAH swt. Melalui berfikir atas ketinggian ALLAH swt akan datang mahabbah yaitu rasa cita yang mendalam kepada ALLAH swt. Melalui berfikir mengenai janji janji ALLAH swt akan mendatangkan semangat beramal dan sedap beramal. Mengenai berfikir mengenai ancaman ALLAH swt akan mendatangkan kehebatan ALLAH swt dan berfikir mengenai kekurangan diri dalam ketaatan kita kepadanya serta kekurangan dalam kebaikan kita kepada agamanya akan mendatang sifat malu kita kepada ALLAH swt.

Semoga ALLAH swt beri kita hari ini ketaqwaan melalui lima tahap kerana jika kita sanggup menghadapinya maka kita akan dapat ketaqwaan disisi ALLAH swt pertama kita lebih memilih kesusahan dari kesenangan dalam agamanya.kedua kita lebih memilih kesungguhan atas taufik dan hidayat dari kerehatan dan keselesaan.ketiga kita lebih senang dengan kehinaan dari kemuliaan dan sanjungan serta termahsur.keempat kita memilih banyak berdiam dari banyak bercakap kerana tergelincir lidah akan merosakan agamanya dan tiada amal merosakkan akhirat kita dan kelima kita lebih memilih kematian dan rindu akhirat dari kehidupan yang penuh dengan tiup dan gurauan.
Moga moga ALLAH swt terima ketaqwaan kita. Ya Rabb terima lah kami.

Semoga ALLAH swt sentiasa memaafkan segala kekurangan kita jua kepada ibubapa kita mertua kita keluarga kita jiran jiran kita sahabat andai kita dan ummat seluruh alam. Serta memudahkan urusan urusan kita dan murahkan rezeki kita
Melalui rahamat mu ya Rabb.

Aamiin.
wasaap group - 14/11/2015


Monday, September 28, 2015

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.

In Shaa Allah, Dia lebih mengetahui segalanya. Jangan berhenti berdoa.
Siapa ayah..??????
As Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....
Bila mak tak tenteram ketika mengandungkan anak, ayah menemani mak...ayah tak kisah
Bila mak beranak, ayah jaga mak, ayah memasak sambil jaga anak yg lain...ayah tak kisah
Bila anak nangis, mak marah anak, ayah marah balik mak, mak pergi pujuk anak...ayah tak kisah
Bila dapat gaji, ayah bagi duit kat mak utk cukupkan belanja...ayah tak kisah.
Bila baju sekolah ngan baju harian dah buruk, ayah suruh mak beli baju baru, sedang baju ayah sendiri dah lusuh, seluar dalamnya dah tetas...ayah tak kisah
Bila ayah lepaskan anaknya utk berkahwin, tiada yg tanya perasaan ayah yg menangis dihati melepaskan anak yg dia sayang dan kasih...ayah tak kisah
Bila anak peluk mak, tunjukkan sayang mak, ayah pendam rasa...ayah tak kisah.

Bila anak tak datang menjenguk ayah menghitung hari..di suruh mak menelefon anaknya bertanya khabar.... Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak, mak masak dapat pujian...ayah tak kisah
Bila anak berjaya dalam pelajaran, ayah nangis gembira di dalam bilik, tiada yg tahu...ayah tak kisah
Bila anak telefon duk cakap rindu kat mak, tapi langsung tak nak cakap dgn ayah, ayah sedih tapi janji mak gembira...ayah tak kisah
Begitulah pengorbanan seorang ayah. Dia tak kisah bajunya carik, dia tak kisah badannya letih, dia tak kisah jika tiada yg merinduinya, dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak...kerana yang dia kisah...agar anaknya membesar dgn baik, cantik baju dan akhlaknya, agar isterinya bahagia, agar keluarganya hidup sempurna...ayah seorang jeneral yg tak pernah mintak balasan atas segala usaha murninya, jadi...sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!
Kasih ibu membawa ke Syurga...kasih ayah pula sepanjang masa....
Diari seorang ayah.
Hargailah pengorbanan ayah..
Bacalah...
Jom kita renung2kan....

Saturday, June 20, 2015

Peringatan utk saya & sahabat2:

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِع..ْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْع َمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.
Peringatan utk saya & sahabat2:

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِع..ْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْع َمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.

