Total Pageviews

Thursday, March 24, 2011

Internet Boleh Buat Duit?

Lima tahun dulu, masa tu saya masih muda lagi. Tapi saya memang telah ada minat untuk tahu lebih lanjut macamana nak berniaga di internet, atau dengan kata lain ialah jana pendapatan dari internet, tapi masa berlalu dan akhirnya saya pun tenggelam dengan urusan harian. Minat saya hanya tinggal bayang-bayang.

Kemudian masa berlalu, macam-macam jenis perniagaan yang datang dalam hidup saya. Semuanya pelbagai jenis, ada skim piramid, ada ala-ala skim cepat kaya macam Swish cash lah, dan seingat saya, masih terbayang wajah kawan saya yang jadi kepala kepada skim ini, promosi dan pungut duit daripada semua kawan-kawan lain yang berminat. Masa tu saya rasa semua orang bagai dilamun angan-angan melangit, simpan harapan untuk terima habuan bila sampai masanya kelak. Dengan kata lain, jadi jutawan. Sambil tu goyang-goyang kaki tanpa kerja. Wah best nya. Tapi akhirnya, duit lesap, bisnes kena gantung dengan bank negara. Wah sadis sekali. Nasib baik saya masuk RM200 je, kalau tak …

Tahun 2008, saya jual bongkah cendawan kat internet. Ni cubaan pertama. Sambutan menggalakkan. Cuma tak larat nak pikul bongkah cendawan banyak2 dan hantar kat orang sana-sini. Dari sini saya mula dapat duit hasil jualan saya di internet, tapi tak banyak, dan kerja pun penat. Masa pun kena banyak diluangkan. Kesimpulannya, saya tak larat. Tapi saya dapat kesimpulan, internet boleh buat duit.

Beralih ke bisnes lain. Saya buat laman web. Memang saya pandai buat laman web tapi taklah sehebat pereka yang tiap-tiap hari bergelumang dengan laman web. Saya berpatner dengan sorang kawan. Dia yang memang pakar dan ada pengalaman.
Pendek cerita, bisnes saya ni berjalan dengan baik. Saya tak gunakan modal satu sen pun. Lagi satu saya tak daftarkan ke SSM pun. Sebab apa? Sebab saya nak tengok sejauh mana boleh pergi bisnes ni. Pelanggan pertama saya ialah seorang Australian, dia lah pelanggan saya pertama dan terakhir. Sampai kini, hanya dialah pelanggan saya. Dan ketika ini, saya masih lagi kena updata website dia yang ada beberapa buah.

Kemudian saya pun slow sbb saya tak larat nak fokus. Keje buat laman web ni memang penat. Badan memang tak penat tapi otak penat. CPU kat otak cepat panas, hidung pun boleh kembang-kempis sbb otak keletihan. Akhirnya saya berhentikan pemasaran supaya tak dihujani dengan pelanggan dan pelbagai lagi kerumitan yang lain.

Sampai kini, masih lagi buat bisnes laman web ni, tapi buat pelan-pelan dan kalau boleh taknak ada pelanggan lagi. Pelanggan yang sorang ni pun tak terjaga.
Tahun 2010, masa tu anak saya yang sulung dah sampai masa untuk belajar membaca. Saya memang tak larat nak ajar anak saya membaca, rasanya kalau saya yang ajar, bukan dia yang pandai, tapi saya yang jadi lebih pandai. Saya hantar anak saya ke tuisyen yang dibuat di perpustakaan awam. Sambil tunggu anak saya habis belajar, saya pun mula cari buku-buku yang boleh saya layan.

Mula-mula tu saya baca buku ensiklopedia kanak-kanak, lepas tu bila jiwa saya tak puas, saya cari buku lain. Minggu-minggu berikutnya pulak saya baca buku melukis. Lepas habis saya baca buku-buku melukis, saya terserempak dengan buku-buku bisnes internet. Pendek cerita, habis dah semua buku-buku tu saya baca. Tapi buku tak banyak membantu.

Pertama, sebab saya ni sorang yang sibuk, nak baca buku yang tebal mana sempat. Kedua, kerana buku bukan guru yang baik. Ia umpama guru yang bisu. Jadi saya sebagai pembaca, saya kena menterjemahkan apa yang saya baca, dan akhirnya saya sendiri jadi guru. Kalau sesat pun, saya jugak.

Senang cerita, dah macam-macam buku dibaca, dua tiga purnama pun dah habis, kalau belajar silat ke atau kompang ke, mesti dah pandai, dah boleh berpencak dan main lagu. Tapi nak buat bisnes internet tak macam tu. Susah betul nak pandai. Tapi tak patah semangat, saya teruskan jugak. Hati dipujuk supaya jangan mengalah.

Tiba ke saat ini, insyaAllah saya bakal menganjurkan satu seminar perniagaan internet. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik yang saya gunakan, boleh hadir ke seminar ini. Semuanya akan didedahkan. Tidak perlu lagi meraba-raba dan berguru dengan buku kerana buku bukan guru terbaik, ia tidak boleh bercakap sekalipun berbahasa isyarat. Kalau tak paham, kita akan kekal tak paham sampai satu masa yang lain.

Seminar ini ialah asas kepada segala perniagaan di internet tetapi melangkau ke seberang sempadan global. Tanpa asas, tak akan wujud sebuah bangunan. Memetik kata-kata Datuk Najib dalam suratkhabar hari ini,

“Keluar daripada zon selesa: Najib.
Bumiputera abad ke-21 mesti berdaya tahan, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran.“

Sehingga kini, saya telah mendapat maklum balas daripada rakan Cina, mereka juga berminat untuk belajar daripada saya. Dapat tak kita bayangkan, bagaimana orang lain berebut-rebut untuk meletakkan diri mereka ke atas?

Wasalam,
Mohd Rafi,
Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment