Total Pageviews

Friday, May 27, 2016

Mohammad Ruzaimi (Ismak Ruqyah)
😊🌸💕

✍🏻....😊APA ITU IKHLAS

🍃Ikhlas itu ketika menyembunyikan amal soleh,, sebagaimana menutup rapat keburukan..

🍃Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH,, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman..

🍃Ikhlas itu ketika dapat menolong sesama,, namun tidak mengharap balasan..

🍃Ikhlas itu ketika mampu berbagi rezeki,, meskipun dalam keadaan terhimpit..

🍃Ikhlas itu ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi,, agar tidak terjadi pertelingkahan..

🍃Ikhlas itu ketika tersenyum melihat orang lain bahagia,, walaupun kita sedang berduka..

🍃Ikhlas itu ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikan bersama,, sekalipun kita yang terluka..

🍃Ikhlas itu ketika dihujani kata kata yang menyakitkan,, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan ..

🍃Ikhlas itu ketika mampu memaafkan,, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian..

🍃Ikhlas itu ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..

🍃Ikhlas itu ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH,, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..

🍃Ya...Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas..
🍃Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya,, tidak terlihat,, tidak tergambarkan,, tidak terdengar,, tidak terdefinisi,, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..

😊Semoga ALLAH memberi kita banyak kemudahan untuk menguasai salah satu ilmu tersulit dalam kehidupan,, iaitu KEIKHLASAN...


😊🌸💕

No comments:

Post a Comment