Monday, June 15, 2015

Terbaik drp TMJ 👇👇👇

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB dan isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia :
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Saturday, June 13, 2015

Al Quran dan Sains

1. Hujan
Dialah (Allah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia (Allah) menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia (Allah) menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui (2:22).

2. Hujan
Dan Dialah (Allah) yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami (Allah) halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami (Allah) turunkan hujan di daerah itu, maka Kami (Allah) keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami (Allah) membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran (7:57).

3. Hujan
Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia (Allah) mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendak-Nya (Allah), dan Dia (Allah) telah menundukkan bagimu sungai-sungai (14.32).

4. Hujan
Dan Kami (Allah) telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami (Allah) turunkan hujan dari langit, lalu Kami (Allah) beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya (15:21).

5. Hujan
Tidakkah kamu melihat bahwa Allah menggerakkan awan perlahan, kemudian mengumpulkan- nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan hujan batu dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung (komulonimbus), maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran hujan batu) itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dihindarkan-Nya daripada siapa yang Dia (Allah) kehendaki. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan (24:43).

6. Hujan
Dialah (Allah) yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (iaitu hujan); dan Kami (Allah) turunkan dari langit air yang amat bersih (25:48).

7. Hujan
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya (Allah), Dia (Allah) memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia (Allah) menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah mati (kering). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akalnya (30:24).

8. Hujan
Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira (30:48).

9. Hujan
Dia (Allah) menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia (Allah) meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik (31:10).

10. Gunung
Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran (15:19).

11. Malam & Siang
Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan (6:60).

12. Malam & Siang
Dia (Allah) menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan (calendar). Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui (6:96).

13. Malam & Siang
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia (Allah) bersemayam di atas Arasy. Dia (Allah) menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya (Allah). Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam (7:54).

14. Malam & Siang
Dialah (Allah) yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari reeki Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar (10:67).

15. Malam & Siang
Dan Dialah (Allah) yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis orbitnya (21:33).

16. Malam & Siang
Dia (Allah) menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar.  Dia (Allah) menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (39:5).

17. Air
Dan Kami (Allah) turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami (Allah) jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami (Allah) benar-benar berkuasa menghilangkannya (23:18).

18.Air
Lalu dengan air itu, Kami (Allah) tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur, di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan (23:19).

19. Air
Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (24:45).

20. Air Susu & Binatang Ternak
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami (Allah) memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian darinya kamu makan 23:21).

21. Air Tawar & Air Masin
Dan Dialah (Allah) yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia (Allah) jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi (25:53).

22. Kejadian Manusia
Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah (22:5).

23. Kejadian Manusia
Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah (23:12).

Kemudian Kami (Allah) jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kuat (rahim) (23:13).

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik (23:14).

24. Kejadian Manusia
Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur yang mana) Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan Allah), karena itu Kami menjadikan dia (boleh) mendengar dan melihat (76:2).

25. Laut
Dan tidak sama (antara) dua laut, yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain adalah masin lagi pahit. Dan daripada tiap-tiap laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada tiap-tiap laut itu kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari rezeki-Nya dan supaya kamu bersyukur (35:12).

26. Teori Letupan Big Bang
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami (Allah) pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? (21:30).

Banyak lagi..

Sunday, June 7, 2015

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu.
Kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur.... betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.
Maka :-
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.
Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu.
Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kita, bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan itu.
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala utk bekalan akhirat nanti.
Aamiin....

👆 Ambillah sedikit waktu untuk merenungI nya. Sebagai mengingati diri saya sendiri dan rakan semua. Moga kita diberi keberkatan Allah sentiasa hendaknya.

Tuesday, June 2, 2015

Salam. Sebelum sya terlupa lebih baik sya tulis dan kongsi kutipan pengalaman hari ini.

Asar tadi saya berjumpa seorang pakcik yg sumbing mulutnya di dalam surau. Selepas asar kami berbual sekejap. Segera sya teringat tiga orang anak saya yang dilahirkan tidak sumbing. Syukur kepada Allah yang memberi saya anak yg sempurna jasadnya. Saya tertanya bagaimana sya mensyukuri nya selama ini.

