Total Pageviews

Thursday, September 2, 2010

Kau Ketawakan Pakistan?

Kita selalunya terlalu cepat menghukum sesuatu. Maksud aku ialah bila kita berdepan dengan sesuatu perkara, contohnya bila kita terlihat wajah seseorang, lekas-lekas kita menghukum sifat dan tingkahlaku orang tersebut. Kononnya kitalah yang paling pakar dengan riak wajah orang lain, tengok je muka dia terus kita tau perangai dia luar dalam, sampai warna seluar dalam dia pun kita tau.

Aku tak suka orang macam ni. Sebabnya bila orang jenis macam gini tengok aku, segera dia membuat kesimpulan aku seorang yang macam ini lah, yang macam itulah, sedangkan hakikatnya aku bukan yang seperti dia simpulkan. Karang, dia pulak yang aku simpul-simpulkan.

Korang pun tentu tak suka jumpa orang mcam gini kan, bila jumpa korang jek, tengok muka Korang yang tak pernah senyum tu, terus orang kata korang ni sombonglah, berlagaklah, hidung tinggilah, dada bidanglah, tapak kaki busuklah, ketiak berdaki lah..dan macam-macam lagi yang korang sendiri tak larat nak dengar.

Terlalu cepat kita menghukum sesuatu perkara kan. Sedangkan latarbelakang perkara tersebut masih jauh untuk kita temui. Dah kenal seminggu, dah berbual lama-lama, barulah kita tau, oh macam gini orangnya, macam gitu orangnya. Dan selalunya kita terpaksa membetulkan kembali tanggapan awal kita yang telah tersilap. Tak pasal-pasal buat dosa kering.

Apa yang telah berlaku di Pakistan, adalah suatu perkara yang lebih besar lagi daripada contoh yang aku sebut di atas. Bila Pakistan dilanda bencana alam banjir terburuk, sehingga satu perlima daripada negara mereka tenggelam dengan air, ada sesetengah antara kita yang berkata, tu lah, banyak dosa, Allah turunkan musibah kat dorang.

Aduh..mana kau tau dorang ada banyak dosa? Mana kau tau Allah hukum dorang sebab dosa-dosa dorang? Apa kau berkawan dengan malaikat pencatit amalan dorang ke sampai kau tau dosa-dosa dorang? Kau ni pun satu, bercakap ikut perasaan tak ikut otak. Tu lah banyak telan kepala ikan. Terlalu mudah kau menjatuhkan hukum ke atas perkara ni, sampai kau terlupa kat mana kaki kau berpijak. Macamlah kau tu takde dosa…haaa..aku kalau dah bercakap macam terkeluar pulak sinaran laser dari mulut aku.

Jangan lupa Kota Tinggi pun pernah banjir. Tenggelam selama dua minggu. Habis semua harta benda berharga. Boleh tak aku cakap..ish..ish..banyak betul dosa orang kota Tinggi, sampai dapat musibah macam tu ? Johor Bahru okey je?

Jangan lupa Acheh pun pernah banjir dengan tsunami. Boleh tak aku cakap, dasat betullah dosa orang Acheh ni ?  

Dan ini kau acukan telunjuk kau kepada dorang, kau kata dorang banyak dosa. Eh, aku tak sukalah dengar macam ni. Kan bagus kalau kau merendahkan diri sikit, kerana kita semua tau takde manusia yang maksum, dorang ada dosa, kau ada dosa, dan aku pun ada dosa. Kita semua ada dosa yang kita sendiri tau kan. Yang kita tak pernah ceritakan dengan orang lain melainkan Allah saja yang tau.

Kau kan kalau bercakap, seolah-olah musibah akan pergi kat tempat orang lain je, tempat sendiri kononnya terpelihara, kononnya tempat kau paling bersinar dengan nur keimanan. Emo pulak aku nieh..weh..weh..

Musibah yang Allah datangkan merupakan hadiah kepada orang-orang beriman. Dengan musibah Allah akan hapuskan dosa-dosa mereka, sekiranya mereka bersabar, Allah akan meningkatkan darjat iman mereka. Sebaliknya musibah yang Allah datangkan kepada orang kafir adalah azab, azab di dunia yang terlebih dahulu diberikan untuk mereka dan selebihnya menunggu di akhirat.

