Total Pageviews

Saturday, June 11, 2016

Dalam sebuah ceramah seorg Ustazah sdg mengajar ilmunya.

Ustazah berbicara di hadapan ramai wanita dlm majlis ta'lim tsbt dgn katanya:
" _*Daripada membiarkan suami puan2 terjerumus ke dalam dosa, lebih baik izinkan mereka untuk menikah lagi.*_
....._*Mungkin ini berat, tetapi pahala yang akan Puan2 dapatkan atas kerelaan ini sangatlah besar".
*_
Salah seorg wanita yg hadir mengangkat tangannya ingin bertanya.

"*Silakan puan*" : kata ustazah.

"*Terima kasih, Ustazah*", wanita itu memulai bicara :

" *Begini ustazah dari dulu saya bingung bagaimana caranya utk memberitahu Ustazah*."

" *Syukurlah kalau memang apa yg saya sampaikan sgt bermanfaat buat Puan*" : sahut Ustazah.

" *Tapi setelah mendengar ceramah ustazah barulah saya beranikan untuk memberitahu Ustazah.....Bahwaa..eehmmm….sebelum itu saya mohon maaf kalau sampai sekarang saya belum memberitahu hal ini kpd Ustazah*."

" *Beritahu saya aja.....karena kebahagiaan Puan, Insya Allah jadi kebahagiaan saya juga*." sahut Ustazah.

" *Baiklah ustazah, bahwa sebenarnya dalam 2 tahun ini, saya sudah menjadi istri kedua suami Ustazah*".

Mendengar cerita wanita itu, Ustazah terus rebah _*pengsan*_

Ternyata ustazah sendiri blm sedia menerima kenyataan kalau hal itu yg menimpa dirinya.

Tidak lama kemudian Ustazah sedar, terus diberi minum oleh madunya sambil diajak istighfar...
Setelah istighfar dan tenang, akhirnya Ustazah berkata kepada madunya :
" *Maafkan saya adinda...., ternyata hati ini tidak sekuat batu.., tapi sekarang saya sudah faham dan harus ikhlas menerima nya*."

Sambil berpelukan, ustazah berkata : " *Kita harus menjadi istri-istri yang solehah*."
Kemudian ustazah berdiri di sblh madunya dan meneruskan ceramahnya dengan mengatakan ini salah satu contoh istri-istri yg sabar lillahi ta'ala...
Semua para jama’ah terharu, salah seorang ibu muda yang cantik menangis teresak2 kemudian berdiri mengangkat tangannya.
"*Ya silakan puan, apa yg mau ditanyakan?*" : tanya ustazah.

Wanita ini dengan air mata bercucuran berkata : " *ya ustazah, saya tidak tahu apakah saya ini menangis sedih atau bahagia melihat ustazah dan madu ustazah td*.
*Saya tidak tahu apakah hati saya kuat kerana ternyata saya adalah isteri ketiganya suami ustazah....* "

Tiba-tiba gedebuk ustazah jatuh pengsan lagi diikuti madunya yg juga turut pengsan.

Tidak lama kemudian Ustazah dan madunya sedar terus diberi minum sambil diajak istighfar.
Setelah istighfar dan tenang, akhirnya Ustazah berkata : "*Maafkan saya adinda-adinda.., ternyata hati ini tidak sekuat batu.., tapi sekarang saya sudah faham dan harus ikhlas menerima nya*."

Setelah merasa tenang dan kuat, kemudian ustazah berdiri memegang tgn madu-madunya dan melanjutkan ceramah nya dengan mengatakan ini salah satu contoh istri-istri yg sabar lillahi ta'ala...
Semua para jama’ah terharu.., salah seorang wanita muda yang cantik kemudian berdiri mengangkat tangannya.

_Tiba-tiba......gedebuk ustazah pengsan lagi_
(padahal wanita muda itu blm lg bertanya).

Majlis tetap diteruskan juga, salah seorang urusetia majlis bertanya:
" *Ya silakan puan, apa yg mau ditanyakan.., barangkali saya boleh menjawab*. "

Wanita itu sambil menahan sesuatu berkata :
" *Maaf puan toiletnya sebelah mana ya, saya nak terkencing ni*"

😬😬😬😜😜😜 .
*10 GOLONGAN YANG DIUSIR DARI PADANG MAHSYAR*

 1.Mereka diusir berupa kera- Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi- Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah- Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal- Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong

.5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikkan- Mereka adalah pemidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka- Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya- Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta- Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai- Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas- Mereka adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT
🌹Kata Ustaz🌹

🌹Kita, khidupn kita dn umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

🌹7x 1= 7
Ketika umur disifir 7x1, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn.

🌹7 x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

🌹7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

🌹7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

🌹7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

🌹7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin mningkt. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.

🌹7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

🌹7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

🌹7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

🌹🌹🌹kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.


🌹Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

🌹🌹🌹🌹Ingat!!
Berapa ramai pula yg tk lps byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1 , byk juga yg umurnya ditangga ke 3.

🌹Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

🌹Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah.

🌹Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat....
Assalamualaikum.... & Salam Sejahtera......

📝 Tazkirah subuh...

SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor,sebuah kereta Proton Saga tua juga masuk ke kawasan masjid,saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor.Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih.Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung.Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid,tekaan hati saya.Ketika saya berwuduk di kolah masjid,dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk menbasuh kaki.Saya menggunakan cebok yang telah tersedia.Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga masjid,saya lihat dia terus ke keretanya.Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal.Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah,sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu,moga ia memanfaatkan."Subhanallah!Saya pula yang terasa malu,tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian.Dia menyambung,"Dimana masjid saya singgah,yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok,bekal untuk mati,tak mampu nak sedekah yang lain."

Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk,bayangkan ganjarannya.Berapa ringgit sangat sebuah cebok air.Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik,yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan,maka Allah dorongkan.Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia,tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata nanusia.

Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak.Saya nak ajak anda semua,jom kita tiru orang tua ini dg meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf.Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat.Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi,atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air,atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid,atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu,sebuah penyodok sampah,atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan.Jangan tunggu hingga diminta,dirayu,kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah,mungkin kerana terpaksa.

Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang,membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit,apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita,atau merasa dah cukup layak ke syurga,atau malas nak fikir.Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid,suaru atau musolla,walapun mungkin hanya beberapa pin mata lalat atau paku payung untuk melekat dokumen dipapan kenyataan...

#betul2menyentuhhati #
#copy&paste

Tuesday, June 7, 2016

BAYAN SYURGA

1. Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

2. Kenikmatan2 syurga tak pernah didengar oleh mana2 telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.

4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.

5. "Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)

~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

6. Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore takleh ukur keluasan syurga.

7. Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

8. Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua laki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

9. Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, takyah dok ligan dan jeles sangat dengan orang kafir.

10. Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya.

11. Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

12. Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

13. "Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)

14. Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

15. Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.

16. Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.

17. Pintu neraka terbuka siap-siap tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi 'jammed.'

18. Lalu ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu spesial; Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.

Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

19. Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

20. Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"

Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.

Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami.bSetiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

21. Antara nikmat dalam syurga dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.

22. Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan.

23. Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"

"Tiada apa-apa ya Allah."

"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."

Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.

Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.
.
#ijtimakpenang 🤓