Total Pageviews

Monday, April 20, 2015

Mendengar karguzari Dakwah dari Tuan Hakim Syariah Johor Syeikh Syarifuddin tntg Prof Dr Ismail Mushtari seorang Ulama' di UTM Johor yg sering juga keluar di kaca TV...satu ketika beliau khuruj Dakwah 40hari di pendalaman Pahang..dalam perjalanan jemaah berhenti solat berdekatan dgn Felda New Zealand Pahang..waktu itu Prof Ismail jadi amer jemaah..Bila jemaah sampai..kelihatan kelibat seorang lelaki tua seakan berlari mengambil sesuatu dari tepi Masjid kemudian masuk ke sebuah rumah usang bersebelahan Masjid..
Maka jemaah pun segera ke rumah tu ingin bertanya kenapa pakcik lari...tiba2 dengar suara jeritan "Pergi..Pergi...jangan kacau aku"..Prof Dr Ismail ialah orang yg sgt hikmah dan lembut dalam BerDakwah..Prof kata jemaah lain pergi Solat dulu...Prof pun dgn penuh kasih sayang pujuk pakcik yg di rumah usang tu.."pakcik..pakcik apa khabar..sihat??..buka laa pintu..sy bukan nak buat apa pun..nak kenal2 je..."setelah di pujuk pujuk..pakcik tu pun buka pintu..Prof tnya.." boleh sy naik.." pakcik tu seakan tak benarkan sb rumahnya usang..namun akhirnya benarkan..prof pun naik..
Prof tnya pakcik tinggal dgn siapa di sini?pkcik tu menjawab "Aku tak de anak...Aku tinggal Sorang2..tak de siapa nak jaga aku..."dengan penuh senyuman prof menjawab "tak lah..pakcik ada anak..sekarang sy anak pakcik..sy akan jaga pakcik"...tiba2 pakcik tu menangis teresak sebak mndgr kata2 Prof...pakcik tu kata "aku tinggal sorang2 di sni..takde siapa jaga aku..aku tak solat walaupun rumah tepi Masjid..tiap2 hari ada org kampung akan sediakan makanan aku di meja tepi masjid tu..aku akan turun amek dan masuk rumah balik..aku mmg tak solat.." pakcik tu bercerita sambil menangis2...
Prof pun pujuk pakcik tadi..ajak ke Masjid..Prof Solat dan beberapa jemaah lain pula ikram pakcik td...selepas Solat Jemaah pergi beli barang2 Makanan untuk pakcik td..pakcik tu dpt belajar wudhu' ,solat n zikir...Prof hadiahkan seutas tasbeh kepada pakcik td..Prof bgtahu "Pakcik..kami ni akan masuk ke pendalaman untuk keluar BerDakwah..selama 40 hari..selepas 40 hr insyAllah sy akan datang sini lagi ziarah pakcik ya..pakcik jaga solat & zikir ya.."..pakcik tu sgt berterima kasih sb barulah dia merasakan hidupnya tidak sendirian lagi..Jemaah pun begerak ke route yg telah di tetapkan...
Setelah Jemaah tamat misi Dakwah selama 40hri di pendalaman Pahang..maka Jemaah sekali lg berhenti di Masjid berdekatan dgn Kampung Felda New Zealand tu..Prof pun turun dari kenderaan..dan terus ke rumah usang pakcik tu..beri salam berkali-kali tiada yg jawab..ketuk pintu pun tiada yg menyahut..tiba2 kelihatan Tok siak ada di Masjid...Prof pun ke masjid bertnya Tok siak kalau2 ada nampak pakcik tu..Tok siak kata "pakcik yg tinggal di rumah usang tu ke.??..dia dah meninggal sebulan yg lalu...tp MasyAllah di akhir2 hayat dia rajin solat..sebelum tu dia tak pernah pergi Masjid..dia khdmat bersihkan Masjid..siang malam beramal..dia meninggal dalam Masjid tgh berzikir..tasbih ada kt tangan waktu meninggal.."...
Menitis air mata Jemaah dengar...Allahuakhbar..rupanya seminggu selepas jemaah berangkat..ALLAH mengambil pakcik buat selama-lamanya..MasyAllah..ALLAH hantar Prof Ismail semata-mata untuk jadi sebab pengakhiran pakcik td dgn husnul khatimah..Benarlah bahawa ALLAH boleh beri hidayat kepada sesiapa yg ALLAH mahu

No comments:

Post a Comment