Total Pageviews

Saturday, April 4, 2015

Senang2 baca lah..buat pedoman hidup dari ustaz Ebit Lew.. ‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌💕‌‌

Bagi kita Rm2 kecil tapi masih ramai orang yang Rm2 bagi mereka amat besar..

Tahun lepas saya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 puluh km dalam hujan balik dari ambil ubat. Pergi hospital rm1 bayar hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu..rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.

Saya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.

Saya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan..di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.

Saya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..

Saya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.

Saya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.

Saya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Di suruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.

Masih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain. Takdir kita semua tak sama. Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.

Allah gelar manusia penipu dalam agama ialah yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat...penipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah. Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang. Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah. Kita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita. Ingat baik-baik sementara diberi peluang.

Ada kerana rm2 makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana rm2 ramai yang tak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup jer. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.

Kata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam. Jika ingin kalahkan Islam senang sahaja. Saat pemimpin mereka mengutip cukai sedangkan mereka hidup mewah dan senang itulah zaman kehancuran mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari tuhan lagi.

Di zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku. Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam. Islam ialah kasih sayang tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. Indahnya Islam.

Marilah kita menarik rahmat Allah malam ni dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Rezeki kita bertambah dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat. Kita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah. Semua orang buat silap yang terbaik yang minta ampun. Doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam. ya Allah maafkanlah kami semua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu. Yang paling kami inginkan ialah keredhaanMu. Hanya KegembiraanMu atas kami
DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN MATAHARI YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA JANGANLAH KITA MELIHAT IANYA SESUATU YANG SEDAP DILIHAT DAN SESUATU YANG CANTIK APATAH LAGI LANGSUNG TAK AMBIL KISAH.
AKAN TETAPI BERASA TAKUTLAH PERSIAPKAN BEKAL KITA

Gerhana matahari ataupun bulan bukanlah sesuatu perkara yang sedap untuk dilihat dan sesuatu yang cantik kerana Nabi ﷺ bersabda apabila kamu melihat gerhana hendaklah kamu sembahyang gerhana dua rakaat,hendaklah kamu menangis dan hendaklah kamu takut kepada Allah سبحانه وتعالى.

Pada suatu hari Rasulullah ï·º keluar daripada bilik Baginda.Kemudiannya Rasulullah menunaikan sembahyang dan berkhutbah.Pada ketika itu berlakunya gerhana matahari yang mana ketika itu wafatnya anak Baginda iaitu Saidina Ibrahim.

Di dalam khutbah itu Rasulullah ﷺ mengatakan berlakunya gerhana bulan ataupun gerhana matahari adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah سبحانه وتعالى bukannya disebabkan oleh seksaan,bala dan kematian yang berlaku.

Gerhana ketika pada zaman Nabi-Nabi terdahulu amatlah sedikit berlaku maka apabila pada zaman Rasulullah berlakunya gerhana Baginda menyegerakan mengerjakan sembahyang untuk menolak fahaman yang mengatakan gerhana berlaku disebabkan adanya seksaan,bala dan kematian yang berlaku.

Nabi ï·º bersabda berlakunya diakhir zaman nanti dekatnya dengan hari kiamat nanti berlakunya banyak gerhana matahari dan bulan.Demikian itulah dalam 10 tahun belakangan ini kita dapati banyaknya berlaku gerhana matahari dan bulan.Ini dalil yang menunjukkan bahawasanya hari kiamat itu semakin dekat dengan kita.

Maka apabila kita melihat gerhana tetapi kita tidak mengambil berat seperti yang disuruh Baginda Nabi maka mereka ini akan lupa pada hari kiamat.Lupanya mereka tentang gerhana ini mengakibatkan lupanya mereka pada hari kiamat untuk berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى.

#MutiaraKata

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

Tuesday, March 31, 2015

Salinan dar msjlis bayan. Maaf atas kesalahan pada ayat dan ejaan.

BAYAN HIDAYAT OLEH MAULANA SAAD,IJTIMAK TONGGI jam 7.30 pagi 11hbJan 2015
(Untuk amla amla diMalaysia yg bilangannya menjangkau puluhan ribu yg tidak berpeluang datang ke ijtimak alami ini ):                          
Wa man ahsanu qawlan min man da'aa ilallaah....
Pada zaman sekarang ini
Banyak cara yg dilakukan manusia utk mengembangkan agama
Tapi sudah menjadi ketetapan Allah bahawa agama hanya akan berkembang dgn dakwah
Maka cara apapun yg digunakan dgn menggunakan alat-alat teknologi agama tidak akan tersebar, malah yang tersebar adalah alat-alat tersebut .

