Total Pageviews

Saturday, June 4, 2016

*HUKUMAN YANG TIDAK TERASA*

🌹 Seorang murid mengadu kepada gurunya:
_"Ustadz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya sebagaimana mestinya, tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita"_.

🎁 Sang Guru menjawab dengan tenang:
_"Betapa sering Allah menghukummu tapi engkau tidak terasa"_.

🎁 _"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang bisa menimpamu wahai anakku, ialah: *Sedikitnya taufiq* (kemudahan) untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan"_.

🎁 Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari *"kekerasan hatinya dan kematian hatinya"*.

Sebagai contoh:
🎁 Sedarkah engkau, bahwa Allah telah *mencabut darimu rasa bahagia dan senang* dengan munajat kepadaNya, merendahkan diri kepadaNya, menyungkurkan diri di hadapannya..?

🎁 Sedarkah engkau *tidak diberikan rasa khusyu'* dalam shalat..?

🎁 Sedarkah engkau, bahwa beberapa hari2 mu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al-Qur'an, padahal engkau mengetahui firman Allah :
_"Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke gunung, niscaya engkau melihatnya tunduk, retak, karena takut kepada Allah"_

🎁 Tapi engkau tidak tersentuh dengan Ayat Ayat Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya...

🎁 Sedarkah engkau, telah berlalu beberapa malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiyamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau begadang...

🎁 Sedarkah engkau, bahwa telah berlalu atasmu musim musim kebaikan seperti: Ramadhan.. Enam hari di bulan Syawal.. Sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, dst.. tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya sebagaimana mestinya..??

🎁😭😭 Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu..???
Tidakkah engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)..???

🎁😭😭 Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berdzikir, beristighfar dan berdo'a kepadanya..???

🎁😭😭 Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau lemah di hadapan hawa nafsu..???

⁉⁉Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua ini..???

🎁 Sedarkah engkau, yang mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang kepada yang haram..???

🎁 Sedarkah engkau, bahawa Allah membuatmu lupa kepada Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu dan ilmu tertinggi..???

😭😭😭 Semua *bentuk pembiaran* ini dengan berbagai bentuknya ini, hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau menyedarinya, atau tidak menyedarinya...

🎁⁉ Waspadalah wahai anakku, agar engkau tidak terjatuh ke dalam dosa-dosa dan meninggalkan kewajiban-kewajiban.

🎁 Kerana *hukuman yang paling ringan* dari Allah terhadap hambaNya ialah:
*"Hukuman yang terasa"* pada harta, atau anak, atau kesihatan...

😭😭😭 Sesungguhnya *hukuman terberat* ialah: *"Hukuman yang tidak terasa"*_ pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa. 😭😭😭

🎁 Kerana itu wahai anakku, *Perbanyaklah di sela sela harimu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu...*

(Diterjemahkan dari Taushiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan di Masjidil Haram pada 22 Rajab 1437)

Tuesday, May 31, 2016

Dari group sebelah.. untuk kita fikir-fikirkan.

🚨RENUNGKAN KISAH INI:

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.

Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu.

Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"


Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap!

Renungkan:
1) kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.
2) kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?
3) tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg btauliah utk kewangan masjid?
4) adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu tlalu umum..sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dlm menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakn smg dgn dokadanya masjid² yg aktif dlm menjaga kebajikan ahli qariahnya smg hati masyarakat lebih dekat dgn masjid yg ad layanannya mesranya cukup lumayan.
.................sekadar renungan yg baik jdkn tauladan yg buruk jadikan sempadan..
TOLONG COPY PASTE& VIRALKAN..MOGA MEREKA2 YG ADA JAWATAN DISETIAP..MASJID BACA& AMBIK TANGGUNGJAWAP...

Renung renungkanlah sesama kita
πŸŒΉπŸ’ž Assalamualaikum. Sedikit perkongsian buat iktibar... ✍🏼

Al-kisah ada seorang Raja yg memiliki 10 anjing ganas utk menghukum org yg bersalah.

