Total Pageviews

Saturday, March 26, 2016

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُِ
نَبْدَأُ يَوْمَنَا بِبِسْمِ اللهِ وَالصَّلاَةُ عَلَى رَسُولِ اللهِ
"Marilah kita mulakan hari kita ini dengan membaca Bismillah dan berselawat ke atas junjungan baginda Rasulullah S.A.W "
صَبَاحَ الخَيْرِ ! 🤗💓🤗

MUTIARA DHUHA : USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

💝Subhanallah
💝Masyaallah
💝Allahuakbar

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU DIUJI BEGINI?"..

Moga bermanfaat....😇
Jadi Perawat Islam Tegar

Aslmkum semua, sedikit perkongsian dari pengalaman ana dalam IR, insyallah moga bisa menjadi manafaat buat ikhwan baru dan menjadi jalan permulaan dlm hidup mengatasi kesusahan dlm rawatan diri dan masyarakat... apakah yg selalu ditakuti perawat? serangan kembali oleh jon? serangan kembali kepada keluarga? serangan kembali tiap tiap hari kerana merawat? ketahuilah wahai saudara saudariku sekelian jangan salah kan diri sebagai perawat yg selalu diserang, jadilah perawat yg tegar yakni bertawakal kepada allah dimana ajal maut ditangannya, kita sepatutnya takut yakni mati tampa amalan yg hendak dibawa, bukan takut mati kerana merawat, itulah perjuangan fisabillilah yg sebenar, syahid lah kamu jika kamu mati diatas nama allah...ingat ingat ingat bahawasanya merawat itu adalah jalan allah, perkukuh kan amalanmu, dekatkan hatimu kepada allah, nescaya dan tidak mustahil allah kabulkan setiap doamu dan berkorban utknya (allah) , dan jgn dilihat hebatnya guru kerana ilmunya, lihatlah apakah amalannya utk allah, berlajar ilmu itu perlu, tapi yg lebih diperlukan amalan nya.....allahuakhbar.....amin amin allahumma amin...
TEKNIK DAN RAHASIA DOA MENURUT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
"Jangan salahkan Allah jika Dia menangguhkan penerimaan doamu dan jangan pula kamu jemu untuk berdoa.
Sebab sesungguhnya jika kamu tidak memperoleh, kamu pun tak rugi. Jika allah tak segera menerima doamu di kehidupan duniawi, maka Dia akan menyimpan bagimu pahala di kehidupan kelak.

Rasulullah SAW bersabda, "Pada Hari Kebangkitan, hamba-hamba Allah akan mendapati dalam kitab amalnya berbagai amal yang tak dikenalinya. Lalu, dikatakan kepadanya bahwa itu adalah balasan dari doa-doanya di dlm kehidupan dunianya yang belum dikabulkan disana."

Saat kamu berdoa, kamu juga harus selalu berada dalam dua keadaan, yakni kesadaran/muhasabah diri untuk selalu berdzikir kepada Allah, dan kesadaran untuk mentauhidkan-Nya, sepanjang waktu, setiap saat, siang atau malam, sehat atau sakit, suka atau duka. Atau, tahan je doamu sambil menunjukkan keridhaan dan kepasrahan menerima kehendak Allah...
 Seperti jasad mati di hadapan orang memandikannya, atau seperti bayi di tangan perawat, atau seperti bola di depan pemain bola, yang menendag dengan kakinya . Dan, ketehuilah, takdir pun membolak-balikkan dirimu sekehendak-Nya."

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab As-Suluk wa at-Tawassul ila Manazil al-Muluk😍😍😍
Kenapa Aku Di Uji Allah?

"Seandainya tidak ada musibah dan cubaan, nescaya tidak akan terlihat akan keutamaan sabar, redha, tawakal dan jihad"

-Imam Ibnu Qayyim Rahimahullah Taala-

*Subhanallah... Banyaknya Hikmah disebalik dugaan yg diberi Allah ~😊🌷💞
BERJAGA-JAGA DARI SIFAT DENGKI

Berjaga-jagalah kamu dari Sifat dengki kerana ia akan memakan dan membakar segala amalan-amalan kamu dan kebaikan-kebaikan kamu walau setinggi gunung sekalipun.

