Total Pageviews

Monday, September 5, 2016

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus⁠⁠⁠⁠
Perkongsian Sore... ✍🏼

Seorang lelaki datang ke kedai gunting untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.

Seperti biasa, si penggunting rambut itu menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.

Tiba tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?”

Tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara?

Manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita di sana berperang di sini berperang Asyik bergaduh saja di mana mana”.

Adu si penggunting rambut.

"Lihat di negara kita Sana sini buang bay, Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar
Masalah sosial lagi Rasuah lagi. Teruklah”.

Sambungnya lagi dengan menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada”

Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman saja?
Kan senang”
Ujar si penggunting rambut yang umurnya 40an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki lelaki remaja di sana, Dan pakcik tua di seberang jalan yang sedang duduk tu?”

Tanya lelaki itu...

“Ya, saya nampak Kenapa?”

Si penggunting rambut bertanya kembali...

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya nampak macam tak terurus. Setuju tak?”

Lelaki itu meminta pandangan...

“Ya, betul. Saya setuju” Si penggunting rambut mengiakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting tiada kah?”

Tiba tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak.. Bukan sebab tu ni saya ada ni” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?”

Lelaki tersebut bertanya kembali...

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut mereka tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.”

Jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan kita Allah tetap ada.

Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada.

Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan”

Kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Merekalah yang telah mengabaikan perintah Allah, Allah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga kitabNYA al-Quran

Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera.

Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe.”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi?”

Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti tak pasal pasal saya kena tikam nanti. hehe..

Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya”

Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga..

SESUNGGUHNYA ALLAH  MAHA MELIHAT, MAHA  MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI

Mudah2an apa yang kita baca ni dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar. Aamiin Allahumma Aamiin...⁠⁠⁠⁠
MUHASABAH DIRI:
[JANGAN SEKALI KALI BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH]

Firman Allah SWT :
لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ
"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"[39:53]

Diriwayatkan dari Anas r.a., beliau berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman di dalam Hadith Qudsi yang bermaksud :

“Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya bagimu apa yang kamu pintakan kepadaku dan kamu mohonkan kepadaku, aku mengampunimu atas apa yang ada padamu dan aku tidak memperdulikannya (berapa besar dan banyak dosa yang ada padamu), wahai anak adam, seandainya engkau datang denga dosa-dosamu sebanyak awan di langit, kemudian engkau memohon ampunanku, maka aku mengampunimu, wahai anak cucu Adam, sesungguhnya seandainya engkau datang kepadaku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemuiku dengan tanpa menyekutukanku sama sekali, maka kutemui engkau dengan ampunan sejumlah itu pula”.

[HR At-Tirmidzi dan Imam Ahmad, dan sanadnya Hasan]⁠⁠⁠⁠
Maulana Umar Palampuri rah

Seluroh Indopak, juga hampir di seluruh dunia mengenali siapa itu Maulana Umar Palanpuri rah. Beliau dikenali sebagai “Suara Emas Dalam Kerja Dakwah” (Golden Voice of Dakwah Work). Sewaktu penulis berada di India pada 1990 ketika keluar 40 hari Masturat sempat menghabiskan masa beberapa hari di Markaz Dunia, Madrasah Kasyaful Ulom, Masjid BangoWali, Nizamuddin, India. Ketika itu penulis berkesempatan berada beberapa kali di dalam majlis beliau.

Pada waktu yang sama juga markaz didatangi rombongan yang pertama yang sebelum ini belum pernah sampai ke situ. Ia itu rombongan pertama dari Russia (USSR). Seingat penulis rombongan itu terdiri dari tujuh orang yang pakaian dari ketayap sampai ke stokin warna yang sama iaitu warna biru. Sesampai mereka di markaz berkebetolan dengan malam perhimpunan mingguan di daerah berkenaan. Kesemua mereka berada di tempat khas di atas kolah wudhuk berhadapan dengan pintu masjid (sekarang ini sudah tiada). Pada petang itu Maulana Umar Palanpuri rah memberi bayan (ceramah) yang mana dalam bayan tersebut beliau menyentuh bagaimana asal ujudnya fahaman Kominis.

