Total Pageviews

Tuesday, July 19, 2016

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit perkongsian khas buat sahabat IR sahaja. Bukan untuk orang awam melainkan mereka yg diberi Allah mudah utk faham. semoga beroleh manfaat.

Ye memang benar makhluk Allah ni semunya berzikir dan berdoa sepanjang waktu . sebab itu kita jangan pandang rendah dan layan buruk mereka ni walaupun mereka itu anjing, babi dan keldai. mereka adalah sebahagian ujian Allah buat kita semua

Surah Al-Isra, Verse 44:
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Waktu seminggu pertama selepas diijazahkan tahap 1 memang semacam ade letupan supernova dlm diri saya yg buatkan saya punya deria jadi sangat2 sensitif. memang meremang bulu roma bila boleh nampak kelibat itu dan ini. boleh rase keberadaan susuk paranormal di sekeliling kita. Bukan sahaja dengar pokok berzikir bahkan batu bata dinding rumah juga mereka berzikir hingga saya jadi gerun dan takut kecut perut namun saya diamkan sahaja. saya ingat lagi saya x boleh tidur malam tu kerana kuatnya zikir semua makhluk tu hingga saya bertanya adakah saya ini sudah gila? anggota badan saya bergerak secara auto-mode. mengikut alunan zikir kalimah tiap kali saya berzikir. ditarik satu2 gangguan dari diri saya. adakalanya berpedang dan bersilat lah saya dlm rumah melawan gangguan disaksikan oleh k3 dan isteri mereka masing2.

pernah suatu ketika saya sedang berkemas datang kucing nama dia tommy mengioww bising2...saya acah2 jerkah dia je tanya " haaa kenapa ko ? ko nak ape tommy? terus terkejut saya bila saya dgr suara balasan dlm hati batin saya. " Aku nak makan lah! lapar!" .lepas tu mmg saya tobat dah x layan buruk kucing2 tu. kadang2 tu dia boleh pulak bercakap " tuang lah lebih sedikit . sedeqah pada aku ni jgn berkira sangat " justeru saya ikutkan jer. tapi hati saya terdetik kata "yelah aku bagi ko ni ..ko tolong la doakan aku dan k3 lain ni sehat sembuh dan terbukak rezekinya."  kebetulan waktu tu zainul k3 tgh usaha keras cari kerja. terus dengar lagi suara balas " baik insyaAllah aku doakan. dan terus menerus dia berdoa Ya Allah bagi la zainul k3 dapat keje tempat elok" . saya lg sekali terkejut! . saya cerita kt zainul dan pesan kt dia " kamu layan ler elok2 kucing ni dia doakan kamu dpt kerja" jadi lps tu mmg zainul pun selalu bg dia makan free sampai gemuk da kucing tu dan alhamdulillah x lama lps tu zainul direzekikan Allah dpt keje tempat elok.

seketika lainnya suatu malam saya baru balik dr keluar makan nak masuk rumah..tiba2 tgh  bukak pintu pegang dinding rumah  bergegar je dinding tu dan dgr suara ramai sedang beristighfar pohon ampun untuk seseorang dlm keadaan takut dan gerun hingga saya sendiri jadi pucat seram sejuk  dan turut sama beristighfar. mereka baca doa jenazah. "Allahummaghfirlahu warhamhu waa fihi wa' fuanhu" . saya tanya mereka " tenanglah kamu hai dinding apa yg buatkan kamu beristighfar begini?" mereka jawab " akan mangkat seorang hamba Allah dan kami melihat perarakan di langit yg sgt menggerunkan dgn jutaan  para malaikat yg bengis mengiringi seorang lg malaikat besar yg lg bengis sifatnya sedang dlm perjalanan nak cabut nyawa hamba tersebut.!" sata jadi insaf dan benar lah khabar tu esoknya mangkat lah seorang pembesar negeri maka saya x putus juga memohonkan ampun buat jenazah itu.

memang benar mahkluk ni boleh berbicara dgn kita. kita je yg x direzekikan boleh mendengar. ada kalanya mereka ni boleh menasihatkan kita.menunjuk jalan. bagi motivasi dan teguran. amalkan lah doa nabi sulaiman tu tiap hari.. Allahumma adkhilna fi suri Sulaiman. sbb tu yg TGu pesan kt saya dan saya mudah boleh amalkan. baca hari2.

