Total Pageviews

Sunday, August 7, 2016

Mengambil manafaat dari ilmu mereka melalui lidah para ulama dan aulia Allah. Bacalah sahabatku dari hatimu paling dalam, Insya-Allah!

Aku lihat kebanyakan manusia saling bermusuhan. Kemudian aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud — Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya — Al-Fathir: 6. Justeru aku tinggalkan permusuhan dengan mereka dengan hanya menjadikan syaitan sahaja sebagai musuh!

—AlImam Hatim Al-Asam

Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia ertinya ilmu dan amal itu tidak bernilai di sisi Allah dan manusia!

— Hukama

Siapa yang banyak cakap —banyaklah salahnya. Bila banyak salahnya —banyaklah dosanya. Bila banyak dosanya —maka neraka adalah yang utama baginya!

— Sayyidina Umar Al-Khattab

Bukan yang bernama ilmu itu kepandaian atau banyak meriwayatkan tetapi ilmu itu ialah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia!

— Imam Malik b Anas

Jika aku dicaci maki oleh orang yang hina —itu petanda bahawa darjatku akan bertambah kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat perbuatan seseorang!

— Imam Asy-Syafi'e

Tidakkah engkau lihat —Harimau itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam sedang anjing di jalan banyak yang dilempari kerana selalu menyalak!

— Imam Asy-Syafi'e

Suatu ketika aku pernah mendapat penghinaan dari orang bodoh tetapi aku tidak menanggapinya. Dia semakin bodoh dan aku semakin bijak. Ibarat batang kayu cendana —semakin hangus dibakar, semakin harum baunya!

— Imam Asy-Syafi'e

Seseorang yang memiliki sifat warak tidak akan mempedulikan keburukan orang lain kerana disibukkan dengan aibnya sendiri. Ibarat orang sakit —dia tak mungkin menghiraukan penyakit orang lain kerana sibuk memperhatikan penyakitnya sendiri!

— Imam Asy-Syafi'e

Barangsiapa yang tidak beradab, tiadalah ilmunya. Barangsiapa yang tidak sabar, tiadalah agamanya dan barangsiapa yang tidak warak, tiadalah darjatnya di sisi Allah!

— Imam Hassan Al-Basri

Tiada memahami agamanya bagi yang tiada menjaga — Imam Hassan Al-Basri

Hiasilah dirimu dengan sifat Al-Hilm (menahan kemarahan yang sedang bangkit) kerana sesungguhnya itulah tiang ilmu!

— Imam Jaafar As-Sadiq

Orang yang sombong ialah apabila ditegur, dia marah sedang apabila dia menegur, keras dan kasar!

— Imam Al-Ghazali Nukilan ustaz hazri Hashim Al bindany⁠⁠⁠⁠

No comments:

Post a Comment