Jika sang Raja tidak berkenan maka org yg bersalah akan dilempar ke kandang agar dicabik oleh anjing2 ganas tersebut.

Suatu hari seorg Menteri membuat keputusan salah & murkalah Sang Raja. Maka diperintahkan agar sang Menteri dimasukkan ke kandang anjing ganas.

Menteri berkata: "Tuanku, saya telah mengabdi padamu selama 10 tahun, tapi Tuanku tegas menghukumku begini. Atas pengabdianku selama ini saya hanya minta waktu penundaan hukuman 10 hari saja".

Sang Raja pun mengabulkannya. Sang Menteri bergegas menuju ke kandang anjing tersebut & meminta izin kepada penjaga utk mengurus anjing2nya.

Ketika ditanya utk apa? Maka dijawab: "Setelah 10 hari nanti engkau akan tahu''.

Selama 10 hari itu sang Menteri memelihara, mendekati, memberi makan bahkan akhirnya boleh memandikan anjing2 tersebut hingga menjadi sangat jinak padanya.

Tibalah waktunya. disaksikan Sang Raja dimasukkanlah Menteri ke kandang anjing, tetapi Raja terkejut ketika melihat anjing2 itu jinak padanya.

Maka dia bertanya apa yg telah dilakukan Menteri pada anjing2 tersebut?

Jawab Menteri: "Saya telah mengabdi pada anjing2 ini selama 10 hari & mereka hanya binatang tapi tidak melupakan jasaku.

Terharulah Raja, meleleh airmatanya lalu dibebaskanlah sang Menteri dari hukuman & dimaafkan.

Sahabatku, Hikmah dari cerita di atas adalah:

1⃣ Agar kita tidak mudah mengingkari & melupakan kebaikan2 yg kita terima dari org terdekat kita.

2⃣ Jgn mudah menghapus kenangan yg telah terukir dan persahabatan yg telah terjalin bertahun lamanya hanya krn hal2 kecil yg kurang kita sukai darinya saat ini.

3⃣ Mencari teman itu lebih mudah daripada mendapatkan sahabat.

4⃣ Jagalah persahabatan yang ada dengan baik kerana menjaga persahabatan itu jauh lebih sulit dari mendapatkannya..

5⃣ Doa yang terbaik selalu untukmu saudara2 ku, semoga silaturrahim ini ttp terjaga... Insya Allah.

Sahabat2 Fisabilillahku... Maaf Zahir & Batin. Kemaafan dan Terima Kasih atas segalanya... πŸ’žπŸŒΉ
RAHSIA AL-FATIHAH (Copy & Pastr dari grup sebelah)

1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

Kongsilah dengan rakan group yg lain... mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.
*Sheikh Maher (Imam Haram Makkah) telah memberi nasihat yg sungguh praktikal di sini:*

Beliau mengatakan:
*Idea-idea untuk sepuluh hari terakhir Ramadhan:*

1. *Sedekah 1 dinar(ringgit?) setiap malam,* jadi jika ia jatuh pada malam lailatul qadr, bermakna seolah-olah kamu *bersedekah setiap hari selama 84 tahun.*

2. *Solat dua rakaat*
*setiap malam,* jika ia jatukh pd mlm lailatul qadr, bermakna kamu *solat setiap hari selama 84 tahun.*

3. *Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam*, jika jatuh pd mlm lailatul qadr, bermakna seolah-olah kamu telah *membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 tahun.*

Beliau berkata lagi, *sebarkan maklumat ini* supaya nanti kamu akan dapati hasil yg lumayan dalam akaun kamu.

Allah akan anugerahkan kemenangan kpd kita....
In Shaa Allah...
Assalamualaikum.....
Saya nak share sesuatu..

"Ustaz...apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

Jawapan ustaz tu..ringkas je..tapi menyentap..

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..."
Jika kita tak redha..tak memaafkan orang lain..kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT..nak ke? Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB ..nak ke?
SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan org2 yang kita tak redha tu...sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf..nak ke?
Sedangkan..semua orang sepatutnya berlumba2 mahu segera ke SYURGA..kita duk fikir2 lagi pasal nak meredhai ke tak..mengampunkan ke tak.."

Sekarang..tanya balik kpd diri sendiri..berbangga ke kita dengan prinsip, "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!"
Sebab..bukan dia je tertangguh masuk ke syurga..malahan kita juga..

Urusan kesalahan dia tu..biar Allah selayaknya membalasnya...
Biar Allah menghakimi..
Biar dia ditanya dihadapan Allah kelak..

Memaafkan orang..tak boleh baiki masa silam...tapi akan memperbaiki masa hadapan kita..
Kita akan lebih tenang..
In sha allah..

.
.
.
Hidup ini terlalu singkat untuk saya membenci..Saya mohon maaf kepada semua andai ada salah dan silap yg sengaja ataupun tidak disengajakan, dan saya maafkan segala kesalahan kalian dgn saya jika ada..
InsyaAllah dgn izinNya
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yg sangat kita nantikan. MARHABAN YA RAMADHAN.
﷽ Assalamualaikum πŸ•Œ

Sahabat2 fisabilillahku,
Ramadhan ibarat satu ujian.
Seandainya kertas ujian bakal tiba, kita pasti akan bersedia untuk menempuh ujian tersebut. Jika kita tidak bersedia maka kita pasti gagal menempuhnya.

Begitu juga dengan Ramadhan, seandainya kita mahu berjaya dalam bulan Ramadhan, maka kita kena bersedia sebelum kita hadapi bulan yang mulia ini. Tapi persoalannya, apa persediaan kita di bulan yang penuh barkah ini?

Checklist yang perlu kita lihat dan amalkan. ☺️
✅ Solat diawal waktu.
✅ Baca AlQuran setiap hari.
✅ Berzikir.
✅ Solat berjemaah.
✅ Solat sunat (Qiam, Dhuha, dll).
✅ Hadir ke majlis ilmu.
✅ Iktikaf.
✅ Kata yang baik-baik.
❎ Jauhi mengumpat, fitnah, dll.

Ketahuilah seandainya kita tidak bersedia nescaya kita tidak akan dapat πŸ’― markah dalam bulan Ramadhan nanti. Trust me. Selamat beramal. ☺️

ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ ΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ Ψ£ΨΉΩ„Ω…

🐾 Ukhuwahfillah β„Ή® means family 🐾

#UkhuwahFillahIR
#SweetMorning
#AhlanWasahlanRamadhan❤️
Orang yang paling cepat dalam meminta maaf,
Adalah orang yang paling berani... πŸ‘πŸ½✅πŸ‘πŸ½

Orang yang paling cepat memaafkan,
Adalah orang yang paling kuat... πŸ’ͺ😎πŸ’ͺ

Orang paling cepat melupakan kesalahan orang lain,
Adalah orang yang paling bahagia... πŸ˜‡πŸ’“πŸ˜‡
*"Adab Menegur Guru*

_TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU_
         
Harun ibn ‘Abdillah, seorang ulama Ahli Hadith yang juga pedagang kain di Kota Baghdad bercerita:

Suatu hari, larut malam .. pintu rumahku di ketuk.

“Siapa..?”, tanyaku.

“Ahmad”, jawab orang di luar perlahan.

“Ahmad yang mana..?” tanyaku makin penasaran.

“Ibn Hanbal”, jawabnya perlahan.

SubhanaLLAH, itu guruku..!, kataku dalam hati.

Maka kubuka pintu.

Kupersilakan beliau masuk, dan kulihat beliau berjalan terjingkit-jingkit, seolah tidak ingin terdengar langkahnya.

Saat kupersilakan untuk duduk, beliau menjaga agar kerusinya tidak berderit mengeluarkan bunyi.

“Wahai guru, ada urusan yang penting apakah sehingga dirimu mendatangiku selarut ini?”

“Maafkan aku ya Harun. Aku tahu biasanya engkau masih terjaga meneliti Hadith selarut ini, maka aku pun memberanikan diri mendatangimu. Ada hal yang mengusik hatiku sedari siang tadi.”

Aku terkejut.

"Sejak siang..? Apakah itu wahai guru?”

“Mmmm begini…” suara Ahmad ibn Hanbal sangat pelan, nyaris berbisik.

" _Siang tadi aku lalu di samping Majlismu_, _saat engkau sedang mengajar murid-muridmu_.
_Aku saksikan murid-muridmu terkena terik sinar mentari saat mencatat Hadith-hadith_, _sementara dirimu bernaung di bawah bayangan pepohonan_.
_Lain kali_, _janganlah seperti itu wahai Harun_.
_Duduklah dalam keadaan yang sama sebagaimana murid-muridmu duduk_ ..!"

Aku tercengang , tak mampu berkata…

Maka beliau berbisik lagi, lalu minta izin balik dan melangkah kaki terjingkit2 dan menutup pintu dgn hati-hati.

Masha'ALLAH .....

Inilah guruku Ahmad ibn Hanbal, begitu mulianya akhlak beliau dalam menyampaikan nasihat.

Beliau boleh saja membetulkan kesalahanku saat melintasi Majlisku.

Tapi itu tidak dilakukannya demi menjaga wibawaku di hadapan murid-muridku.

Beliau juga rela menunggu hingga larut malam agar tidak ada orang lain yang mengetahui kesalahanku.

Bahkan beliau berbicara dengan suara yang sangat pelan dan berjingkat saat berjalan, agar tidak ada anggota keluargaku yang terjaga.

Lagi-lagi demi menjaga wibawaku sebagai imam dan teladan bagi keluargaku.

Teringat perkataan Imam Asy Syafi’e :

“Nasihati aku saat sendiri, jangan di saat ramai dan banyak saksi. Sebab nasihat di tengah khalayak, terasa hinaan yang membuat hatiku pedih dan koyak; Maka maafkan jika hatiku berontak.”

_Mudah2an bermanfaat untuk kita semua_
Sidna Imam 'Aydarus ibn 'Umar Al-Habsyi -rodiyaLLahu 'anhu- ditanya berkenaan individu yang bersedekah dalam keadaan riya'. Adakah sedekah tersebut memberikan manfaat kepada si pemberi yang riya'?

Sidna Imam membalas, sedekah itu tidak memberikan manfaat kepada si pemberi tersebut. Tapi, si pemberi akan beroleh manfaat dari doa mereka yang menerima sedekah tersebut jika penerima mendoakan.

-beserta sedikit olahan-

Ulasan dari al-'abd al-jaahil :

Sebahagian dari para masyayikh di Mesir menggalakkan mereka yang memberi supaya memohon doa dari penerima pada waktu itu juga. Andai kata pemberian tidak diterima kerana terselit riya yang halus, paling kurang pemberi akan mendapat manfaat doa yang ikhlas dari hati penerima.

Begitu juga keadaannya buat mereka yang menceburkan diri dalam bidang dakwah. Mohonlah doa dari mereka yang mendapat manfaat dari ilmu kalian. Moga-moga terhapus dosa mereka yang berucap dan menyebarkan ilmu dengan berkat doa mereka yang mendengar.

ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ ΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ Ψ£ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨
πŸ•ŒTazkirah Asar ☪

*# Kebergantungan Sesama Manusia #*

Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu *ibu*.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*

Ingatlah wahai *diriku* dan yang *sedang membaca.* Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan *kebahagian.*

 *Bahagia lihat orang lain bahagia.*
*Derita bila lihat orang lain derita.*

Mahu yang terbaik buat *diri sendiri & orang lain.*

Ingatlah...
Dunia untuk *dikongsi bersama.* Jika tidak, pasti Ψ§Ω„Ω„Ω‡ beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
*Sesungguhnya Ψ§Ω„Ω„Ω‡ tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.*

*Sama2 kita renung πŸ€” & fikirkan...*πŸ˜‡