Aku tak menyangkal bahawa musibah datang ke tempat yang tenggelam dengan dosa maksiat, banyak umat-umat terdahulu binasa kerana dosa maksiat. Tapi jangan pula asyik melihat musibah datang ke tempat orang, kita menyangka tempat kita ini telah pun selamat sedangkan hakikat sebenar hanya Pemilik kepada musibah ini yang Maha Mengetahui.
Kita yang berada jauh beribu batu dari tempat musibah tersebut perlu muhasabah diri. Inilah peluang yang Allah berikan sebelum musibah yang sama atau yang lebih berat didatangkan untuk kita. Kita doakan kebaikan untuk mereka dan minta Allah jauhkan sebarang bencana dari tempat kita, wokeh gitu?

Oklah, aku telah melontarkan suatu isu yang agak berat jugak untuk korang dan aku berfikir. Kat sebelah aku ni dah terconggok satu lembaga sedang berbual dengan aku. Karang aku tak layan marah pulak. Baik aku stop sebelum lembaga ni sedut darah aku…bukan lembaga hasil, tapi isteri akulah. Chaos. (Ala-ala bucuk, marahla tu panggil lembaga - meh sini abg timang masuk buai)

Wasalam,
2Sep2010

Wednesday, September 1, 2010

Kenapa Kau Pilih Cinta Tomboi? – Episod 2

Sambungan daripada episod 1.


Hari tu aku ada berbual dengan member aku yang pernah bersama2 menyambut Hari Raya bersama2 dengan kawan tomboi dia. Kawan aku ni perempuan lah, kalau tak macamana tomboi tu boleh ajak dia sambut raya sama-sama kan.

Member aku ni pun ikut lah mamat ni pegi beraya..hehe..suka hati aku jek panggil tomboi tu mamat. Ni nama jantan dia lah. So mula-mula sekali dia tunggu kat umah, Mamat datang jemput naik kereta. Mamat ni bawak awek dia sekali. Awek si Mamat ni perempuan yang betul2 perempuan. Hari tu mereka bertiga pergi beraya ke rumah semua kawan2 si Mamat ni lah. Semua kawan2 dia pun sama jenis dengan dia jugak, tomboi.. Member aku ni macam dapat kejutan budaya hari tu. Terperanjat ala-ala cipan ke beruk ke, tenuk ke tapir ke, alah semua jenis terperanjat digabungkan jadi satu – terperanjat gila.

Apa yang terperanjatnya? Rupanya semua tomboi-tomboi ni duduk serumah dengan awek dorang. Ada yang hidup dah bertahun-tahun, sama-sama tak ubah macam suami isteri. Malah mengalahkan keintiman antara suami dengan isteri. Perhhh..dasyat gitu. Memanglah tomboi yang jadi lelaki, tapi yang siannya dorang pakai baju Melayu lelaki, siap bersamping siap bersongkok. Eh..nasib baik korang tak boleh masuk tandas lelaki. Kalau boleh...aku bogelkan korang. Malu apa? Kita berdua sama jenis apa...

Member aku cakap, intimnya tomboi dengan awek dorang, kalau nak berpisah mesti salam dan cium tangan. Malah cium pipi kiri-kanan termasuk dahi. Isteri aku cium aku taklah sampai ke dahi, lepas pipi kiri-kanan, dia cium leher pulak. Saje je nak kelainan.

Jadi daripada cerita di atas, bolehlah aku simpulkan, kehidupan tomboi ni ke arah kehidupan yang menyongsang daripada arus naluri manusia yang Allah ciptakan. Kenapa jadi macam gitu? Eh..aku pun tak dapat jawapannya. Korang ada jawapan ke, bagitau lah aku. Aku rasa sama jugak dengan maknyah atau pondan, lelaki yang menukar dirinya kepada perempuan. Kedua-duanya mempunyai pertalian yang sama. Dan tidak mungkin Allah tersalah cipta naluri dia orang.

Tak perlulah persoalkan kenapa Allah jadikan macam gitu, kenapa Allah jadikan macam gini. Kerana Allah tidak boleh dipersoalkan. Di akhirat nanti pun bukan Allah yang dipersoalkan. Sebaliknya korang semua...heheh termasuk lah aku (insan yang fakir ini), akan dipersoalkan oleh Allah. Jadi, marilah kita mempersoalkan diri kita sendiri. Termasuklah juga kepada golongan yang telah menyongsang arus kehidupan ini seperti tomboi , lesbian, gay, pondan, bapuk, maknyah, penkid dan seumpamanya.

Pernah korang nampak awek si tomboi, lehernya merah-merah penuh dengan kesan gigitan umpama gigitan serangga dari hutan Amazon? Pernah? Aku pernah...tapi apa nak buat, takkan aku nak pegi menyebok?