Kemudian, selepas asar ada majlis taklim. Di sebelah saya ada seorang remaja. Kami berbual selepas majlis. Dia remaja istimewa. Bersekolah di sekolah khas. Apabila di tanya apa yang kurang pada matanya, dia memberitahu matanya bermasalah. Apabila dipandang pada matanya, memang jelas ada kekurangan di situ. Sekali lagi saya terpandang ketiga-tiga anak yang Allah berikan jasad yang sempurna. Saya tertanya bagaimana sya mensyukuri nya itu selama ini.

Kemudian saya berbual dengan seorang abang. Dia beritahu anaknya sakit minda. Slow laerner. Tak boleh urus diri nya sendiri pada usia 20 tahun. Punca nya ialah ketika lahir, anak nya tidak menangis, katanya itu sebabkan bekalan oksigen ke otak tidak sampai sehingga memberi kesan kpd otak. Allahuakbar. Sekali lagi saya tertanya bagaimana saya mensyukuri nikmat Allah yang memberikan saya anak2 yang sempurna jasadnya.

Minggu lepas ada jemaah tabligh tiga hari datang ke surau saya. Saya bawa salah seorang mereka menziarah ke rumah kenalan saya. Dia seorang ahIi surau. Kali terakhir bertemunya ialah dua bulan lalu. Tapi kali ini beliau sudah tidak seperti dulu yang sihat. Kini beliau sakit. Uzur. Rambutnya keguguran sehingga botak. Maka saya sedar, Allah boleh mengambil kesihatan kita pada bila bila masa yang Dia berkehendak. Kesihatan yang ada pada kita bukan satu kebanggaan.

Kemudian, sy bertemu dengan seorang kawan lelaki. Dia seorang yang boleh saya katakan berharta. Memang jenis makan tak habis lah. Tp kini dia hidup susah. Tiba2 diberhentikan kerja. Maka dia terpaksa mencari kerja baru bagi meneruskan hidup. Semua yang dulu adalah hidup yang selesa kini telah tiada. Maka sy terfikir bahawa kesenangan yg kita miliki pada hari ini juga boleh ditarik oleh Allah pada bila2 masa saja.

Maka saya ingin mengajak diri saya dan semua kawan2 utk mensyukuri nikmat nikmat. Apa yg kita miliki pada hari ini tidak akan kekal. Sampai masa nya ia akan di ambil kembali oleh Pencipta.

Wallahualam.
Apabila kita menjadi seorang Islam, maka berfikir secara logik utk semua perkara bukan lah perkara yang betul. Kerana logik semata-mata itu adalah sains. Sedangkan iman ialah percaya kepada yang ghaib.

Nabi saw melakukan kerja-kerja dakwah selama 13 tahun di Mekah dengan susah payah dan kerja yang bukan sedikit tetapi sepenuh tenaga dan setiap masa di isi dengan mengajak manusia kepada Allah. Tetapi Allah menurunkan hidayah ibarat hujan di bumi yang jauh dari Mekah yang beratus kilometer jaraknya. Logik tidak lagi berguna di sini. Allah melakukan sesuatu mengikut kehendakNya.

Solat amat penting. Amat penting. Dan amat penting.

Sekiranya kita bekerja sebagai branch manager kepada sebuah syarikat yang besar, kita menerima setiap arahan boss kita dari HQ melalui emel dan juga panggilan telefon. Tetapi suatu hari kita dipanggil oleh boss kita utk datang ke HQ untuk mengambil satu tugasan. Seorang driver di sediakan utk mengambil dan menghantar kita pulang. Apa yang kita fikirkan? Kita tertanya2 dan pasti nya ia sesuatu tugasan yg sangat penting. Itu lah isra miraj nabi saw. Hadiah yang dibawa pulang ialah solat.

Solat ialah penghubung seorang mukmin kepada tuhannya Allah. Para sahabah sgt gembira menerima solah. Merrka berhubung kepada Allah tanpa melalui nabi saw. Setiap masalah yg ada akan diselesaikan dengan perantaraan solat.

Dari kisah yang masyhur, seorang sahabiah telah kematian bayi nya. Dia bersolat dan memohon agar anaknya di hidupkan, Allah menghidupkan anaknya.

Seorang sahabay bernama abdur rahman telah sakit dan mati. Ahli keluarganya menunaikan solat dan beliau hidup kembali selama dua bulan.

Seorang sahabat telah kematian unta tunggangan di padang pasir. Dia bersolat dua rakaat, Allah menghidupkan kembali untanya yang telah mati.