Imam Malik: berkata umat ini tidak akan di baiki ,selagi mereka tidak mengikuti dgn cara seperti yg dilakukan org terdahulu.

Sahabat diberikan tarbiyah dan tazkiyah dgn mengikuti sunnah Nabi Saw.

Maulana Ilyas: berkata kalau kita ingin sebarkan agama dgn alat2 maka bukan agama yg tersebar tapi alat2 itu yg tersebar.

Sunnah adat, kehidupan seharian.

Sunnah ibadat, sholat, puasa, haji.

Sunnah dakwah, cara dakwah Nabi.

Ada sunnah ibadat.

Ada sunnah dakwah.

Dakwah tdk akan diterima Allah kecuali mengikut sunnah Nabi saw.
Maksud kerja dakwah adalah utk merubah yaqin.

Maulana Ilyas berkata : kalau hari ini ada nama gerakan ini maka aku suka memberi nama gerakan tarikatul iman.

Kalau ada org berbuat salah kpd kita, kemudian minta maaf blm tentu kita akan memaafkan,
Tapi kalau dia dtg bawa anak kita yg terjatuh dalam kolam maka tanpa minta maaf pun kita akan memaafkan.
Begitulah kita yg telah berbuat dosa kpd Allah kita minta ampun blm tentu terus diampuni tapi kalau kita bawa hamba Allah yg telah tercebur dlm maksiat maka tanpa minta ampun pun kita akan diampuni oleh Allah .

Begitu gembiranya Allah kpd org yg bawa org jauh daripada nya datang kepadaNya.

Tempat perbaiki iman kata Maulana Saad di masjid.
Luar masjid merusak iman

Melalui dakwah kita jumpai org bawa mereka ke masjid
Dgn cara dakwah Ini yg dilakukan.

Abdullah bin Rawahah
Ubay bin Kaab
Abu Hurairah
Muaz bin Jabal
Apabila engkau melihat org berulang alik kemasjid , bersaksilah mereka benar benar beriman.

Sahabat berdakwah utk perkuat iman mereka sendiri.

Keluar masjid pegang tangan org ta* nu'mina saah.

Bani Tsaqif yang telah menghalau Nabi akhirnya dtg ke masjid bahkan dibuatkan kemah2 dlm masjid sehingga mereka melihat kehidupan muslim.

Org bisik kepada Tufil wahai Tufail ada org gila di Mekah jgn dengar, tapi ketika ia memasuki Mekah dan membuka kapas yg menutupi telinganya dan mendengar bacaan AQuran Nabi maka dia masuk islam.

Semua kegiatan ummat perlu dihubungkan dgn masjid
Siapa berjalan ke masjid spt dia berjalan menuju kpd Allah.

Firman Allah qudsi: siapa yg dtg kpdKu dgn berjalan Aku akan dtg kpdanya dgn berlari, dst.

Hari ini ummat jauh dari masjid
Sahabat keluar membawa ummat ke masjid
Ta'al najlis bi Rabbina saatan
Semua org yg jaula hendaknya ada fikir utk bawa org ke masjid.
Kepada seorang hamba yg dtg ke masjid, Allah begitu gembira bagaimana lagi gembiraNya kpd org yg membawa org lain ke masjid.
Dgn dakwah bawa mereka kpd kefardhuan yg paling tinggi yakni sholat.

Sholat ibarat kepala pada badan
Tanpa sholat tdk dpt disebut sebagai muslim.
Jika sholat betul maka dia akan lakukan haji dgn betul , zakat dgn betul, puasa dgn betul.

Jika diterima sholatnya, akan diterima seluruh amalnya.
Ajak sholat dan ajak duduk dlm taklim fadhail, Agar mereka yaqin pada amal bukan yaqin pada kebendaan2.