Aduhai, anak-anak aku yang masih kecil, ayah melihat kehidupan yang terbentang di hadapan kamu, adalah kehidupan yang mengerikan. Penuh dengan ujian-ujian dunia. Ayah tak mau kamu semua terjebak ke dalam perangkap cinta si tomboi. Ayah telah melihat depan mata, kalau kamu terjebak, sukarnya untuk kamu melupakan si tomboi itu.. Si tomboi itu lebih handal daripada ayah memainkan kata-kata cinta. Lebih pandai daripada ayah dalam mengambil hati kamu. Moga Allah menjauhkan kamu wahai anak-anakku.

Nanti sambung lagi. Aku belum cerita lagi kenapa perempuan suka tomboi. Kenapa tak suka lelaki. Ataupun paling kurang suka dengan aku ke..wakaka..itu lebih baik daripada suka kat tomboi. Aku setuju dengan pendapat aku. Heheh…

wasalam,
2Sept2010

Kenapa Kau Pilih Cinta Tomboi ?

Hari tu, adalah hari aku paling terkejut. Hari apa tu eh..hari Isnin ke hari Jumaat? Sorilah aku tak ingat.


Masa tu aku tengah buat kerja, sambil tu aku sempat berbual-bual. Mestilah aku berbual dengan orang, tak tau pulak kalau dinding boleh berbual..wakaka. Entah macam mana boleh terlajak pulak cerita pasal perempuan-perempuan yang telah menukar dirinya kepada lelaki. Kat tempat aku kerja ni ramai orang macam tu. Tak taulah aku ni jenis wabak apa. Bendanya macam berjangkit dari sorang ke sorang yang lain. Lalu aku pun bertanya pada kawan aku tu yang begitu arif tentang hal ehwal ini, kajian yang dibuatnya ialah setahun. Eleh baru setahun...

Dia kata ada raaaaamai perempuan kat sini telah memilih untuk menjadi seorang lelaki. Senang cerita aku panggil tomboi je lah. Perkataan ni mewakili penkid dengan lesbian sekali. Aku malas nak ulas panjang2. Kita sebut tomboi saje. Korang sebut betul2, tomboi tak sama dengan tombol okeh.

Ada satu kali tu aku berselisih jalan dengan sorang tomboi. Mati-matian aku ingatkan dia lelaki. Rambutnya macam rambut anak sedara aku yang lelaki, cara jalan, cara merangkak, cara bergolek, cara melompat, semua macam lelaki. Hensem pulak tu. Tapi sayang rupanya dia perempuan. Siannya.

Aku pun tak paham, dalam cuba menyelusuri jiwa dorang dan cuba memahami latar belakang perkara yang menjadi faktor-faktor utama dorang boleh merubah diri yang asal, akhirnya aku buntu. Memang aku tak ada jawapannya. Kalau dalam periksa keluar soalan ni, mesti aku kantol. Paling tidak aku jawab, dah naluri dorang macam tu. Tak pun aku jawab, lu pikir lah sendiri...heheh..

Tapi semua yang berlaku pasti ada sebab2nya. Dan sebabnya ni lah yang aku tak tau. Ada sekali tu aku berbual dengan sorang tomboi, tapi dia bukan Muslim. Dia kata memang jiwa dia ialah lelaki. Dan dia suka perempuan. Nafsu dia kepada perempuan. Hah korang dengar tu. Kalau aku perempuan, dah lama dia ngorat. Jap, aku nak pegi solek.

Tapi ada ramai jugak yang beragama Islam yang jadi tomboi nie. Lebih ramai daripada lelaki yang menukar dirinya kepada perempuan. Aku bukan apa, tak kiralah yang mana satu, perempuan jadi lelaki ke, lelaki jadi perempuan ke, kedua-duanya dilaknat oleh Allah. Korang pun semua tau kan perkara ni. Tak payah nak aku jelaskan. Tak kiralah apa saja alasan korang untuk menukar diri yang original ciptaan Allah, semuanya dilaknat oleh Allah, hukumnya berdosa besar. Macam laser pulak mulut aku ni.

Tapi macam mana nak bagitau kat dorang ni? Jiwa dorang ni lagi keras dari lelaki. Kalau bercinta, lagi romantik dari lelaki. Teramat penyayang, teramat memahami, pandai sangat memujuk, pandai mengambil hati, sanggup berkorban, dan segala-galanya lebih dari lelaki. Tapi tak boleh lebih dari aku..hihi..

