Total Pageviews

Wednesday, May 13, 2015

Satu ketika nabi musa as dalam perjalanan menuju ke bukit Tursina utk bermunajat kpd Allah.

Dalam perjalanan itu baginda bertemu dengan seorang ahli ibadah yg begitu taat dalam ibadah kepada Allah. Ahli ibadah itu meminta nabi Musa as bertanya kepada Allah apakah kedudukan nya ketika ini adakah di syurga atau di neraka. Nabi Musa as bersetuju dan baginda meneruskan perjalanan.

Kemudian, baginda bertemu dengan seorang ahli maksiat. Lalu setelah berbual maka si ahli maksiat itu meminta nabi Musa as untuk bertanya kepada Allah dimanakah kedudukan nya sekarang, adakah syurga ataupun neraka. Nabi Musa as bersetuju lalu meneruskan perjalanan ke bukit Tursina.

Masa berlalu.

Apabila nabi Musa as kembali, baginda bertemu dgn ahli ibadah itu. Lalu nabi Musa as memberitahu bahawa kedudukan kamu ialah di syurga. Lalu ahli ibadah itu berasa sgt gembira. Dia berkata memang selayaknya Allah meletakkan aku di syurga kerana susah payah ku selama ini menunaikan ibadat.

Kemudian baginda bertemu pula dengan ahli maksiat itu. Lalu baginda memberitahu bahawa tempat kamu ialah di neraka. Sebaik mendengar berita ini maka ahli maksiat itu pun ketawa dengan gembira sehinnga menghairankan nabi Musa as.

Lalu baginda bertanya, apakah yg menyebabkan kamu gembira? Berkata ahli maksiat itu, aku gembira kerana Allah masih tidak melupakan aku walaupun aku sibuk dengan maksiat. (Allah masih sudi memaklumi Musa kedudukan si ahli maksiat itu).

Masa berlalu.

Pada masa yag lain, nabi Musa as melalui lagi kampung si ahli ibadah dan ahli maksiat itu. Apa yang mengejutkan ialah ahli ibadat itu telah menjadi ahli maksiat. Manakala ahli maksiat itu pula telah menjadi ahli ibadat yg sgt taat.

Kenapa jadi begitu? Nabi Musa as hairan dan baginda bertanya kepada Allah.

Allah memberitahu Musa as bahawa si ahli ibadat itu adalah seorang yg beramal dengan sifat keakuan. Semua ibadatnya disangkanya adalah kerana dirinya bukan kerana anugerah Allah. Maka itu Allah tidak suka lalu menarik hidayahnya. Maka si ahli ibadat itu bertukar amalannya kepada maksiat.

Tetapi bagaimana pula dgn si ahli maksiat itu? Rupa nya walaupun dia melakukan maksiat tetapi di dalam hatinya ada pengharapan agar Allah membantu dan mengubah dirinya. Maka sifat ini telah menyukakan Allah lalu Allah memberikannya hidayah utk rajin beribadat kepasa Allah.

Moral story..buang sifat keakuan. Semua kebaikan yg kita lakukan adalah dari rahmat dan kasih sayang Allah. Kedua, letakkan harapan kepada Allah semata.

Allah know best. Wallahu alm.

No comments:

Post a Comment