Seorang sahabat memiliki sebuah kebun. Tetapi hujan telah lama tidak turun dan kebunnya telah kering. Dia bersolat. Allah telah turunkan hujan ke dalam kebunnya sahaja.

Seorang sahabat, di rumahnya tiada makanan kerana kemiskinan. Dia ke masjid dan bersolat. Apabila pulang ke rumah, pengisar gandum berputar dan mengeluarkan gandum tanpa dari sumber mana2 pun.

Satu jemaah sahabat di dalam satu safar, mereka menunggang kuda. Tiba di satu sungai bernama sungai dajlah, mereka turun bersolat kemudian menyeberangi sungai dajlah tanpa membasahi kaki kuda sedikitpun.

Satu jemaah sahabat di dalam satu safar keputusan makanan. Sehingga makanan dicatu dan akhirnya mereka memakan daun2 kayu. Mereka bersolat. Allah damparkan seekor ikan besar di tepi pantai tempat mereka berehat sehingga ikan itu lebih dari mencukupi utk mereka.

Solat adalah satu yang besar. Masalah rezeki di dunia, masalah di dalam kubur, masalah di padang mahsyar, masalah sewaktu di hisab dan mizan, masalah di titian sirat, semua masalah ini di selesaikan dengan solat.

Masya Allah. Allah telah bagi kita sesuatu yang sangat besar. Mengadap Nya setiap hari sebanyak lima kali. Kalau masih juga rindu kepada Allah, buat lah solat sunat. Berhubunglah kepada Allah sepuasnya.

Insyallah setiap masalah yang kita ada akan Allah selesaikan.

Selama ini hakikatnya bukan kita yang selesaikan masalah kita tetapi Allah. Allah akan mengambil tanggung jawab ke atas orang yang bersolat dan Allah akan melepaskan tanggung jawab nya kepada yang tidak bersolat.

Insya Allah. Sya harap saya dapat mengamalkan setiap perkara di atas. Amin.
Sedarkah kita . . .
Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga

Semoga kita sentiasa dlm Rahmat ALLAH
Sentiasa dipermudahkn segala urusan
Sentiasa dimurahkn rezeki
Sentiasa diberi kesihatan yg baik

Amin ya ALLAH ya RAHMAN ya RAHIM
Assalam
Dengar huraian kitab ttg syurga neraka..rupa2nya titian sirat tu sgt gelap.

Sahabat tanya nabi klu gelap mcmna kita nak melintasinya.

Kata nabi...dgn cahaya yg keluar dari anggota kita. Terang ke malap cahaya kita tu bergantung pd amalan kita masa di dunia.

Ada org anggotanya bercahaya terang benderang...senanglah dia melintas titian sirat.

Ada orang cahayanya terdpt pada ibu jari kakinya sahaja...maka melintaslah dia dgn cahaya yg terbatas itu.

Ada orang pula cahayanya kejap ada...kejap padam...msa keluar cahaya dia pun berjalan..masa cahaya hilang dia stop dulu...begitulah dia sepnjg perjlnannya.

Ya Allah..dgr mcm ni.. kita rasa kita orang yg punyai cahaya yg gilang gemilang... yg sekejap ada sekejap xde...atau yg bercahaya pd hujung kakinya shj??

Takutnyaaa...

Doa Rasulullah memohon cahaya.

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikan cahaya di pendengaranku,
Jadikan cahaya di lisanku,
Jadikan cahaya di dalam hatiku,
Jadikan cahaya di kananku,
Jadikan cahaya di kiriku,
Jadikan cahaya di depanku,
Jadikan cahaya di belakangku,
Jadikan cahaya di atasku,
Jadikan cahaya di bawahku,
Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Ahli2 syurga adalah orang-orang yang tidak akan berckp perkara-perkara yang lagha

Ahli2 syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati orang lain.

Ahli2 syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca quran dan melafazkan zikir memuji Allah.

Kata nabi saw....Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup....maknanya dia kejap mati ....kejap hidup...begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu.

Tubuh bdn anak Adam dilebarkan oleh Allah di dlm neraka bbrp hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak...😭😭😭

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.

Bygkan brp lama di neraka kerana kerana dosa2?

Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kpd Allah..doa para ulamak agar ora
ng ini juga akan mati dlm ketaatan kepada Allah.

Ada yg dibakar hingga tamat tempoh...kemudian bila dah habis tu dia diam di dlm neraka menjadi arang....hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga....