Bila mana saya berjalan kaki ke surau mmg batu2 tu mohon ampun buat mereka yg pergi ke rumah Allah. selalunya samada saya bagi salam kt mereka atau jawab salam mereka. begitu lah hari. lama2 saya jadi lali xde lah rasa ralat sangat mcm waktu mula2 tu.

kalau kt dapur tu nampak semut banyak saya cuba bg warning dulu mcm yg TGu ajar .Warning 3 kali. suruh beredar. mereka akan beredar dgn izin Allah. ada masanya mereka bersuara mintak " tunggu jap! kami tgh kerja" sbb mereka pun nak cari kumpul makanan anak bini. jadi saya x cepat sembur racun..sembur air dulu. bg isyarat. lunak la kita dgn makhluk insyaAllah Allah lunak dan mudahkan mereka buat kita. jgn cepat melatah nk bunuh nak tembak nak pancung. bg warning dulu..kalau dia engkar maka barulah dia jd musuh pemusnah maka baru lah kita ambik tindakan sbb kita ni manusia kita khalifah di bumi.


Justeru bagi mereka yg selalu dan masih sakit jgn putus asa..banyakkan sedeqah dan layan la makhluk Allah baik2 hatta jon sihir yg menyakiti diri kita pun kita layan baik2 dan mohonkan istighfar buat mereka dan tukang sihir tu dulu sebelum mohon ketenangan buatnya insyaAllah mudah merawat nya dan dia akan keluar sendiri.

pernah seketika Jon sihir tu bertanya pada saya " kenapa kamu layan kami baik begini sedang tuan kami suruh kami musnah dan ganggu kamu?" saya jawab " saya sudah penat untuk berasa sakit hati marah dan dendam pd kalian kerana menyakiti saya ..saya da tak upaya utk marah maka saya hanya mampu mohon ampun pada Allah buat diri saya dan buat kamu juga utk tuan kamu. " justeru Jon itu insaf dan pergi tidak mahu kembali lg. dan bila kita redho dgn ujian Allah pd kita walaupun pahit maka Allah akan buka jalan pertolongan dan bantuanNya buat kita sbb kita sudah redho terima ujianNya maka Allah redho juga dengan kita. InsyaAallah

Sekian. nt bersambung..kalau Allah izin lagi KISAH MALAM AL-QADR lagi sekali kalau TGu bagi green light baru bukak

JAGA HAK ALLAH, ALLAH JAGA HAK KITA. REDHO DENGAN UJIAN DUGAAN ALLAH, ALLAH REDHO DENGAN KITA.

persis sahabat2 yg bergelar
 " Radhiallahu anhom wa radhu anhu" Allah redho dengan mereka dan
mereka redho dengan Allah.⁠⁠⁠⁠

-------------------------------

Sambungan - sesape yg rajin siram bunga tu ketahuilah mereka bertasbih dan beristighfar buat mereka yg menyirami mereka...ada mase waktu kemarau tu dgr mereka mengeluh berdoa pada Allah " Ya Allah tolong la hadirkan air buat kami " maka bila2 kalau saya terdengar begitu terus saya g ambik air atau mintak tolong k3 lain tolong siramkan..siram tu bacalah selawat...insyaallah mereka doakan kita juga 🌧🌦🌦🌦🌦🌟🌟😁👍🏻

sambungan - dalam kes lain..hati-hati la jangan makan harta anak yatim dan kalau tau ade org tu makan harta anak yatim nasihatkanlah ..... dok jauh2 dari dia jgn dekat ...sebabnya bila ada orang makan harta anak yatim doa orang2 lain yg berdekatan akan tergantung x lepas ke langit...sehingga orang itu beredar dari kawasan itu...betapa beratnya kesan makan harta anak yatim sampai terkesan pd ahli qaryah yg lain.

sambungan --- pernah suatu ketika ayah saya menebas belakang rumah. balik tu esoknya dia mengadu sakit kaki dan x sedap badan mcm demam. saya tanya dia " ayah ada langgar ( aniaya) sape2 kah? " dia jawab "aniaya siapa?" sebab nampak mcm ayah ni kena doa seseorang , ayah buat ape semalam?" tanya saya.

" semalam  ayah menebas je cuma ade nampak sarang siput tu mak dan anak tgh banyan kt situ tetiba dtg rase geram maka ayah pijak2 kan pecah mati semua" saya terus geleng kepala.." hmm ayah sudah terkena doa makhluk dizolimi. itu sarang dia dan dia dipijak waktu dia tgh tidur..bukan waktu dia merusak tanaman ayah. " maka trus saya munajat mohonkan ampunan buat ayah saya dan minta dia beristighfar lalu dia sembuh

No comments:

Post a Comment