Total Pageviews

Saturday, March 21, 2015

Akhirat itu hakikatnya sgt dekat.

Sentiasa kita berasa akhirat itu sangat jauh sedang ia hakikatnya amat dekat.

Sekiranya saat nyawa ditarik sekarang ini maka terlihatlah akhirat dan terbukalah hijab. Akhirat itu umpama ditabir sehelai langsir dan saat angin bertiup ianya terselak maka terlihatlah akhirat di sebalik tabir itu.

Maka akhirat yg kita berasakan sangat jauh itu telah terlihat di depan mata. Hanya sekelip mata kita telah berpisah dgn kehidupan dunia ini.

Maka diri kita telah meninggalkan dunia jauh ke belakang teramat jauh sehingga kita tidak bisa pulang semula.

Mengapa pada hari ini hati selalu berasakan akhirat itu sentiasa jauh?

Adalah kerana kita sering melupakannya. Di dalan percakapan harian kita mahupun apa yg kita dengar seharian ialah tentang kehidupan dunia yg sangat sementara ini maka keduniaan telah mengisi ruang hati kita.

Sehingga akhirat itu hanya menjadi ingatan sampingan yg bersifat kadang kadang. Atau juga di saat kita alami kesulitan hidup.

Manusia yg sibuk dgn kehidupan. Bersimpang siur ke setiap destinasi ke tempat kerja dan pelbagai urusan. Hakikatnya semua sedang menuju ke alam akhirat.

Perpisahan berlaku sekelip mata. Beruntunglah mata yg sentiasa menangisi kekurangan amalan pada hari ini. Beruntunglah fikiran yg sentiasa risau akan kehidupan yg bakal dilalui di sana.

Tuesday, March 17, 2015

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

(Qanaah : Merasa Cukup)

Jika kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dalam hati kamu.😔