Aku pun tak tau macamana nak mendekati golongan ni dan beritahu mereka apa yang mereka lakukan ni ialah satu perkara yang amat membahayakan akhirat mereka. Susahnya nak berubah kalau diri dah bertahun-tahun macam ni. Hanya Allah kepada aku memohon hidayah...amin..amin.

Eh, panjang pulak cerita ni, ni baru je sampai kat pangkal cerita. Nanti sambung lagi woken. Insyallah.

1. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.
2. Akal yang di anugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup diakhirat.

wasalam,
2 Sept 2010

Pecahkan Ruyung 2

Sebenarnya aku pun kurang pasti apa kebenda nya yang dimaksudkan sebagai ruyung ni. Ke atau aku yang salah mengeja? Aku main tulis je sebab kalau tak silap aku pepatah lama bermaksud, kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya. So gitulah lebih kurang aku memahami apa itu ruyung. Kalau salah eja, tentu jadi duyung..hehe...

Sekarang ni sambil2 aku melayan dan menulis benda2 yang bersifat global dalam blog nie, aku sebenarnya tengah fokus nak cari produk-produk yang sesuai untuk dijual. Bukan senang nak cari produk yang sesuai ni, puas aku keliling dunia daripada US sampai ke Australia semata-mata nak cari produk yang sesuai untuk dijual. Ada yang aku jumpa dari China, memang murah. Tapi masalah lain pulak timbul.

Penulis sebuah buku yang aku baru je baca bulan lepas, dia kata takyah susah-susah, pegi ke dapur, tengok kat dapur tu barang apa yang aku nak buang, barang dah tak pakai, mungkin barang tu boleh dijual. Puas dah aku tengok kat dapur, tak pulak aku nampak benda2 yang aku boleh jual. Silap haribulan, dapur-dapur sekali aku jual karang...

Kalau tak jumpa, pergi pulak ke bilik. Hah..bilik anak aku dululah. Bilik aku tak boleh, sebab aku tau memang banyak benda terbuang yang boleh aku kutip untuk dijual. Aku rasa aku ada satu komputer lama, dua gulung karpet lama, satu gulung tikar mengkuang zaman aku kecik2 dulu, dan akhir sekali sebuah seterika lama daripada tembaga yang aku dah kilatkan tahun lepas. Heh..boleh jual nie. Err..tapi sayang lah pulak. Semua ni ada kenangan yang tersendiri pulak. Hah..sudah...

Tak pun, kalau susah sangat tak jumpa produk, cari servis lah pulak. Eh, servis menda aku nak buat eh. Nak gunting rambut tak pandai, nak jadi tukang urut, pun tak pandai, karang tersimpul urat aku sebab terlebih urut. Pening ar kepala aku! Lagipun tangan aku bukan dijadikan untuk mengurut, urut isteri aku boleh lah..hahaha...

Tak semudah yang disangka. Ruyung aku ni tak pecah-pecah lagi. Bayang sagu pun belum nampak. Orang kata sabar tangga kejayaan. Tapi rumah aku tak ada tangga..wakaka...

Apapun aku tetap fokus pada matlamat asal. Insyallah aku yakin dalam masa terdekat aku boleh jumpa produk yang boleh aku jual. Pastinya produk aku ni yang murah-murah jek. Kalau mahal nanti korang tak boleh beli pulak.

Kalau bukan cenderamata, mungkin cenderahati. Anak patung ke, macam bear, macam hello kitty.. kui3x. Tak sesuai betul dengan jiwa aku yang bersifat lasak dan sporty nie kan. Tapi tak apa, orang kata muka nampak ganas, tapi rupanya dalam hati ada taman. Tapi dalam hati aku takde taman, sori lah, takde rama2 berterbangan, tak ada kumbang mencari bunga, dalam hati aku ada ombak ganas membelah badai, jenis tahan lasak. Insyallah..Insyallah.

Tapi aku suka jugak nak jual lukisan, sebab aku memang suka dengan lukisan-lukisan nie. Biasanya aku tak kisah lukisan orang tempatan ke atau luar negara. Kat dinding rumah aku ada satu lukisan abad ke 18, dilukis oleh orang Italy, Leonardo Decaprio ke hape ntah nama dia... aku beli tahun lepas RM200. Lukisan 2nd  hand macam tu pun mahal. Memang besar gila lukisan tu kalau nak aku angkat sorang, memang terkangkang jawabnya. Berat pulak tu mcam berat isteri aku...wakaka...(sorilah )

Lukisan yang aku suka ialah yang abstrak, atau hampir-hampir boleh jadi gila orang nak menterjemahkannya. Mesti yang warnanya dialun dengan baik dan timbul. Oil painting pun aku suka, water colour pun aku suka. Tinggal lagi aku ni belum pernah pegang berus lukisan, ye ye je aku bercerita kan.

