Total Pageviews

Tuesday, June 2, 2015

Salam. Sebelum sya terlupa lebih baik sya tulis dan kongsi kutipan pengalaman hari ini.

Asar tadi saya berjumpa seorang pakcik yg sumbing mulutnya di dalam surau. Selepas asar kami berbual sekejap. Segera sya teringat tiga orang anak saya yang dilahirkan tidak sumbing. Syukur kepada Allah yang memberi saya anak yg sempurna jasadnya. Saya tertanya bagaimana sya mensyukuri nya selama ini.

Kemudian, selepas asar ada majlis taklim. Di sebelah saya ada seorang remaja. Kami berbual selepas majlis. Dia remaja istimewa. Bersekolah di sekolah khas. Apabila di tanya apa yang kurang pada matanya, dia memberitahu matanya bermasalah. Apabila dipandang pada matanya, memang jelas ada kekurangan di situ. Sekali lagi saya terpandang ketiga-tiga anak yang Allah berikan jasad yang sempurna. Saya tertanya bagaimana sya mensyukuri nya itu selama ini.

Kemudian saya berbual dengan seorang abang. Dia beritahu anaknya sakit minda. Slow laerner. Tak boleh urus diri nya sendiri pada usia 20 tahun. Punca nya ialah ketika lahir, anak nya tidak menangis, katanya itu sebabkan bekalan oksigen ke otak tidak sampai sehingga memberi kesan kpd otak. Allahuakbar. Sekali lagi saya tertanya bagaimana saya mensyukuri nikmat Allah yang memberikan saya anak2 yang sempurna jasadnya.

Minggu lepas ada jemaah tabligh tiga hari datang ke surau saya. Saya bawa salah seorang mereka menziarah ke rumah kenalan saya. Dia seorang ahIi surau. Kali terakhir bertemunya ialah dua bulan lalu. Tapi kali ini beliau sudah tidak seperti dulu yang sihat. Kini beliau sakit. Uzur. Rambutnya keguguran sehingga botak. Maka saya sedar, Allah boleh mengambil kesihatan kita pada bila bila masa yang Dia berkehendak. Kesihatan yang ada pada kita bukan satu kebanggaan.

Kemudian, sy bertemu dengan seorang kawan lelaki. Dia seorang yang boleh saya katakan berharta. Memang jenis makan tak habis lah. Tp kini dia hidup susah. Tiba2 diberhentikan kerja. Maka dia terpaksa mencari kerja baru bagi meneruskan hidup. Semua yang dulu adalah hidup yang selesa kini telah tiada. Maka sy terfikir bahawa kesenangan yg kita miliki pada hari ini juga boleh ditarik oleh Allah pada bila2 masa saja.

Maka saya ingin mengajak diri saya dan semua kawan2 utk mensyukuri nikmat nikmat. Apa yg kita miliki pada hari ini tidak akan kekal. Sampai masa nya ia akan di ambil kembali oleh Pencipta.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment