Total Pageviews

Thursday, July 21, 2016

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Tuesday, July 19, 2016

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit perkongsian khas buat sahabat IR sahaja. Bukan untuk orang awam melainkan mereka yg diberi Allah mudah utk faham. semoga beroleh manfaat.

Ye memang benar makhluk Allah ni semunya berzikir dan berdoa sepanjang waktu . sebab itu kita jangan pandang rendah dan layan buruk mereka ni walaupun mereka itu anjing, babi dan keldai. mereka adalah sebahagian ujian Allah buat kita semua

Surah Al-Isra, Verse 44:
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Waktu seminggu pertama selepas diijazahkan tahap 1 memang semacam ade letupan supernova dlm diri saya yg buatkan saya punya deria jadi sangat2 sensitif. memang meremang bulu roma bila boleh nampak kelibat itu dan ini. boleh rase keberadaan susuk paranormal di sekeliling kita. Bukan sahaja dengar pokok berzikir bahkan batu bata dinding rumah juga mereka berzikir hingga saya jadi gerun dan takut kecut perut namun saya diamkan sahaja. saya ingat lagi saya x boleh tidur malam tu kerana kuatnya zikir semua makhluk tu hingga saya bertanya adakah saya ini sudah gila? anggota badan saya bergerak secara auto-mode. mengikut alunan zikir kalimah tiap kali saya berzikir. ditarik satu2 gangguan dari diri saya. adakalanya berpedang dan bersilat lah saya dlm rumah melawan gangguan disaksikan oleh k3 dan isteri mereka masing2.

pernah suatu ketika saya sedang berkemas datang kucing nama dia tommy mengioww bising2...saya acah2 jerkah dia je tanya " haaa kenapa ko ? ko nak ape tommy? terus terkejut saya bila saya dgr suara balasan dlm hati batin saya. " Aku nak makan lah! lapar!" .lepas tu mmg saya tobat dah x layan buruk kucing2 tu. kadang2 tu dia boleh pulak bercakap " tuang lah lebih sedikit . sedeqah pada aku ni jgn berkira sangat " justeru saya ikutkan jer. tapi hati saya terdetik kata "yelah aku bagi ko ni ..ko tolong la doakan aku dan k3 lain ni sehat sembuh dan terbukak rezekinya."  kebetulan waktu tu zainul k3 tgh usaha keras cari kerja. terus dengar lagi suara balas " baik insyaAllah aku doakan. dan terus menerus dia berdoa Ya Allah bagi la zainul k3 dapat keje tempat elok" . saya lg sekali terkejut! . saya cerita kt zainul dan pesan kt dia " kamu layan ler elok2 kucing ni dia doakan kamu dpt kerja" jadi lps tu mmg zainul pun selalu bg dia makan free sampai gemuk da kucing tu dan alhamdulillah x lama lps tu zainul direzekikan Allah dpt keje tempat elok.

seketika lainnya suatu malam saya baru balik dr keluar makan nak masuk rumah..tiba2 tgh  bukak pintu pegang dinding rumah  bergegar je dinding tu dan dgr suara ramai sedang beristighfar pohon ampun untuk seseorang dlm keadaan takut dan gerun hingga saya sendiri jadi pucat seram sejuk  dan turut sama beristighfar. mereka baca doa jenazah. "Allahummaghfirlahu warhamhu waa fihi wa' fuanhu" . saya tanya mereka " tenanglah kamu hai dinding apa yg buatkan kamu beristighfar begini?" mereka jawab " akan mangkat seorang hamba Allah dan kami melihat perarakan di langit yg sgt menggerunkan dgn jutaan  para malaikat yg bengis mengiringi seorang lg malaikat besar yg lg bengis sifatnya sedang dlm perjalanan nak cabut nyawa hamba tersebut.!" sata jadi insaf dan benar lah khabar tu esoknya mangkat lah seorang pembesar negeri maka saya x putus juga memohonkan ampun buat jenazah itu.

memang benar mahkluk ni boleh berbicara dgn kita. kita je yg x direzekikan boleh mendengar. ada kalanya mereka ni boleh menasihatkan kita.menunjuk jalan. bagi motivasi dan teguran. amalkan lah doa nabi sulaiman tu tiap hari.. Allahumma adkhilna fi suri Sulaiman. sbb tu yg TGu pesan kt saya dan saya mudah boleh amalkan. baca hari2.

Bila mana saya berjalan kaki ke surau mmg batu2 tu mohon ampun buat mereka yg pergi ke rumah Allah. selalunya samada saya bagi salam kt mereka atau jawab salam mereka. begitu lah hari. lama2 saya jadi lali xde lah rasa ralat sangat mcm waktu mula2 tu.

kalau kt dapur tu nampak semut banyak saya cuba bg warning dulu mcm yg TGu ajar .Warning 3 kali. suruh beredar. mereka akan beredar dgn izin Allah. ada masanya mereka bersuara mintak " tunggu jap! kami tgh kerja" sbb mereka pun nak cari kumpul makanan anak bini. jadi saya x cepat sembur racun..sembur air dulu. bg isyarat. lunak la kita dgn makhluk insyaAllah Allah lunak dan mudahkan mereka buat kita. jgn cepat melatah nk bunuh nak tembak nak pancung. bg warning dulu..kalau dia engkar maka barulah dia jd musuh pemusnah maka baru lah kita ambik tindakan sbb kita ni manusia kita khalifah di bumi.


Justeru bagi mereka yg selalu dan masih sakit jgn putus asa..banyakkan sedeqah dan layan la makhluk Allah baik2 hatta jon sihir yg menyakiti diri kita pun kita layan baik2 dan mohonkan istighfar buat mereka dan tukang sihir tu dulu sebelum mohon ketenangan buatnya insyaAllah mudah merawat nya dan dia akan keluar sendiri.

pernah seketika Jon sihir tu bertanya pada saya " kenapa kamu layan kami baik begini sedang tuan kami suruh kami musnah dan ganggu kamu?" saya jawab " saya sudah penat untuk berasa sakit hati marah dan dendam pd kalian kerana menyakiti saya ..saya da tak upaya utk marah maka saya hanya mampu mohon ampun pada Allah buat diri saya dan buat kamu juga utk tuan kamu. " justeru Jon itu insaf dan pergi tidak mahu kembali lg. dan bila kita redho dgn ujian Allah pd kita walaupun pahit maka Allah akan buka jalan pertolongan dan bantuanNya buat kita sbb kita sudah redho terima ujianNya maka Allah redho juga dengan kita. InsyaAallah

Sekian. nt bersambung..kalau Allah izin lagi KISAH MALAM AL-QADR lagi sekali kalau TGu bagi green light baru bukak

JAGA HAK ALLAH, ALLAH JAGA HAK KITA. REDHO DENGAN UJIAN DUGAAN ALLAH, ALLAH REDHO DENGAN KITA.

persis sahabat2 yg bergelar
 " Radhiallahu anhom wa radhu anhu" Allah redho dengan mereka dan
mereka redho dengan Allah.⁠⁠⁠⁠

-------------------------------

Sambungan - sesape yg rajin siram bunga tu ketahuilah mereka bertasbih dan beristighfar buat mereka yg menyirami mereka...ada mase waktu kemarau tu dgr mereka mengeluh berdoa pada Allah " Ya Allah tolong la hadirkan air buat kami " maka bila2 kalau saya terdengar begitu terus saya g ambik air atau mintak tolong k3 lain tolong siramkan..siram tu bacalah selawat...insyaallah mereka doakan kita juga 🌧🌦🌦🌦🌦🌟🌟😁👍🏻

sambungan - dalam kes lain..hati-hati la jangan makan harta anak yatim dan kalau tau ade org tu makan harta anak yatim nasihatkanlah ..... dok jauh2 dari dia jgn dekat ...sebabnya bila ada orang makan harta anak yatim doa orang2 lain yg berdekatan akan tergantung x lepas ke langit...sehingga orang itu beredar dari kawasan itu...betapa beratnya kesan makan harta anak yatim sampai terkesan pd ahli qaryah yg lain.

sambungan --- pernah suatu ketika ayah saya menebas belakang rumah. balik tu esoknya dia mengadu sakit kaki dan x sedap badan mcm demam. saya tanya dia " ayah ada langgar ( aniaya) sape2 kah? " dia jawab "aniaya siapa?" sebab nampak mcm ayah ni kena doa seseorang , ayah buat ape semalam?" tanya saya.

