Total Pageviews

Saturday, April 2, 2011

Apa Hendak Jual Di Internet?

Apa Hendak Jual Di Internet?

Antara halangan pertama untuk mula berniaga ialah produk apa yang hendak dijual. Fikir tentang produk mungkin boleh ambil masa bukan saja sehari, tapi bertahun. Terutama bagi yang belum pernah berniaga.

Bagi otai yang memang kaki bisnes, mereka telah ada naluri produk apa yang boleh dapat duit. Sasaran utama ialah barang terjual. Apa saja yang mereka lihat mereka akan terbayang duit. Naluri keduitan mereka bernyala-nyala. Tidak kisah menjual apa sekalipun walaupun itu adalah sebuah meja buruk.

Antara cara mudah ialah lihat benda di dalam rumah. Buka setor dan lihat barang-barang lama yang telah lama tersimpan atau bakal dibuang. Barang-barang lama ini boleh dijual, siapa kata tiada pembelinya?

Ini ialah strategi biasa atau jalan pintas yang digunakan bagi mereka yang masih baru dan tercari-cari idea apakah produk yang ingin dijual. Ia mungkin kasut lama, mainan lama anak-anak, pakaian lama, almari lama, perkakas lama, atau juga barang-barang antik. Jangan lupa bahawa barang-barang antik seperti seterika tembaga boleh dijual dengan harga tinggi.

Kisah seorang peniaga internet yang pernah saya dengar sebelum ini, beliau bermula dengan kaedah ini. Setiap hari beliau mencari barang apakah di dalam rumahnya yang boleh dijual. Nampaknya pada peringkat awal beliau berjaya. Tetapi setelah 3 bulan berlalu, semua barang-barang lama telah terjual dan tidak ada lagi barang-barang yang boleh dijual.

Kemudian beliau tidak mati akal, beliau mula bertanya rakan-rakan serta jiran-jiran apakah barang-barang yang mereka hendak buang. Barang-barang itu beliau peroleh dengan percuma saja sebab kebiasaannya barang-barang tersebut memang untuk dibuang, tidak ada sesiapa pun yang ingin menjual kepada rakan atau jiran. Beliau mengaut untung seratus-peratus.

Tetapi masalah lain pula timbul, takkan lah selamanya beliau hendak menjual barang-barang lama daripada jiran dan rakan-rakan?

Tetapi oleh kerana beliau telah membiasakan diri selama ini dengan memikirkan tentang produk apa yang boleh dijual dan mendapat duit, akhirnya beliau tidak ada masalah untuk menemui produk baru, yang boleh dijual. Beliau tidak lagi bergantung kepada barangan lama.

Pasar karat menyediakan tempat dan ruang untuk berniaga. Kepada yang minat berniaga secara terus kepada pelanggan, tempat ini adalah sesuai. Duit siling lama, wang kertas lama juga ada pelanggan tersendiri.

Saya pernah melihat bagaimana peniaga di pasar karat JB berjaya menjual sehelai not kertas lama sepuluh ringgit yang ditulis dengan “SA-PULUH RINGGIT”. Berapa harga yang dijual? Iaitu RM100 sekeping. Penjual itu berjaya menyakinkan pembeli bahawa hanya satu not sahaja yang dia miliki.

Begitu juga siling dan not kertas lama banyak dijual di internet.

Jadi produk apa agaknya yang anda hendak jual? Jika anda buntu, hadir lah ke seminar usahawan internet dan tempah tempat anda sekarang. Saya akan tunjukkan pelbagai produk menanti anda. Antaranya ialah produk yang langsung anda tidak pernah lihat di Malaysia.

Layari http://seminar-usahawan-internet.blinkweb.com

Mohd Rafi
Johor Bahru
019-7460339

Monday, March 28, 2011

Adakah Semua Bisnes Internet Tanpa Modal?

Ramai yang teruja bila saya katakan saya berniaga di internet tanpa modal. Kerana sangkaan kita hari ini ialah setiap perniagaan pasti bermula dengan modal, diikuti dengan produk atau servis.

Tetapi dengan internet kita boleh buka sebuah kedai kita sendiri, dipenuhi dengan pelbagai produk dan saling tak ubah seperti sebuah kedai di luar internet.

Mencari modal ialah membebankan. Begitu juga mencari tapak, ubahsuai kedai, mencari pekerja, mengurus stok dan sebagainya. Silap haribulan, kita rugi. Risiko pula adalah besar, tidak ada orang lain yang memikulnya, kecuali kita sendiri.

Awal tahun 2011, saya telah hadir ke satu seminar perniagaan internet. Untuk mula berniaga di internet dengan pakej yang ditawarkan dari seminar tersebut, saya perlu membayar sebanyar RM2000+++. Saya tidak membayar apa-apa, sebaliknya pulang ke rumah sambil memikirkan sesuatu. Apa yang saya fikirkan? Iaitu wajah-wajah peserta yang kebanyakannya adalah golongan sederhana seperti saya, mungkin sedikit kecewa kerana perlu membayar dengan harga tinggi. Oleh itu hasrat untuk menjadi usahawan internet terbengkalai begitu saja.