Fahaman berkenaan bertapak apabila sistem Zakat yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis Nabi gagal dilaksanakan. Akhirnya gulongan miskin terpinggir dan seterusnya fahaman ini mulai bertapak. Beliau mengulas begitu panjang lebar sehingga penulis tidak sangka bahawa maulana yang begitu sibuk dengan ilmu agama dan madrasah begitu arif dengan sistem politik semasa serta begitu mahir dengan berbagai idologi yang ujud akhir-akhir ini.

Di dalam bayan beliau, beliau begitu yakin dengan kedatangan tetamu ronbongan jemaah pertama dari Russia itu menjadi titik permulaan perkembangan dan kebangkitan Islam di negara berkenaan. Beliau bersumpah dengan nama Allah swt bahawa Russia (USSR) akan berpecah satu persatu selepas dua tahun dari sekarang. Kata-kata beliau mengejutkan ramai hadirin yang hadir termasuk penulis. Ternyata selapas dua tahun kata-kata beliau ianya benar-benar menjadi kenyataan. Satu persatu Negara Kesatuan Russia telah berpecah. Cechnya, Yogoslavia,Cekoslovakia,Bosnia,Serbia,Angustia,Balarus dan lain-lain. Kata-kata beliau dua tahun selepas itu benar-benar berlaku.

Kekadang bila beliau membaca potongan ayat-ayat Quran, irama suaranya begitu sayu menahan sebak yang pastinya akan menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengar. Kekadang juga bila beliau menceritakan kisah Asyash yang beliau nukilkan dari kitab “maarif e mathnawi” karangan Maulana Hakim Muhammad Akhtar serta tafsiran oleh Syeikh Jalaluddin Rumi, beliau akan menangis sambil menahan sebak. Hadirin juga akan turut menangis ini termasuklah jemaah luar negara, Eropah, Amerika serta juga dari beberapa Negara Arab miski pun bayan di dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.

Bayannya cukup memberi kesan di dalam hati hadirin yang mendengarnya. Ada beberapa orang tetamu luar negara yang datang ke Markaz Nizamuddin tersebut semata-mata ingin bertanyakan sesuatu berkaitan Jemaah Tabligh, namun apabila selesai mendengar bayan dari beliau, jawapan persolan berkenaan akan terjawab di dalam bayan tersebut. Ini diperakui oleh banyak tetamu yang datang ke Markaz Nizamuddin.

Mengikut maklumat yang diterima, bahawa beliau semasa kecil dipelihara dan dididik oleh ibunya yang terkenal sabagai saorang wanita yang solehah ketika itu. Ketika masih kecil beliau menunjukkan tanda-tanda kecerdikkan yang mana dengan kecerdikan tersebut membuatkan bapa saudaranya menyekolahkannya mengikut pendidikan sekular yang ada ketika itu. Namun sebaliknya ibunya yang solehah itu berkeinginan anaknya itu diasuh dengan pengajian dan pendidikan agama yang akhirnya inilah terjadi kepada maulana.

Ketika masih umur kanak-kanak beliau telah pun menghafal Al-Quran dan ketika remaja beliau seterusnya melanjutkan pelajaran agamanya di Darul Ulum Deoband yang berkesudahan mendapat keputusan yang cermelang sehingga mengkagumkan guru-guru beliau. Pun begitu di dalam bidang kerohanian, beliau menjadikan Syeikhul Hadis Maulana Zakaria Al-Kandalawi rah sebagai Syeikh Khalifah beliau.

Seringkali di dalam bayan beliau, takkala beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan menceritakan bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi perhatian kepada beliau serta berkata,”Sekarang ini tidak ada yang mendengar melainkan ibu sahaja namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahawa ribuan orang akan mendengar apa yang kamu cakapkan.” Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau akan menangis terisak-isak di hadapan ribuan dan jutaan manusia yang mendengar bayan beliau. Doa ibu beliau telah pun dikabulkan.