Apabila kita dengki dan sakit hati Allah akan tambah lagi kedengkian dan sakit hati kita dengan penyakit2 hati yang lain seperti takbur, riak sombong dsb hingga ia akan memadamkan segala nikmat-nikmat kita didunia.

Kata imam syafie, angkatlah 4 takbir (solat jenazah) kepada orang yang tidak mahu belajar, mendengar atau tidak suka langsung dengan majlis ilmu kerana hatinya mati. Apatah lagi kepada orang-orang yang menyekat majlis-majlis ilmu.

Celakalah orang-orang yang tidak dihidupkan ilmu dan Al Qur’an di rumahnya kerana yang demikian rumahnya mati kosong .

Selain dari manusia yang hadir, maka malaikat turut hadir di dalam majlis ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w.’Sesiapa yang Allah hendak beri kebaikan kepadanya, maka Allah akan beri faham agama kepadanya.

Kata imam Ghazali, ada 6 punca orang-orang menjadi takbur dan an sombong. 5 darinya adalah

1. Harta
2. Ilmu
3. Amal (bukanlah amalan yg membawa kita kesyurga tetapi rahmat Allah)
4. Kecantikan
5. pengaruh

USTAZ YUSRY ARIFFIN (2011)
Adik Beradik - Air Dicincang Tidak Akan Putus

Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......

Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....

Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..

TERIMA KASIH ADIK BERADIK
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :      
          1. Waktu        
          2. Kata-kata      
          3 . Kesempatan        

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
          1. Kemarahan
          2. Keangkuhan
          3. Dendam  

 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
          1. Harapan        
          2. Keikhlasan  
          3. Kejujuran        

 Ada 3 Hal yg plg berharga:
          1. Kasih Sayang
          2. Cinta        
          3. Kebaikan        

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
          1. Kekayaan      
          2. Kejayaan    
          3. Mimpi        

 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :        
          1. Komitmen  
          2. Ketulusan    
          3. Kerja keras        

 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad        
          2. Kemahuan  
          3. Fokus

 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
          1. Rezeki    
          2. Umur        
          3. Jodoh        

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :    
          1. Tua        
          2. Sakit        
          3. Kematian.  

Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..        

Kirimlah kpd semua Adik beradik & Kawan2 yg kita ingati..... 😘
Gaji Lu Sangat Rendah

Saya pergi jumpa seorang pakar perubatan tradisional China dan selepas dia tahu pekerjaan saya dia bagi kata2 nasihat; "Lu mesti kuat exercise hali2. Jngan minum air di gerai2 dan Beer. Jauhkn dari Alkohol, wine terutamanya. Minum banyak air suam. Jngan bwah kereta pigi kelaja, bagus naik pengangkutan awam atau jalan kaki.
Jngan makan di luar. Kurangkn makan daging dan makanan laut terutamanya..
Banyk mkn sayuran..sekali2 diet lah...
Sayapun tertunduk sambil bertanya balik kat tabib itu..
"Boleh saya tahu apa masalah saya?

Tabib tersebut geleng kepala smbil menjawab..
"gaji lu sangat rendah"..

:))
Keyakinan - Kepercayaan - Harapan - Ketakutan

Situasi 1

Suatu hari orang kampung bercadang untuk membuat solat hajat memohon hujan turun. Bila masa hendak bersolat ramai orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang budak yang membawa payung.

Itulah yang di namakan KEYAKINAN.

Situasi 2

Bila anda melambung bayi ke udara, dia ketawa sebab dia tahu anda akan dapat menangkapnya semula.

Itulah yg di namakan KEPERCAYAAN.

Situasi 3

Setiap malam kita hendak pergi tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari.

Itulah yang di namakan
HARAPAN.

Teruslah menaruh “KEYAKINAN, KEPERCAYAAN dan HARAPAN” kepada Dia Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu segalanya.

Situasi 4

Anda telah menemui calon wanita solehah. Setiap kali anda ingin berbincang tentang perkahwinan, wajah isteri pertama anda sering muncul di minda.

Itulah yg dinamakan
KETAKUTAN
😜
Di Balik Tabir Seorang Suami

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RM30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Mudah-mudahan Allah mengganjari pahala kepada suami dengan belipat kali ganda.