Walaupun begitu saya tidak menyalahkan bisnes man tersebut, tetapi oleh kerana saya ada sedikit pengalaman dan latar belakang di dalam bidang ini, saya dapat mengenal pasti manakah yang terbaik untuk saya. Sebaliknya ada juga orang yang memilih untuk masuk dan bayar walau seberapa banyak sekalipun, asalkan dapat mencuba, dan akhirnya dapat memulakan bisnes. Tetapi dapat tak kita bayangkan betapa untungnya bisnes man tersebut?

Adakalanya saya terfikir, yuran seminar yang saya kenakan kepada peserta adalah sangat murah. Tolak itu dan tolak ini, serta tolak penat lelah saya bercakap sepanjang hari, rasanya itu terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan seminar-seminar besar lain yang selalunya diadakan di Kuala Lumpur dan Selangor. Malah, saya mungkin merintis sesuatu yang belum lagi dikelolakan sendiri oleh warga Johor Bahru, iaitu seminar usahawan internet ini.

Tentang modal RM2K tadi, ia adalah soal kritikal. Bagi orang yang ada segunung duit, mengeluarkan RM2K mungkin tiada masalah. Tapi saya berterus terang mengatakan, saya ada masalah.

Kesimpulannya ialah, bukan semua bisnes internet tanpa modal. Sebelum melabur, dapatkan gambaran yang amat jelas dan jangan main terjah.

Saya juga pernah tertarik dengan satu flyers bisnes internet bebarapa bulan lalu. Di tulis dengan terang di dalam flyers tersebut bahawa bisnes internet ini bukan MLM. Tertarik sekali dan ingin tahu apakah kaedah perniagaan internet ini, saya membuat temujanji.

Akhirnya bersua muka dan mendengar satu persatu cara bisnes itu digerakkan, di hujung penerangan saya menyimpulkan bahawa ini ialah MLM. Tapi yang peliknya kenapa mereka mengatakan ini bukan MLM? Kalau ada upline dan saya jadi downline, adakah ini bukan MLM? Wallahualam, saya kurang pasti sebab saya bukan arif dengan MLM.

Jadi, berapa saya perlu bayar untuk masuk ke peringkat pakej yang paling murah? Saya perlu bayar sebanyak RM750. Anda sanggup? Saya tak sanggup, sebab saya tidak berani untuk meletakkan komitmen mencari orang dan mencari orang. Kemudian hadir ke perjumpaan dan mesyuarat serta seterusnya. Saya tidak pandai bercakap dan mempengaruhi orang untuk masuk dan beli produk saya.

Kesimpulannya sekali lagi ialah, tidak semua bisnes internet itu tanpa modal.

Walaubagaimanapun, seminar yang saya anjurkan ialah untuk memulakan perniagaan tanpa modal. Ia bermula di internet, dan kemudian boleh dikembangkan secara offline. Pasaran tidak terhad kepada online malah offline juga. Maksud offline ialah seperti kedai, pasaraya, farmasi, pasar malam, pasar karat, bazar, trading atau juga direct selling. Atau juga iklan di media-media.

Saya pernah menjual sejenis barang sebanyak 200 unit untuk sekali jual. Dan saya juga pernah menjual sebanyak 100 unit barang yang lain untuk sekali jual. Kalau saya mengambil untung sebanyak RM1 bagi setiap unit, bermakna saya dapat untung RM200 dan RM100 untuk sekali jual dalam sekelip mata. Dan ini berlaku dalam tempoh sehari, perpindahan duit berlaku begitu pantas. Dan tanpa melakukan apa-apa, tidak mengedar flyers, menjaja di tepi jalan atau direct selling. Sebaliknya sambil melakukan kerja-kerja di pejabat, tiba-tiba satu mesej pelanggan masuk dan segalanya pun bermula.

Begitu juga peluang anda amat cerah, kerana setiap manusia ada potensi yang berbeza. Malah anda juga berpotensi untuk meraih sesuatu yang lebih besar dari saya. Cuba bayangkan,

Kalau anda hanya ada satu produk sahaja, kemudian dapat mengembangkan kepada 20 peniaga, setiap peniaga membeli sebanyak 20 unit seorang dalam sebulan, anda dapat menjual sebanyak 400 unit sebulan. Kalau setiap unit memberikan anda keuntungan RM1.00, bermakna anda untung RM400 sebulan. Bagaimana kalau anda untung RM2.00 seunit, atau lebih dari itu? Bagaimana jika anda ada 10 produk lain?

Sesunguhnya, ia bergantung kepada berapa cepat anda dapat mengembangkan rangkaian anda sendiri. Dan ianya bukan rangkain milik orang lain. InsyaAllah dengan iltizam dan doa, kita semua boleh berjaya untuk berniaga.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke seminar ini.

http://seminar-usahawan-internet.blinkweb.com

Mohd Rafi
Johor Bahru
0197460339