Total Pageviews

Tuesday, March 29, 2016

Apabila Allah Tidak Menghendaki Kita


Tazkirah hari ini..

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi selama-lamanya..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Sunday, March 27, 2016

Copy and paste.

A: salam dik. Gambar cik adik lawa sgt..

B: wslm. Thanks dear.. i biase jer..

A: tapi kan, ramai wanita cantik masuk neraka...

B: wah... biadap ya.. u sape nak nerakakan org??!

A: bukan sy cakap, Allah yg kata

B: nape plak org cntik masuk neraka??!

A: sebab dia upload gambar berlawa2..

B: apa kaitan plak belawa dgn neraka??!

A: kaitannya dalam surah Al Ahzab ayat 33. Allah larang bersolek2 yakni Tabarruj..

B: ah!! Skrg dah moden, xpayah ikut sgt lah!

A: ungkapan mcm tu boleh membatalkan syahadah dik.. boleh jadi kapir

B: wah!! Nak mengkapirkan org plak dah!!

A: bukan.. Imam Syafie ada sebut dlm kitabnya, kitab Fiqhul Akbar, "barangsiapa mempersenda, menafikan, mempermainkan ayat2 suci Quran, hadis dan sunnah rasulullah maka menjadi kapir serta merta..

B: weh gua tak bodolah, gua tahu la kapir tu camana!! Gua ada Master okai!!

A: tapikan, walaupun cik adik ada master cik adik lebih bodo drp lembu tau.. maaf..

B: wah wah... ni ustaz bangsat ke hape ni nak dakwah main sebut lembu2 kat org??!

A: tu pun bukan sy kata.. Allah yg kata dalam surah Al A'raf ayat 179..

B: ko main sebut je kan??! Bg bukti la!! Eh nak dakwah konon, buat2 tahu..

A: ni buktinya dik.. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. -Al A'raf 179

B: .........

A: lagi satu jgn lupa tutup aurat ya.. tu pun perintah Allah dik..

B: apesal plak??! Eh pak ostad, u jgn ingat i xpakai tudung i tak solat tau!! I free hair tp i beriman okai!! Tu belambak pakai tudung buat maksiat pe citer??!

A: erm........

B: awat??! Kelu??!

A: bukan..

B: abis tu??!

A: cuma heran je..

B: apesal??!

A: mcm mane cik adik bleh dakwa cik adik beriman walaupun free hair dan bercakap biadap? Mcm mane cik adik berani ngaku beriman sedangkan perintah Allah sendiri suruh tutup aurat pon cik adik tak buat?

B: ............
ah!! Blah la.. suke ati aku la, kubur masing2 okai!! Gua x susah kan sape2 okai!!

A: tak betul tu..

B: ape lagi??!

A: kubur masing2 tu ya boleh terima.. tp kalo cakap tak susahkan sape2 tu tak betul dik...

B: apesal plak??! Kan dah cakap kubur masing2!! Blah la wei!!

A: dik... kalau mampos sorg2 masuk kubur sorg2, tanam sdiri sorg2.. baru layak nak cakap tak susahkan org lain.. dik, mayat manusia fasiq dan munafiq ni lg busuk drp bangkai dik.. cik adik kan ada master..tak kan tak boleh pikir pasal ni..

B: ........ ah blah la!!

A: ok, baiklah.. moga dirahmati.. ..