Total Pageviews

Saturday, April 2, 2011

Apa Hendak Jual Di Internet?

Apa Hendak Jual Di Internet?

Antara halangan pertama untuk mula berniaga ialah produk apa yang hendak dijual. Fikir tentang produk mungkin boleh ambil masa bukan saja sehari, tapi bertahun. Terutama bagi yang belum pernah berniaga.

Bagi otai yang memang kaki bisnes, mereka telah ada naluri produk apa yang boleh dapat duit. Sasaran utama ialah barang terjual. Apa saja yang mereka lihat mereka akan terbayang duit. Naluri keduitan mereka bernyala-nyala. Tidak kisah menjual apa sekalipun walaupun itu adalah sebuah meja buruk.

Antara cara mudah ialah lihat benda di dalam rumah. Buka setor dan lihat barang-barang lama yang telah lama tersimpan atau bakal dibuang. Barang-barang lama ini boleh dijual, siapa kata tiada pembelinya?

Ini ialah strategi biasa atau jalan pintas yang digunakan bagi mereka yang masih baru dan tercari-cari idea apakah produk yang ingin dijual. Ia mungkin kasut lama, mainan lama anak-anak, pakaian lama, almari lama, perkakas lama, atau juga barang-barang antik. Jangan lupa bahawa barang-barang antik seperti seterika tembaga boleh dijual dengan harga tinggi.

Kisah seorang peniaga internet yang pernah saya dengar sebelum ini, beliau bermula dengan kaedah ini. Setiap hari beliau mencari barang apakah di dalam rumahnya yang boleh dijual. Nampaknya pada peringkat awal beliau berjaya. Tetapi setelah 3 bulan berlalu, semua barang-barang lama telah terjual dan tidak ada lagi barang-barang yang boleh dijual.

Kemudian beliau tidak mati akal, beliau mula bertanya rakan-rakan serta jiran-jiran apakah barang-barang yang mereka hendak buang. Barang-barang itu beliau peroleh dengan percuma saja sebab kebiasaannya barang-barang tersebut memang untuk dibuang, tidak ada sesiapa pun yang ingin menjual kepada rakan atau jiran. Beliau mengaut untung seratus-peratus.

Tetapi masalah lain pula timbul, takkan lah selamanya beliau hendak menjual barang-barang lama daripada jiran dan rakan-rakan?

Tetapi oleh kerana beliau telah membiasakan diri selama ini dengan memikirkan tentang produk apa yang boleh dijual dan mendapat duit, akhirnya beliau tidak ada masalah untuk menemui produk baru, yang boleh dijual. Beliau tidak lagi bergantung kepada barangan lama.

Pasar karat menyediakan tempat dan ruang untuk berniaga. Kepada yang minat berniaga secara terus kepada pelanggan, tempat ini adalah sesuai. Duit siling lama, wang kertas lama juga ada pelanggan tersendiri.

Saya pernah melihat bagaimana peniaga di pasar karat JB berjaya menjual sehelai not kertas lama sepuluh ringgit yang ditulis dengan “SA-PULUH RINGGIT”. Berapa harga yang dijual? Iaitu RM100 sekeping. Penjual itu berjaya menyakinkan pembeli bahawa hanya satu not sahaja yang dia miliki.

Begitu juga siling dan not kertas lama banyak dijual di internet.

Jadi produk apa agaknya yang anda hendak jual? Jika anda buntu, hadir lah ke seminar usahawan internet dan tempah tempat anda sekarang. Saya akan tunjukkan pelbagai produk menanti anda. Antaranya ialah produk yang langsung anda tidak pernah lihat di Malaysia.

Layari http://seminar-usahawan-internet.blinkweb.com

Mohd Rafi
Johor Bahru
019-7460339

No comments:

Post a Comment