" semalam  ayah menebas je cuma ade nampak sarang siput tu mak dan anak tgh banyan kt situ tetiba dtg rase geram maka ayah pijak2 kan pecah mati semua" saya terus geleng kepala.." hmm ayah sudah terkena doa makhluk dizolimi. itu sarang dia dan dia dipijak waktu dia tgh tidur..bukan waktu dia merusak tanaman ayah. " maka trus saya munajat mohonkan ampunan buat ayah saya dan minta dia beristighfar lalu dia sembuh
Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je.

Then satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.
Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

 Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

 Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan  dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.
Saham Dakwah

Maulana Mustaqim telah bertanya : Apa niat kamu kalau adzan?
Dijawab : Niat saya untuk memanggil orang kampung shalat berjamaah
Ada lagi yang menjawab : Niat saya untuk menghidupkan suasana agama
Ada lagi yang menjawab : Niat saya untuk dakwah
Maka Maulana Mustaqim : kalau niat kita hanya untuk memangil orang kampung untuk shalat ini niat yang kecil dan adzan itu memang dakwah yang sempurna.
Jadi niat kita ketika mengumandangkan adzan adalah untuk memanggil semua manusia yang ada di seluruh dunia ini untuk shalat. Maka setiap orang yang shalat diseluruh penjuru dunia akan mengalir pahalanya untuk kita.
Jadi, dakwah pun begitu
Ketika kita buat dakwah niatnya pun, buat dakwah diseluruh penjuru dunia.
Jaulah, niat seluruh alam
Taklim, niat seluruh alam
Bayan, seluruh alam
Silaturrahmi, niat seluruh alam
Kalau ada orang yang dapat hidayah di Amerika, asbab kerja dakwah maka kita juga akan mendapatkan pahala yang sama.
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: Siapa yang menyeru kearah hidayah dan pekerjaan yang baik, dia akan mendapat pahala sama banyak dengan pahala orang-orang yang mengikutnya. Dan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang-orang yang mengikutinya. Begitu juga, sesiapa yang menyeru kejalan kesesatan, dia akan mendapat dosa sepertimana dosa orang-orang yang mengikuti kesesatan itu. Dan karenanya tidaklah berkurangan dosa orang-orang yang mengikutinya itu. (HR. Muslim)
Ada 10 orang mengumpulkan modal dan beli satu buah kapal. Setiap hari mereka pergi kelaut dan mendapatkan ikan yang banyak. Kalau dijual ikannya, uangnya mencapai 10 juta. Maka uang yang 10 juta ini akan dibagi bersama 1 juta/orang tanpa mengurangi sedikit pun uang yang lain. Lama kelamaan usaha ini berkembang mereka (yang 10 orang tadi) mempunyai 100 kapal. 10 kapal di daerah Sumatra, 10 kapal di daerah Jawa, 10 kapal didaerah Sulawasi. Maka setiap hari mereka mendapatkan uang 1 milyar dan dibagi 10. 100 juta perorang setiap harinya.
Inilah yang dikatakan amalan ijitima’iyat (amalan bersama). Ketika kita keluar 4 bulan satu jamaah 8 orang. Dapat taskielan 1 jamaah 4 bulan, 3 jamaah 4 hari dan taskielan 3 hari. Maka yang 8 orang ini akan mendapat pahala yang sama.
Inilah dahsyatnya amalan ijitima’iyat. Setiap orang yang terlibat didalamnya akan mendapatkan pahala yang sama. 4000 masuk islam di Papua asbab kerja dakwah maka kita akan mendapat pahala yang sama. 100 orang masuk Islam di Inggris asbab kerja dakwah maka kita akan mendapat pahala yang sama. 120 jamaah 4 bulan telah dikeluarkan dari ijitima’ Yordan maka kita akan mendapat pahala yang sama, dsb. Seperti menanam saham. Saham dakwah kita diseluruh dunia.
Sampai kapan kita akan mendapat pahala yang sama (saham dakwah)...?
Selama kita masih istiqamah dalam dakwah, kalau sudah tidak istiqamah dalam dakwah maka sham kita pun akan dicabut.
Bagaimana yang dikatakan istiqamah dalam dakwah...?
Masih buat amal Maqami dan Intiqali.
Misalkan :
Bulan ke 1 keluar 3 hari
Bulan ke 2 tidak keluar lagi
Bulan ke 3 tidak keluar lagi
Maka saham dakwah kita pun akan dicabut. Kita sudah dihitung tidak buat usaha dakwah lagi. Dan ketika kita mati dalam keadaan seperti ini maka matinya tidak dalam dakwah.
Mati dalam dakwah bukan berarti kita mati ketika keluar 40 hari 4 bulan.
Mati dalam buat amal maqami pun dihitung mati dalam dakwah.
Orang yang mati dalam dakwah maka pahalanya akan terus mengalir kepadanya walaupun dia sudah meninggal dunia.
Satu orang tukang bakso keliling-keliling. Didalam benaknya dalam satu hari itu tidak terpikir siapa saja yang akan membeli baksonya. Setiap hari istiqamah jual bakso keliling-keliling tanpa memandang panas atau pun hujan dan lelah terus saja keliling. Karena tukang bakso ini tahu betul, dia berjualan bukan untuk orang lain tetapi untuk dirinya sendiri. Akan mendapatkan uang dari hasil penjualannya. Kalau saya tidak jualan bakso maka orang-orang tidak akan makan bakso. Ini pemikiran yang salah karena masih banyak lagi penjual bakso lainnya. Jadi, manfaatnya untuk dirinya sendiri, itu yang paling utama. Walaupun asbab dia orang lain
 b isa makan bakso.
Setiap hari pekerja dakwah keliling-keliling, silaturrahmi, jaulah. Kita tidak bisa berpikir siapa yang akan diberi hidayah oleh Allah SWT. Yang penting setiap hari istiqamah.