Pada 21 May 1997 jam 1.30 petang bersamaan hari Rabu, beliau telah dipanggil oleh Allah swt pulang ke rahmatullah di Nizamuddin, India. Inya terjadi setelah beliau beserta beberapa orang elders Nizamuddin bersafar ke Ijtimak Agra dan di dalam perjalanan, beliau telah jatuh sakit serta pulang semula ke Delhi. Kemudian beliau dimasukan ke hopital dan telah dibenarkan pulang namun selepas itu beliau diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Sekitar 80an dan awal 90an beliau begitu suka dengan jemaah dari Malaysia serta akan menyapa serta bersarapan pagi bersama jemaah dari Malayisa. Kesukaan beliau dengan jemaah Malaysia kerana ketika itu kebanyakkan yang datang ke markaz Nizamuddin adalah muda-muda belaka.

Pengurbanan beliau terhadap agama memberi menafaat yang banyak kepada ramai manusia yang datang ke Nizamuddin, India.

Semuga Allah swt mencerahkan tempat rehat beliau dan menerima pengurbanan beliau.

P/s : Allahum maghfir lahu warhamhu wa’afihi wa fuanhu. Amin !

Hambali saad
Allahu - Makcik Mengadu Tabligh Kotor Live di TV

Asalam Bhai, satu Karkuzari live daripada TV di Indonisia.

Di sebuah penempatan yang padat di Indonisia yang mana rumah nya rapat rapat telah terdapat satu Surau, dan pada suatu hari telah datang satu Jemaah Dakwah Tabligh Jalan Kaki ke Surau tersebut, bersebelahan Surau itu tinggal seorang Makcik.

Kebetulan semasa kedatangan Jemaah tersebut makcik tadi sedang menonton sebuah Rancangan Agama Soal Jawab TV secara live yang digemari ramai dan di Hostkan oleh seorang Ulamak Selebriti yang terkenal di sana iaitu Pak Kiyai Dai Kondang, melihat akan kedatangan Jemaah Dakwah Tabligh Jalan Kaki ke Surau di sebelah rumahnya, Makcik tadi cepat cepat menelefon Rancangan TV yang di tontonnya...dengan izin Allah dalam jutaan panggilan yang dibuat secara live panggilan telefon Makcik tadi telah dipilih untuk keudara..

Makcik tadi terus membuat aduan dan pertanyaan yang mana ianya di dengari dan di tonton secara live oleh jutaan rakyat Indonisia, kata Makcik tersebut..

"Ya Ustaz, sekarang Surau saya di masuki oleh sekumpulan jemaah Dakwah yang pakaian nya kotor dan bajunya kusut masai dan mereka malah memasak di Surau itu...!!! perlukah saya membuat aduan kepada Pihak berkuasa atau mungkin Ustaz boleh mengambil tindakan terhadap mereka dengan segera..!!!

Mendengar sahaja pengaduan Makcik tadi Pak Kiyai Dai Kondang terus menjawab..

"Wahai Ibu yang aku hormati dan sayangi... Sekirannya ibu melihat pakaian mereka kotor maka ibu ambil lah pakaian mereka dan tolong basuh kan dan sekiranya baju mereka kusut masai maka ibu tolong lah seterika kan nya dan sekiranya ibu melihat mereka memasak maka ibu ambil lah makanan itu dan masakan makanan yang paling istimewa dan hidangkan kepada mereka...
Sesungguhnya wahai ibu ku Pekerjaan yang mereka sedang lakukan itu Terlebih Mulia daripada pekerjaan ku sekarang ini dan kedudukan mereka itu Terlebih Tinggi kedudukannya dari kedudukan ku disaat ini"...lalu Pak Kiyai Dai Kondang menanggis....

Peristiwa dan perbualan ini di dengar dan di tonton oleh jutaan orang ramai di kaca TV.

Allahuakhbar...!!! Ayuh bentuk jemaah kita keluar Bhai...!!! aku sebak Bhai.....⁠⁠⁠⁠