Apabila seseorg duduk di rumahnya dipanggil oleh Presiden ia tidak datang maka dia merasa bersalah
Dia duduk di rumahnya dipanggil oleh Allah tidak datang apakah ada rasa bersalah?
Adzan adalah panggilan Allah
Allahu Akbar maksudnya Allah Maha Besar yg lain kecil, harta pangkat jabatan semua kecil yg besar Allah
Dua panggilan bersamaan, Presiden dan Allah, yg mana dia penuhi, kalau yg dia penuhi adalah panggilan Presiden berarti dia mengatakan Allah kecil Presiden besar.

Sholatlah seperti engkau melihat aku.
Allah tidak akan menerima sholat yg tidak betul,rukuk tidak lurus, sujud tidak betul, dll.

Huzaifah ra di Damaskus melihat org sholat cepat sekali maka dia katakan kalau engkau sholat seumur hidup spt ini kamu tidak akan dibangkitkan sbg ummat Nabi Muhammad saw.

Hari ini kita bayan panjang2, musyawarah panjang2 tapi sholat pendek2.
Selesaikan masalah dgn sholat.
Sakit ingat sholat berarti iman kita betul
Sakit ingat obat berarti iman kita blm betul lagi.
Ada org minta izin mahu pergi berniaga ke Bahrani, Nabi perintahkan sholat dulu.
Janji Allah dlm amal
Tidak ada janji Allah dlm kebendaan.

Dakwah ilallah, dakwah ila ahkamillah.

Maulana Ilyas, tiba di satu tempat makanan sudah terhidang, org katakan mari cepat2 sholat biar makan tenang tenang . tidak...kata Maulana Ilyas; kita makan cepat2 biar sholatnya tenang tenang.

Kalau sholat betul akan meninggal dlm keadaan husnul khotimah,
Kalau sholat tidak betul akan meninggal dlm keadaan su'ul khotimah.

Setiap amal hendaknya dgn iman dan ilmu.
Sholat itu fardhu
Menuntut ilmu juga fardhu.
Ilmu ada dua
Ilmu di lisan dan ilmu di hati.
Ilmu di lisan akan menjadi hujjah,
Ilmu di hati itulah yg manfaat.

Hari ini ummat begitu bodoh sehingga menganggap science adalah ilmu padahal itu hanya keterampilan.
Yang disebut ilmu itu adalah yg berhubungan dgn pertanyaan kubur.

Ilmu tauhid mengenal Allah,
Fadhail utk semangat untuk beramal.
Masail utk betulkan amal.
Di zaman Nabi tidak ada kitab2.
Sahabat langsung duduk di majlis Nabi dan melihat amal Nabi.
Hendaknya di rumah kita baca Fadhilah Amal, Muntakhab dan Fadhilah Sedekah.
Waktu keluar, taklim kita buat ghast , ajak org duduk mendengar taklim di masjid
Abu Hurairah ghast ke pasar iaitu ketika ia membuat usaha maqami di Madinah
Taklim harian setengah jam
Dakwah Taklim Istiqbal 2.5jam
Waktu keluar di jalan Allah kita buat halaqah Quran, taklim fadhail dan muzakarah enam sifat
Ditambah muzakarah2 lainnya.

Hendaknya setiap org yg keluar 40 Hari, perbaiki bacaan Quran sehingga ketika pulang boleh menjadi badal imam di maqami.

Bacaan Alfatihah perlu diperbetulkan , surah2 pendek perlu diperbetulkan , qiyam ruku sujud bacaan tahiyat.

Di rumah taklim 5 bagian
1. Halaqah Quran,
2. Ta'lim Kitabi iaiitu Kitab Fadhaail Amal , Munthakab Hadith dan Fazelat Sedekah
3. Muzakarah 6 Sifat
4. Tashkeel
5. Musyawarah, besok siapa yg baca taklim, tashkeel.
Setiap markaz hendaknya baca Kitab Hayatus Shahabah oleh para ulama yg sdh pernah keluar setahun.

Di Arab mereka baca Riyadus Shalihin dan Hayatus Shahabah.

Maulana Ilyas tidak pernah bayan mengenai wali-wali Allah kerana ada khilafiyahnya.
Bayan beliau tentang kehidupan Nabi dan Sahabat.

Kalau Allah cinta kpd suatu negeri maka Allah hadirkan ulama dalam negeri itu.
Kunjungi alim ulama, tanya alim ulama, hadir dlm majlisnya, semua adalah sebagai ibadah.
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

 Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...