Total Pageviews

Friday, May 27, 2016

Kisah si penjual surat khabar yang penuh iman di dada

Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. Sekadar berkongsi… KONSEP REZEKI

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan² tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa. Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti. Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu. Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacanya. Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

Aku : “Assalamu ‘alaikum”

Penjual : “Waalaikum salam”

Aku : “Bagaimana jualan akhbar tuan?”

Penjual : “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

Aku : “Wah susah juga ya kalau hujan begini”

Penjual : “Insya-Allah ada lah rezekinya.”

Aku : “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

Penjual : “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

Aku : “Doa?”

Penjual : “Bukankah Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

Aku : “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

Penjual : “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”

Aku : “Kalau tidak ada yang boleh dimakan”?

Penjual : “Bererti rezeki saya berpuasa”

Aku : “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”

Penjual : “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan”.

Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan. Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya. Aku termenung… Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? Baruku sedar, rezeki bukan wang semata². Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT. Sahabat … Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga. Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment