Total Pageviews

Friday, March 11, 2016

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari...

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN:

1. Hidup dalam keredhaan Allah.
2. Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal didalam Neraka.
2. Kekal didalam Syurga.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Sentiasa dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dimurahkan rezeki.

Teruskan Berselawat Dan Muhasabah Diri

Thursday, March 10, 2016

Assalamualaikum
Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta....
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.

Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.

Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.

Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran.

Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu.

Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."

Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh...."

Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

๐Ÿ‘ชAnakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

๐Ÿ˜”Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

๐Ÿ˜ŸAnakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

๐Ÿ˜ฃAnakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

๐Ÿ˜ทAnakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

๐Ÿ˜ญAnakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

๐Ÿ”ดMenjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd WA group keluarga atau WA group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...
 ..........
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK
Jgn delete sblum baca, jgn like sblum baca...

๐ŸPerkongsian...
๐ŸŽฏ Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

๐Ÿšด๐Ÿšต๐Ÿšด Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

๐ŸŽฑ๐ŸŽพ⚽Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

๐Ÿ๐ŸSebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕☕

๐ŸŽณ๐Ÿ€Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

๐Ÿผ๐Ÿถ๐Ÿผ Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

๐Ÿค๐Ÿ›๐Ÿ 95% kanser berlaku kerana stress.

๐Ÿฉ๐Ÿž๐ŸณTapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

๐Ÿก๐Ÿข๐ŸงKalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

๐Ÿฃ๐Ÿฅ๐Ÿ™Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…๐Ÿ˜๐Ÿ™๐ŸฅAir yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

๐Ÿฏ๐Ÿญ๐ŸฌTidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

๐Ÿ‘๐ŸŽ๐Ÿฏ Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

 ๐ŸŠ๐Ÿ Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

         ๐Ÿฏ๐Ÿญ๐ŸญKalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

         ๐Ÿญ๐Ÿ‰๐Ÿ‡Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

         ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸฏKepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

         ๐ŸŒ๐Ÿˆ๐Ÿ‘Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

         ๐Ÿ†๐Ÿ ๐Ÿ‡Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

         ๐Ÿ๐Ÿ๐ŸKepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

         ๐Ÿ…๐Ÿ“๐ŸŽEpal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

         ๐Ÿฏ๐Ÿญ๐Ÿ‰Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
   
      ๐ŸŒฝ๐Ÿ…๐Ÿ†Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan

๐Ÿ‡๐Ÿ‰๐Ÿ“JGN BUNUH SEMUT! kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..

๐Ÿœ๐Ÿœ๐ŸœJika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..        

๐Ÿœ๐Ÿž๐Ÿœ Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^        


๐ŸŒ๐Ÿž๐Ÿœ๐ŸœCintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..  
   
 **syaitan berbisik "erm xpayah la copy kisah semut jer pon..."        
p/s ..copy je la... x susah pon...xluak pun internet

2...tambah pahala lg ada....hanya d sbbkan anda share maka org lain xkan berbuat dosa tanpa d sedari.
๐ŸšงRENUNGAN๐Ÿšง
๐Ÿ‘‰Apabila hati berubah, perbuatan akan berubah. Apabila perbuatan berubah, tabiat akan berubah. Apabila tabiat berubah, manusia yang hidup akan berubah. Apabila manusia yang hidup berubah, nasib akan berubah..

๐Ÿ‘‰Kemampuan kita untuk berhasil didasarkan pada kesediaan kita untuk mengalami kegagalan.

๐Ÿ‘‰Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.

๐Ÿ‘‰Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan pasti akn tercapai..

๐Ÿ‘‰Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.

๐Ÿ‘‰Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
✅GAGAL MERANCANG
✅BERERTI : MERANCANG KEGAGALAN
Assalamualaikum saudara dan kwan2,
Perkongsian maklumat kuliah :
1. Makluman bahawa gerhana bulan & matahari tanda2 hari kiamat hampir tiba

2. Solat gerhana matahari pd 9.3 bermula jam 7.13 hingga 9.31 pagi & sunat muakad.

3. Fadhilatnya sembahyang sunat berjemaah gerhana matahari sama ganjarannya mendapat pahala spt menunaikan umrah sunat.

4. Kaedah menunaikan solat yg terbaik setiap rakaat ada 2 qiam & setiap qiam dibaca Al Fatihah & surah. Masa rukuk baca Subhanarabbialazimi wabihamdi sebanyak 15 kali masa rukuk pertama & rukuk kedua baca 10 kali.

5. Ketika sujud baca subhanarabbial a'la wabihamdi 15 kali & sujud kedua bacaan yg sama 10 kali.

6. Rakaat ke2 ulang spt rakaat pertama.

JOM SOLAT JEMAAH GERHANA MATAHARI (bagi yg hadir diri di masjid) atau sendiri2 (di rumah) pada Rabu ni 9.3.2016 JAM 8.00 PAGI...PAHALANYA SPT MENGERJAKAN UMRAH SUNAT MENANTI KITA.

Rebut peluang ini selagi
1. Badan sihat
2. Berkesempatan
3. Muda/Tua
4. Kaya ilmu & amal
5. Belum sampai ajal

Dunia semakin tua...KITA juga dah tua tunggu dijemput Allah sahaja.  
Oleh tu,
Buang yang keroh ambil yg jernih,
Hati terguris diubati,
Tersilap kata dimaafi,
Perkara2 kecik jangan dipeduli,
Bersihkan hati ikhlaskan diri.
Aaminnn.....aamiin ya Allah.
Satu kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Khairul Hakimin Muhammad menjadi viral di media sosial dengan perkongsian sebanyak 29,000 dalam masa sehari sahaja.

Secara ringkasnya, perkongsian itu menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan seorang mak cik yang menceritakan kisah anak perempuannya, 15 tahun, menggantung diri hanya kerana satu kata-kata dari bapanya yang mengguris jiwa.

Ikuti kisah dari Khairul Hakimin. Muhammad. Semoga dijadikan iktibar.

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”

Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.

Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung. Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.

Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??”

Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,”

Saya terus terdiam.

Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.

Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!”

Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?”

Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.

Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.

Saya menggangguk.

Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.

Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.

Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.

Sumber : Khairul Hakimin. Muhammad(FB)