Total Pageviews

Wednesday, May 13, 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.462) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 24 Rejab 1436H. BAGAIMANA NAK 'AJAR' JIN?

Jins Shamsudin seniman ternama,
Seniman lama yang bertaraf otai,
Jin sebenarnya takut pada manusia,
Seluar dan baju jin pun manusia pakai.

Ketahanan roh dah jasad perlu dalam usaha mengelakkan diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Selain daripada memperkuatkan roh dengan menghampirkan diri kepada Allah SWT, langkah berikut perlu dilakukan, antaranya :

CERAH-CERAHKAN :
1. Makan Tamar Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan jika boleh makan bersama tamar Madinah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”. (HR : Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum Tidur.
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT.

3. Mengambil Berat tentang Solat Berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah SAW bersabda :

“Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (HR : Abu Daud)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk Memagarkan Diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.

5. Membaca Doa Perlindungan apabila Masuk Di Dalam Tandas. Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.

6. Sentiasa Berzikir, Mengingati Allah dan Menghampirkan diri Kepada-Nya.
Iaitu dengan melakukan ibadah yang wajib dan amalan-amalan sunat yang berterusan. Sesungguhnya semakin hampir seseorang itu kepada Allah, maka semakin jauhlah iblis dan syaitan daripadanya.

7. Elakkan daripada menangis bersangatan, menjerit, berbual atau bersolek di bilik air, ataupun menjerit di tempat sunyi. Elakkan berada di tempat sembelihan binatang, ketika matahari naik atau terbit.

8. Jangan buang air kecil di atas batu, air yang bertakung, beristinjak dengan tulang atau najis. Bermain-main di pancuran kotor atau longkang.

9. Jangan biarkan anak-anak kecil berada di luar rumah ketika matahari masuk. Syaitan berkeliaran pada masa itu. Tutup semua makanan, jangan biarkan terdedah. Tutup bekas tempat menyimpan makanan dengan menyebut nama Allah, begitu juga ketika menutup pintu. Lafaznya ialah : "Bismillahi Allahu Akbar."

10. Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah membacanya :

1) Surah al-Fatihah - Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.

2) Al-Mu’awwizat - Tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah SAW yang diajarkan kepada Saidatina Fatimah r.anha sebelum baginda tidur. Atau membaca ta'awuz seperti :

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Mu Yang Maha Sempurna dari segala kejahatan makhluk yang telah diciptakan.",

3) Ayat Kursi - Amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika dibaca selepas solat Subuh dan Solat Asar.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan untuk menghindari jin dan syaitan ini. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi tertentu kerana jin sememan
gnya tidak suka bau wangi. Kalau isteri atau suami anda tak suka bau wangi-wangian, tengok betul-betul ! Dia isteri atau suami anda ke bukan. Atau...

SIMPUL-SIMPULKAN :
Yakinlah ! Jin dan syaitan tidak lagi akan berani mendekati anda. Mereka akan lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah...

Wallahu a'lam - Kalau jin dan syaitan itu tak lari juga, sama ada anda tersalah baca atau jin itu telah 'transform' menjadi lembaga yang berjawatan tinggi dan menguruskan wang simpanan rakyat yang nak pergi haji, bukan nak beli tanah. Ukay's

BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) ADALAH KOMPILASI 100 TAJUK CCUK YG. AWAL TERBITAN KARANGKRAF DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) ADALAH SAMBUNGANNYA DENGAN PEMBAHARUAN YG. LEBIH MANTAP TERBITAN TELAGA BIRU. DAPATKANNYA DI PASARAN !

No comments:

Post a Comment