Bersedia tuan tuan buat Da'wah.                                                  
#FIKIR RISAU UMMAT#⁠⁠⁠⁠
(PERCUMA SELAMA-LAMANYA)
Assalaamualaikum

⏩Madrasah TafsirSunnah di Pinggiran Subang Shah Alam⏪

Membuka Pendaftaran Pelajar Baru bg Sessi 2016

✔ Hafiz (lelaki) dibuka bg yg berusia 9 hingga 15 tahun
✔ Hafizah (perempuan) dibuka bg yg berusia 9 hingga 15 tahun
✔ Alim (lelaki dan perempuan) dibuka bg yg berusia 17 tahun dan ke atas

🔵Asrama di sediakan......................................🆓🆓🆓
🔴Makan minum di sediakan............................🆓🆓🆓
🔵Yuran Pendaftaran .......................................🆓🆓🆓
🔴Yuran Bulanan................................................🆓🆓🆓
(PERCUMA SELAMA-LAMANYA)

Silibus bagi pelajar Alim adalah Pengajian Tafsir Quran dan Hadis dan Keseluruhan tempoh pengajian adalah selama 8 tahun (3 fasa)

🔸FASA 1⏩⏩⏩ selama 6 tahun

Pengajian :-
↪Tafsir Quran
↪Hadis fekah
↪Fekah
↪Kitab Bulughulmaram (hadis)
↪Kitab Misykatul musobih (hadis)
↪Bahasa arab (nahu sorof dll)
↪Iqra' tafsir
↪Tafsir 30 juzuk termasuk tafsir Jalalain dan tafsir Ibnu Katsir pd tahun yg ke-6.

