Total Pageviews

Saturday, April 16, 2016

Lelaki idaman wanita ๐Ÿ‘จ๐Ÿผ

Awek : "Abang kerje kt mna..?"

Abang : Abang berniaga dik..
                   ada la kedai emas 2 ,
                   restoran 1
                  chalet 5 buah kat utara ni,
                   Dan 4 buah kedai juai henpon..

Awek : (terkejut) Abang tinggal kt maner?

Abang : "Lagenda Height"

Awek : (wah! mesti kaya ni)
             Rumah abang mesti besar kan??

Abang : Takder lah, rumah pun harga
                 300 ribu jer..

Awek : (terbaek) kereta abang
             mesti banyak kan??

Abang : Sikit jer, cuma ada
              Mercedes, BMW, Jaguar,
               VW ....dan Range Rover

Awek : (waa...ni bakal suami ni)
               Abang dah ada isteri??

Abang : haa.. tu la.. sampai
                sekarang belum ada isteri..

Awek : (terbaek..boleh jadi laki ni)
             Abang merokok??

Abang : merokok kan tak baik
                untuk kesihatan tubuh badan

Awek : (sihat tuu) Abang minum
              minuman keras tak??

Abang : Tak minum...haramm

Awek : (Perghh..) Abang main judi?

Abang : Judi?? menghabiskan duit je
                main judi..lagipun berdosa.

Awek : (sweetnye abang ni)
                Abang kaki disko??

Abang : Heh..Abang tak suka buang
                masa dik..

Awek : (Ish..abang ni memang hebatlah)
               Abang pernah pergi Haji?

Abang : 3 kali haji, 6 kali umrah

Awek : (Subhanallah..calon suami ku syuurgawii)
               Hobi abang apa??

Abang : Bohong orang..
                Hahaaaaa....
                 ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan: "Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh. Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar. Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.” Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku (Aisyah) bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku”.

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad
CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku,

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam
Kelebihan Perempuan dan Lelaki

๐Ÿ”ด PEREMPUAN diuji di DUNIA,,
๐ŸŒธ Kena pakai TUDUNG ...
๐ŸŒธ Kena pakai STOKIN ...
๐ŸŒธ Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
๐ŸŒธ Kena banyak FITNAH ...
๐ŸŒธ Kena TAAT perintah SUAMI...
๐ŸŒธ Kena menjaga MARUAH DIRI...
๐ŸŒธ Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..

๐Ÿ“ข Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

๐Ÿ”ด LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,
๐Ÿ€ Tidak payah pakai TUDUNG...
๐Ÿ€ Tidak payah pakai STOKIN...
๐Ÿ€ AURAT senang dijaga ...
๐Ÿ€ Tidak risau dengan FITNAH...
๐Ÿ€ MUDAH nak buat apa sahaja..

๐Ÿ“ข Tapi di AKHIRAT,,
๐Ÿ”นTanggung dosa DIRI SENDIRI..
๐Ÿ”นDosa ISTERI...
๐Ÿ”นDosa ANAK-ANAK ..
๐Ÿ”นDosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
๐Ÿ”นDosa tidak beri NAFKAH..
๐Ÿ”นDosa tidak menjaga PANDANGAN...
๐Ÿ”นDosa ADIK-ADIK...
๐Ÿ”นDosa sesama MANUSIA...
๐Ÿ”นDosa tidak SOLAT...

๐Ÿ“ข SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA...

LELAKI dan PEREMPUAN... masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL ...

⭐๐ŸŒ™ Janganlah kita MERUNGUT....REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...

๐ŸŒ™⭐ Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN ...Allahurobbi ...


⬆ Tazkirah terakhir dr seorg ustaz dr pahang...beberapa jam sblm kemalangan n meninggal dunia. Moga sampai pahala kpdnya..