Bayangkan...org bukan islam ni brp lama dia akn tinggal di neraka Allah. Sb itu kadang2 mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah org2 yg bkn islam...

Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah nabi melangkah masuk ke syurga.

Diriwayatkn nabi tunggu sampai org yg terakhir melintas titian sirat....dia berjln dgn lambatnya. Nabi tunggu.

Titian tu gelap sb ia dibentangkn di atas neraka jahannam.

Di hadapan titian sirat itulah syurga. Ada yg berjln selaju angin...ini orang2 yg tidak pernah sakitkan hati orang...sentiasa memberi dpd menerima.

Orang yg terakhir ni...orang yg imannya plg lemah...

Diriwayatkan syurga ni...pinggirnya saja sudah terlalu indah..belum lagi masuk ke dlm nya....ahli syurga ni suara pun sedap bunyinya.

Lps dia melintas titian sirat td...dia melihat sbtg pokok besar yg di bwhnya ada air yg mngalir. Dia minta pd Allah utk duduk di situ...Allah kata duduk lah...

Kemudian di dpn lagi dia tgok ada pokok lain yg lagi indah...dia mintak nk berada di bwh pokok tu....Allah pun izin..

Kemudian dia tgok lagi di hdpnnya pokok yg lagi indah ...yg ada byk lagi kenikmatan...dia pun mintak lagi nk duduk di situ...Allah pun benarkan juga.

Dari situ dia dgrv suara2 orang di dlm syurga..suara2 itu begitu merdu....dia minta dgn Allah utk masuk dlm syurga. Allah pun benarkan...

Bila masuk...dia keluar semula....dia tanya Allah...adakah tempat utk dia?

Allah kata...pernah tak dgr masa di dunia dulu org yg plg kaya? Dia kata pernah...Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih2 lagi berbnding kekayaan org yg plg kaya tu.... masyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yg plg last pun diberi nikmat sebegitu besar...apatah lagi org2 yg taat pd Allah.
#sampaikan kebaikan walau sebaris ayat..moga bermanfaat..inshaallah..

Tuesday, May 26, 2015

Bismillah
(Kisah yang akan diceritakan adalah kisah benar. Mungkin ada sedikit perubahan dari segi susunan bahasa tapi insyaAllah sampai isinya)
(Saya tidak akan menceritakan bagaimana permulaan cerita ni tapi saya hanya amik isi-isi penting. Fa'tabiru wa tafakkaru)
Semalam ada kejadian jin merasuk seorang pelajar akhwat di Irshad. Di kawasan dataran asrama. Kebanyakkan yang ada disana merupakan akhwat senior dan beberapa lelaki antaranya Saiful, Arif Hanif dll.
(Moga hanya amik pgajaran yang baik sahaja daripada kisah ni)
 Jin itu pada mulanya dia tidak Islam. Dia hanya ketawa bila diazankan kepadanya.
Saiful dah tak tahan lalu saiful pegang kepala akhwat tersebut lalu bertanyakan soalan.
"Hang kenai tak dajjal?"
 Pada mulanya jin itu melawan namun akhirnya dia memulakan kisahnya dengan suara yang tinggi.
"Sekarang ini dajjal sudah keluar di bumi Syam. Aku sudah hidup lama dah. Yahudi semua sudah bersatu untuk memerangi Islam"
"Dajjal itu lelaki bermata satu yang sangat jahat"
 "Aku dapat lihat bayi-bayi dilemparkan dan dibunuh dengan tombak pabila aku berada di Syria"
"Aku ni sudah lama hidup, tapi kamu ni manusia masih lagi LALAI dan BODOH"
"Adakah kalian ingat aku tidak tahu yang kalian suka menonton video KOREA?"
(diulang 3x)
*pada ketika ini, diceritakan akhwat yang ada mula menangis.
 "Yang lelaki dengan BOLA SEPAKNYA"
"Aku tahu ada antara kalian ada yang COUPLE. Lebih baik kalian bertaubat dengan segera kepada Allah"
"Perempuan dengan sikap pengotornya"
"Kalian ini LALAI"
*Saiful juga pada ketika itu hendak menangis namun makhluk itu berkata dengan ayat yang saangat sentap
"Adakah kamu ini menangis SEMENTARA sahaja atau menangis SELAMA-LAMANYA??"
*Sewaktu saiful memegang akhwat tersebut, Saiful terpikir bahawa Addmath masih belum diulangkaji. Lantas jin itu keluarkan ayat yang sentap sekali lagi.
 "Adakah kalian pikir aku tidak tahu bahawa kalian hanya belajar kerana RESULT????"
"Aku masuk kedalam badan perempuan ini kerana aku suka padanya"
 "Dia suka membaca kisah-kisah tokoh-tokoh Islam, dia ingin menjadi seorang MUJAHIDAH di Mesir, dia sangat mengkagumi gerakan IKHWANUL MUSLIMIN"
"Dan dia juga pernah bermimpi tentang TUHANNYA"
 "Aku suka mendengar tazkirah tentang Doa yang mana ada dikatakan bahawa doa itu senjata mukmin. Namun kenapa kalian tidak mendoakan sahabat-sahabat kalian di Palestin di Syria? Kalian adalah PEMBOHONG DAN PENDUSTA"
 "Di dalam sekolah, kalian bertudung labuh, lelaki berserban. Tetapi apabila kalian diluar sekolah???? Kalian adalah PEMBOHONG DAN PENDUSTA!"
"Ramai dalam kalangan kamu tidak menjaga amalan sunat kalian"
"Aku hanyalah mahu menyampaikan risalah ini kepada kalian. Ingatlah, hafal surah al Kahfi sekurang kurangnya tiga ayat awal dan tiga ayat akhir"
 *akhirnya dia mengucapkan LAAILAAHAILLALLAH...
 lalu akhwat tersebut muntah darah dan keluar cecair sedikit keputihan.
Sebelum dia keluar tu dia ada sebut.
"Tahukah kalian RASULULLAH sedang BERSEDIH dengan keadaan kalian........."
 PENGAJARAN
Allahu. Serius sahabat. Lepas aku dengar, aku rasa... Allah... Lalainya kita... leka... sampaikan jin sendiri datang menegur. Walaubagaimanapun amik yang baik-baik sahaja. Kalau rajin pi cari Quran sekarang, bukak surah al hadid ayat 16, hayatilah dan nangislah. Kejadian benar berlaku di SMKA Al-Irsyad pada ahad yang lalu 😔
✔✔ Buat Para Pencari Nafkah Keluarga:

