Total Pageviews

Wednesday, April 6, 2016

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.1

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…
Takabbur dan Tawadhu

Sharing dr sahabat...

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞

Ego..

Kalau kita bercakap dengan orang ego, kita rasa stress dan tension,

Mana tak nya.. Kalau cakap yang tak betul pun, dia tetap kata dia betul! Stress kalau cakap dengan orang ego..

Ego tu apa? Kalau dalam bahasa arab kita panggil 'takabbur' ...

Apa maksud takabbur??
Jom tengok hadis bawah nie 👇

“Takabbur itu ialah MENOLAK KEBENARAN dan MERENDAHKAN MANUSIA..”

(Hadith Riwayat Muslim)

Antara tanda-tanda seseorang itu dijangkiti virus "takabbur" adalah:

1. Tak boleh terima teguran

Kalau orang ego nie, susah nak terima teguran, dia rasa, semua dia betul walaupun dia salah. Jadi bila ditegur dia akan mudah melenting.

2. Suka tuding jari pada orang lain.

Suka tuding kesalahan kita pada orang lain. Paling mudah cakap, kita buat salah, tapi kita tuduh orang lain yang buat, seolah-olah kita betul, dia salah..

3. Membandingkan dosa yang dibuat, dengan dosa orang lain.

Nie point yang agak ramai orang buat, contohnya dialog bawah nie 👇

"Kami keluar pegang tangan ja pun, yang lain lagi teruk sampai zina.."

Tidak mengaku dosa kita, malah membandingkan.

4. Merendahkan orang lain.

Merasakan diri kita "the best".. Dan tak ada sapa boleh tegur dia.. Contoh dialog 👇

"Kau sapa nak tegur aku? Pointer pun 1.8 ja"

5. Suka mengata orang.

Bila kita ego, kita akan mudah mengata, mengutuk orang lain.. Orang buat salah sikit, kita paling laju nak kutuk..

Itu antara contoh, tanda2 orang yang dijangkiti virus takabbur..

Berkata Imam Azzahabi:

“Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut, tidak  bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang."

Then,
Bila dah ada penyakit, kita kena cari ubatnya kan?!!

Ubat untuk virus "ego" "takabbur" nie adalah "tawadhu'" ...

Iaitu sentiasa merasa rendah diri..

Imam Hajar menyebut dalam kitab Fathul Bari:

“Tawadhu’ adalah menampakkan diri lebih rendah pada orang yang ingin mengagungkannya. Juga, ada yang mengatakan bahwa tawadhu’ adalah memuliakan orang yang lebih mulia darinya.”

Secara kesimpulannya kita tengok Sabda Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam dan Firman Allah di bawah 👇

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi…”

(Hadis Riwayat Muslim)

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takabur (sombong) dan ia termasuk golongan mereka-mereka  yang kafir.“

(Surah Al Baqarah:34)

Sentiasa didik diri, jangan ego, semua milik Allah, jadi kita tiada alasan untuk "sombong",

"Terlalu tinggi ego, akan membunuh kelebihan yang ada pada diri"

#muhasabahdiri

🔋 Charge HATI Refresh IMAN