🔸FASA 2 ⏩⏩⏩ selama 1tahun

Pengajian :-
↪Kulit ke kulit Kutubussittah (6 kitab hadis)
- Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan At-Tarmizi, Sunan Abi Dawud, Sunan An-Nasaie dan Sunan Ibnu Majah.

 🔸FASA 3 ⏩⏩⏩ selama 1tahun

Pengajian :-
↪Kulit ke kulit Kitab Muwatta' dan Musnad (kitab hadis)
- Muwatta' Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad

👍Syarat-syarat utk diterima masuk :-
1. Islam
2. Berkeinginan untuk belajar
🔺Tak pandai berbahasa arab, tak pandai membaca arab atau tak pandai baca Quran juga diterima.

👎Syarat-syarat yg tak dibenarkan :-
1. Penagih (arak, dadah dsbnya)
2. Berperangai pelik atau ganjil
3. Tidak berdisiplin.

BAGI YG BERMINAT, boleh datang terus ke Madrasah TafsirSunnah yg beralamat di:-

No. 8, Tingkat 1 dan 2, Jalan Uranus,
Bandar Pinggiran Subang,
Seksyen U5 Shah Alam.

atau,
Hubungi Ustaz Haji Rosman (Mudir) di no. 013-2017900
(Call atau What's App)

Qailulah Bukan Sekadar Sunnah (Tidur Sejenak Sebelum Zuhur)

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor


فوائدالقيلوله الصحيحة

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل

قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.

وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.


Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)


Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.


Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.


Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.


Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.


Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.


Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.


Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.


Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor .
pakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan supaya sentiasa memperbaharui ingatan kita.
💓 Tausiyah Qoilullah 💓

Malam itu, suaramu mendayu-dayu. Merayu-rayu kepada Dia meminta keampunan; "Allah ampunkan aku.."

Allah balas; "Aku telah ampunkan kamu..."

Lalu selepas malam itu, paginya kamu ulang dosa kamu. Kamu menangis syahdu menyesali dosamu "Allah, ampunkan aku"

"Aku ampunkan" Dia balas.

"Aku telah ampunkan dosa kamu wahai hambaku..."

Itu juga jawapan Allah ketika mana pada esoknya kamu menangis kerana ulang lagi dosa kamu.

Siang kamu berdosa,
Malam kau kembali pada-Nya.

Lalu siang esoknya ulang lagi dosa kamu lalu malamnya bertaubat.

Namun, Allah tetap ampun!

Maka apakah Allah yang Maha Penyayang itu tidak layak untuk kamu KORBANKAN MASA CINTA DUNIA INI, LALU BERSUJUD CINTA KEPADANYA..!?

Mengapa kita sombong..?
Mengapa kita angkuh..?

Apakah Allah itu tidak layak untuk kita cinta sepenuhnya..? Apakah kita lupa siapa Dia..?

Muhasabah...📝

1. Berapa lama sudah tidak tahajud?
2. Berapa lama tidak nangis kerana Allah?
3. Berapa lama tidak baca quran dengan cinta?

Hidup dunia hanya sementara, di akhirat jua kekal selamanya...

Ingatlah Allah itu Tuhan kamu. Bukan kawan kamu. Cintailah Dia melebihi segala!

Ketika kamu susah, kamu cari Allah. Ketika kamu senang kamu LUPA ALLAH, kamu ABAI ALLAH.

Siapakah Allah dalam hidupmu..?
Tuhan atau kawan?

Lupakah kamu..,dulunya kamu tiada. Kamu mati. Kamu kosong.

Lalu Allah cipta kamu kerana cinta, lalu hidupkan kamu atas muka bumi ini.

Lupa?

Jawab soalan ini;

"Di mana Allah dalam hati kita?"

"Siapa Allah dalam hidup kita?"

"Kenapa Allah sering dilupa?"

Allah gembira apabila kita kembali kepada-Nya, Allah cinta kepada mereka yang bertaubat.

Lalu, apa lagi? Marilah kita buat Allah gembira! 😇

Sahabatku, jom kita cinta Allah dengan sebaik-baik cinta.

Moga Allah redha & sayang akan kita,
Syurga Allah inshaAllah untuk kita. Aamiin 💓