✅ Mungkin kau tak tahu dimana rizqimu. Tapi rizqimu tahu dimana engkau. Dari langit, laut, gunung, & lembah; Rabb memerintahkannya menujumu.

✅ Allah berjanji menjamin rizqimu. Maka melalaikan ketaatan padaNya demi mengkhawatirkan apa yang sudah dijaminNya adalah kekeliruan berganda.

✅ Tugas kita bukan mengkhawatirkan rizqi atau bermuluk cita memiliki; melainkan menyiapkan jawaban "Dari Mana" & "Untuk Apa" atas tiap karuniaNya.

✅ Betapa banyak orang bercita menggenggam dunia; dia alpa bahwa hakikat rizqi bukanlah
yang tertulis dalam angka; tapi apa yang dinikmatinya.

✅ Betapa banyak orang bekerja membanting tulangnya, memeras keringatnya; demi angka simpanan gaji yang mungkin esok pagi ditinggalkannya (mati).

✅ Maka amat keliru jika bekerja dimaknai mentawakkalkan rizqi pada perbuatan kita.

✅ Bekerja itu bagian dari ibadah. Sedang rizqi itu urusanNya.

Kita bekerja untuk bersyukur, menegakkan taat & berbagi manfaat.
Tapi rizqi tak selalu terletak di pekerjaan kita; Allah taruh sekehendakNya.

✅ Bukankah Hajar berlari 7x bolak-balik dari Shafa ke Marwa; tapi Zam-zam justru terbit di kaki Ismail, bayinya ??

✅ Ikhtiar itu laku perbuatan. Rizqi itu kejutan.

Ia kejutan untuk disyukuri hamba bertaqwa; datang dari arah tak terduga.
Tugas kita cuma menempuh jalan halal; Allah lah yang melimpahkan bekal.

✅ Sekali lagi; yang terpenting di tiap kali kita meminta & Allah memberi karunia; jaga sikap saat menjemputnya & jawab
soalanNya, "Buat apa?"

Betapa banyak yang merasa memiliki manisnya dunia; lupa bahwa semua hanya "hak pakai" yang halalnya akan dihisab & haramnya akan di'adzab.

✅ Dengan itu kita mohon "Ihdinash Shirathal Mustaqim"; petunjuk ke jalan orang nan diberi nikmat ikhlas di dunia & nikmat ridhaNya di akhirat.
Bukan jalannya orang yg terkutuk apalagi jalan orang yang tersesat.

✅ Maka segala puji hanya bagi Allah; hanya dengan nikmatNya-lah maka kesempurnaan menjadi paripurna".
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

DOA HARI RABU

أَعُوذُ بِاللّٰـهِ مُنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، بِسْمِ اللّٰـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيــنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالُمْرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيـن

Ya Allah Ya Qahhar,
Kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari Rabu ini, untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dgn rahmatMu.

Ya Jabbaru Ya Muttaqim...
Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah kami, permudahkanlah urusan kami. Jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada kami. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat kami dan cukupkanlah keperluan kami. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka sembuhkanlah kami Ya Allah, agar dapat beribadah bersamaMu. Jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka ampunilah kami. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Ya Allah Ya Rahim,
Cucurilah rahmat kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

Ya Allah,
Hilangkan keseronokkan kami dari cederung kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhi kami dari apa jua musibah. Selamatkan kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati dan keimanan kami pada agama Islam. Kurniakanlah pada kami limpah rahmat dari sisiMu.

Ya Allah Ya Ghaffar,
ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, ahli2 keluarga kami, saudara2 kami, sahabat2 kami, ustaz n guru2 kami dan sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat.

Manusia Dicipta Di Atas Fitrah Yang Suci

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 Adam daripada sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap diri mereka seraya berfirman "Bukankah Aku ini Tuhanmu", mereka telah menjawab "Benar, Engkau Tuhan Kami", kami menjadi saksi.
(Surah Al-A'raaf 7: 172)



Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الٰأْخِرَةِ وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللّٰـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلّٰـهِ رَبِّ الْـعَالَمِيــن

Mari Berzikir:
(Damainya Hati)
Astagfirullah Hal Adzim

🌞🌞
Mulakan pagi Rabu ini dengan kurangkan menghitung KEMARAHAN terhadap apa jua perkara dihadapan kita dengan senyuman.
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan Silaturrahim.

Monday, May 25, 2015

Assalamualaikum..
Allahhuakbar..
Dari Dr Fuad Latip.

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya
Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dengan h
ormat dlm setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdk memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita
mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sgt memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tdk
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tdk tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lbh berserah kita padaNya.
****
Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tdk pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hga sekrg. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah
sentiasa menunggu2 waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2..t itu sering ditunggu.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Sebarkan lah sayang, sebarkan, semoga kita semua diberkati. Aamiin Aamiin Aamiin YRA, Aamiin

Thursday, May 21, 2015


Seekor mentadak jantan sedang merayap di celahan dahan. Tiba-tiba ia ternampak seekor mentadak betina. Ia mendekatinya. Ia ingin mengawan.

Apabila sudah dekat, dia cuba menarik perhatian mentadak betina. Mentadak betina pun seakan sedang menunggu si jantan. Suasana untuk mengawan sudah bersedia. Mentadak jantan mendekati betinanya. Mereka berciuman.

Kemudian mentadak jantan memasukkan sperma nya ke dalam tubuh mentadak betina. Itu ialah zuriat-zuriatnya pada masa depan. Mentadak jantan gembira. Ini adalah kali pertama ia mengawan. Ia sangat asyik.

Tiba-tiba kepala mentadak jantan direnggut oleh si betina. Kepala nya putus. Kemudian, mentadak betina mengunyah kepala mentadak jantan sehingga hancur dan menelannya. Tubuh mentadak jantan terkulai. Ia mati sebaik selepas mengawan. Tubuhnya menjadi makanan kepada si betina. Si betina perlu makan si jantan untuk mendapatkan protein untuk telur-telurnya.

Ia sebuah kisah sediah kepada mentadak jantan. Begitulah peraturan yang telah Allah tentukan. Tiada siapa berkuasa mengubahnya. Anda pasti tidak mampu mengubahnya.

Moral of story, syukur aku dilahirkan sebagai manusia, bukan mentadak jantan. Baru aku paham hikmahnya. Syukur Ya Allah.

Malam ini malam Jumaat. Kita tengok kepala siapa yang kena renggut.

Wednesday, May 20, 2015

MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.

 Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..