Total Pageviews

Saturday, March 26, 2016

BERJAGA-JAGA DARI SIFAT DENGKI

Berjaga-jagalah kamu dari Sifat dengki kerana ia akan memakan dan membakar segala amalan-amalan kamu dan kebaikan-kebaikan kamu walau setinggi gunung sekalipun.

Apabila kita dengki dan sakit hati Allah akan tambah lagi kedengkian dan sakit hati kita dengan penyakit2 hati yang lain seperti takbur, riak sombong dsb hingga ia akan memadamkan segala nikmat-nikmat kita didunia.

Kata imam syafie, angkatlah 4 takbir (solat jenazah) kepada orang yang tidak mahu belajar, mendengar atau tidak suka langsung dengan majlis ilmu kerana hatinya mati. Apatah lagi kepada orang-orang yang menyekat majlis-majlis ilmu.

Celakalah orang-orang yang tidak dihidupkan ilmu dan Al Qur’an di rumahnya kerana yang demikian rumahnya mati kosong .

Selain dari manusia yang hadir, maka malaikat turut hadir di dalam majlis ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w.’Sesiapa yang Allah hendak beri kebaikan kepadanya, maka Allah akan beri faham agama kepadanya.

Kata imam Ghazali, ada 6 punca orang-orang menjadi takbur dan an sombong. 5 darinya adalah

1. Harta
2. Ilmu
3. Amal (bukanlah amalan yg membawa kita kesyurga tetapi rahmat Allah)
4. Kecantikan
5. pengaruh

USTAZ YUSRY ARIFFIN (2011)

No comments:

Post a Comment