Macam lukisan yang aku beli tahun lepas tu, lukisan tu gambar pemandangan sebuah kampung kat eropah, tak tau pulak aku kat mana, entah eropah entah afrika. tapi memang best, ada sawah padi, ada sungai, hujung sekali ada gunung. Tiga objek ni kalau ada wujud dalam satu lukisan, insyallah aku akan jadi kagum. Kenapa eh..?

Tapi kalau taknak susah-susah, aku ingat nak jadi mak andam lah. aw..aw...nak kena berlatih jadi lembut nie, bukan setakat suara je, satu badan mesti kena beralun lembut-lembut gitu..aw..awww. (buat lawak eh kau? Karang kena laknat baru tau )


wasalam,
1 Sept 2010

Tuesday, August 31, 2010

Kekasih / Isteri Korang Kaler Rambut ?

Dulu masa aku kerja kat tempat lama, aku belum pernah jumpa orang mengaler rambut seperti yang aku jumpa kat tempat kerja aku yang baru sekarang ni.


Alahai nak cakap pun susah. Lalu terlintas pulak di ruang otak aku, satu persoalan. Soalan ni aku ajukan untuk semua lelaki-lelaki yang ganteng yang berada di luar sana. Iaitu lelaki yang masih bujang. Ataupun suami orang tapi ada kekasih gelap (bukan aku eh..).

Soalannya gini, iaitu tatkala korang tengah menyukai seorang perempuan, tiba2 satu hari kekasih korang ni telah mengaler kan rambutnya senyap-senyap. Bila korang jumpa je, maksud aku tentulah kekasih korang ni jenis tak pakai tudung, ye tak? Ha..bila korang jumpa je, tiba2 rambut dia yang hitam waktu jumpa tempohari dah bertukar, ada coklat sikit, ada merah sikit. Apa korang nak buat?

Mesti korang cakap, tak apa ..tak apa..dah terbuat nak buat macam mana, abg maafkan sayang...kan..hampeh lah korang nie. Masa bercinta memanglah mcm tu.

Cuba tiba-tiba isteri aku ke, isteri korang buat macam tu, perkara pertama yang aku buat ialah gantung dia kat kuburan..huh ganas punya laki. Korang pulak masih berlembut?

Aku bukan apa, bila perkara ni dah terlajak, kalau perempuan tu dah terkaler rambutnya, payah nak undur, nah hitamkan balik rambutnya tu macam mana? Takkan nak suruh dia botak? Nak tunggu rambut tu semua jadi hitam balik, makan bulan rasanya. Kalau jenis rambut panjang pulak, nak tunggu berapa tahun?

Setau aku melalui emel-emel yang biasa aku dapat, kaler rambut ni bukannya salah di sisi agama, tapi yang salahnya ialah bila kaler tu jenis coating yang menyaluti rambut, dan air pulak tak tembus ke dalam rambut waktu mandi wajib. Kalau nak kaler sangat, gunalah inai. Sebab kata ustaz tu, inai menyerap dalam rambut. Tapi kaler ni pulak tak menyerap, sebaliknya menyaluti rambut.

Bila fikir-fikirkan, kesian pulak pada mana2 perempuan yang dah terkaler rambut tu. Yang Islam lah, takkan aku nak kesian kat nyonya kedai buat rambut tu pulak. Tak sah mandi wajib ni, tak sah jugak semayang, nanti kalau mati tiba-tiba macam-mana pulak nak mandi jenazah? Apa nak jawab dalam kubur nanti. Aduh.

Terus aku terpandang dan terbayang wajah anak perempuan aku yang masih kecik dan comel loteh nie, macam mana dia nanti bila besar. Aku taknak dia lalui semua ni. Semoga Allah menjauhkan semua perkara ni.

Wasalam
1/09/2010

Lipan Dan Alam Kubur

Salam,


Member aku hari tu bagitau aku yang dia selalu tension. Aku tanya kenapa kau tension? Dia mengadu kat aku katanya jiran dia tiap-tiap hari berkaraoke kat rumah pada waktu siang hari. Aku kata baguslah macam tu, kau tak payah beli set karaoke, dah ada orang tolong nyanyikan, he..he...saje je aku nak kena baling dengan sepatu.

