Total Pageviews

Saturday, May 2, 2015

Assalamualaikum...
 KISAH YANG MENARIK
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.
Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
 
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
همبا الله يغ بردوسا
Salam kasih umat dari lereng lerwng gunung Timor Leste...
Alhamdulillah

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi saw dan Sahabah ra atas pengorbanan mereka seeehingga kita mendapat nikmat iman dan islam...

Alhamdulillah...kkami sekarang berangkat ke Sektor seterusnya...nama Daerahnya Vequeque...daerah yang bergunung ganang dan lebih mencabar serta lebih Mujahadah....

Perjalanan kami akan menempuhi lereng lerwng dan curam yaang lebih dalam...

Semalam kami di kejutkan oleh satu peristiwa yang menyebabkan seluruh ahli jemaah menangggis...

Kami di bawa oleh Ustaz Ibrahim....penangung jawab Daerah Baucau yaang baru pulang dari mengerjakan Umrah...

Kami dibawa ke satu kawasan pergunungan bernama Brema....perjalanan kami menggunakan picup 4x4 dgn menyusuri lereng gunung pingiran pantai...kemudian berjalankaki sejauh 3 km...menuruni denaii...melintasi sawah padi...membelah belantara dan akgirnyya mendaki gunung....lalu sampai ke kawasan tersebut. ..

Diatas gunung Brema itu terdapat seorang insan yang Allah pelihara iman dan kalimahnya...berusia hampir 100 tahun...

Namanya Pak Abu Bakar...asal beragama Pagan dan anak Pribumi...beliau memeluk Islam pada tahun 1975...dan hampir seluruh kampungnya sekitar 500 orang juga memeluk Islam...

Tetapi oleh kerana faktor sekitar....seorang demi seorang telah meninggalkan Islam serta Murta dan akhirnya tinggal lah beliau berdua bersama sahabat baiknya Pak Kasim yang masih Islam dan pertahankan kalimah...

Hampir lebih 30 tahun berliau berdiri teguh dengan fikir yang kuat keatas Islam dan kerisauan keatas saudara mara serta penduduk kampung yang murtad....

Daei usia muda sehingga lah beliau tua...beliau azan dan solat sorang diri...kekadang beerdua...sehinggalah sekarang...

Ketika kami sampai beliau agak terperanjat dan kelihatan terketar ketar menanggis kegembiraan atas kunjungan kami...

Kami berpelukan sambil berlinangan airmata dan pelukannya seolah olah tidak mahu melepaskan kami...

Kami sampai sebelum Zohor dan habiskan masa bersama dengan solat zohor dan asar bersama sama...

Satu peristiwa yang kami dapat belljar dari seorang lelaki tua yang tiddak punya apa apa...rumahnya dari buluh dan beratapkan nipah ddan berjalankaki utk mengambil wuduk hampir setengah kilometer di sumur yang jauh di lereng curam. ..

Apa yang kami belajar....kami melihat beliau bersiap siap untuk solat bersama kami tetapi kemudianya beliaau berkata...."tunggu sekejap...saya jangkau dulu kawan saya...(jangkau bermaksud Khususi atau usuli)...Beliau telah keluar dari Musalla dan berjalan hampir stengah kilometer lagi untuk ususli kawannya untuk di bawa bersolat jemaah di Musalla...

Allahu...kami makan tengahari bersam...Nasi putih berlauk kan cili apai dan Maggi yang kami bawa....kata Pak Abu Bakar...puluhan tahun beliau cuma makan nasi dan pucuk kayu kadangkala ikan kerana tiada apa yang Halal yang dapat di makan...kerana orang orang kampung keseluruhaannya memelihara Babi dann anjing....

Kami berbual dan ternyata beliau berbicaa soal iman dan amal setiap masa dengan suuara yang terketar ketar...

Selepas Asar...kami bersiap untuk pulang ke Masjid Baucau...ternyata beliau sekali lagi memeluk kami...seolah olah tidak mahu melepaskan dan perkataan yang menyayat hati kami ialah bila beliau berkata..."kapan lagi kamu semua akan mengunjungi saya...mungki bila kamu datang lagi Bapak sudah tidak ada..." beliau menanggis dan mengalirkan airmat...dan kami juga.....

Allahu. ...kalimah tersembunyi di lerwng Timor Leste...katanya lagi..." dimana lagi orang oorang Islam...yang selalu mengunjungi saya dan merekaa disini hanya lah orang orag Dakwah seperti kamu...diimana manusia Islam yang lain..."

Semuga Allah matikan beliau dengan kalimah iman....

Kalimah kalimah tersembunyi di lereng lereng gunung Timor Leste..

Doakan jemaah kami...

Ali Russia
Baucau
Sektor Timor
Timor Leste