Dia kata, kalau sehari dua takpe, boleh jugak diterima, tapi kalau dah tiap-tiap hari apa hal, apa jiran-jiran yang lain ni semuanya jenis pekak ke? Ada yang nak rehat, ada yang nak tidur, ada yang nak solat, ada yang nak baca quran, ada yang tengah tidurkan baby kecik dan macam-macam lagi.

Ye tak ye, betul lah apa kau cakap tu. Kalau susah-susah kau buat je laporan polis, aku mengesyorkan. Dia bagitau aku, kalau dah jiran yand dua dari kiri dan dua dari kanan semua buat perangai macam tu, macam mana nak buat laporan polis? Karang aku pulak yang dipersalah kan.

Kau ni kan, betul buat aku bingung. Kalau nak sunyi, duk kat tepi kubur. Dekat kubur tak ada pesta, tak ada nyanyi-nyanyi, aman je. Kau boleh tengok lalang bergoyang, kau boleh cium haruman kemboja, kau boleh terhidu bau bunga rampai...haa kan aman damai tu. (He..he..kepala otak aku bagi cadangan mcm tu).

Satu kesah lain pulak, hari tu aku datang solat maghrib lewat sikit. Lewat banyak kot sebab bila aku sampai, imam dah nak masuk tahiyyat akhir. So bila dia bagi salam, aku pun sambung solat nak habiskansaki baki rakaat yang belum sudah.

Tiba-tiba masa aku dah masuk rakaat akhir, dan pak imam tu tengah baca doa lepas solat, aku nampakada seekor lipan keluar dari celah-celah sejadah betul-betul depan aku solat, tak jauh pun, dalam selangkah dua je antara aku dengan lipan tu. Peh..menguji iman betul.

Lipan tu warnanya hitam. Aku bajet kalau datang kat aku, boleh aku terbatal solat ni, nak lari kan diri punya pasal. Takut aku kalau kena sengat. Setakat kena sengat dengan nyamuk masih ok lagi...hee. Tapi aku tengok lipan tu tukar arah, menuju ke arah pak imam. Hah sudah, satu hal pulak. Pak imam pulak tu member aku, dia pulak tak perasan. Adush. Jemaah lain pun khusyuk sangat sampai tak perasan. Adush. Aku pun kelam kabut gak. Habis aku speeding bacaan aku kepada tahap 120km/sejam.

Ngam-ngam aku habis bagi salam, lipan tu aku tengok dah hilang di balik celah kain pak imam yang tengah bersimpuh baca doa. Aku pun bangun cepat2 pegi ke arah pak imam. Pak imam pun baru habis baca doa, dia hulur tangan kat aku nak bersalam. Aku pun suruh dia bangun. Dia pulak terpinga-pinga..aduh kau ni, meraung hati aku.

Aku pun cakap, tadi saya nampak lipan masuk bawah kain abang..err..tak sempat aku nak sambung ayat, dia pun dah melompat bangun...haru biru semua jemaah. hee..hee..ni aku punya pasal la nie.

Cari punya cari, selak sejadah, jumpa lipan tu. Besar kau. Kalau kena sengat, insyallah sakit. Aku pun ambik tin kosong, aku penyek kan lipan tu. Sian lah pulak. Tapi nak buat macam mana, lipan adalah antara binatang yang kita kena bunuh. Akhirnya terbunuhlah lipan tu.

Moral of story, kita belum nampak lagi lipan kat dalam kubur. Besar ke lipan korang? Ya Allah takutnya aku kalau ada lipan tunggu aku dalam kubur. Mana mau lari?

Sementara kat dunia ni, buatlah apa yang perlu. Sebelum terlepas segala peluang. Aku belum cerita lagi pasal lipan yang selalu keluar dalam bilik air rumah aku.

Wasalam.
1/09/2010

Pecahkan Ruyung

Dalam bulan puasa macam ni, aku masih sempat luangkan masa depan komputer sambil tangan sibuk mencari maklumat-maklumat terkini macam mana aku boleh melakukan transformasi diri aku yang aku rasa masih tak berkembang ke mana-mana sedangkan orang lain semakin ke hadapan.

Hasilnya ialah blog ini. Aku memang tak pernah teringin pun nak buat blog sendiri. Tiba2 je tangan aku gatal-gatal tekan butang 'create blog', pastu akhirnya dalam lebih kurang waktu macam gini, aku tengah menulis post aku yang pertama...he he canggih gitu.