Total Pageviews

Tuesday, August 31, 2010

Lipan Dan Alam Kubur

Salam,


Member aku hari tu bagitau aku yang dia selalu tension. Aku tanya kenapa kau tension? Dia mengadu kat aku katanya jiran dia tiap-tiap hari berkaraoke kat rumah pada waktu siang hari. Aku kata baguslah macam tu, kau tak payah beli set karaoke, dah ada orang tolong nyanyikan, he..he...saje je aku nak kena baling dengan sepatu.

Dia kata, kalau sehari dua takpe, boleh jugak diterima, tapi kalau dah tiap-tiap hari apa hal, apa jiran-jiran yang lain ni semuanya jenis pekak ke? Ada yang nak rehat, ada yang nak tidur, ada yang nak solat, ada yang nak baca quran, ada yang tengah tidurkan baby kecik dan macam-macam lagi.

Ye tak ye, betul lah apa kau cakap tu. Kalau susah-susah kau buat je laporan polis, aku mengesyorkan. Dia bagitau aku, kalau dah jiran yand dua dari kiri dan dua dari kanan semua buat perangai macam tu, macam mana nak buat laporan polis? Karang aku pulak yang dipersalah kan.

Kau ni kan, betul buat aku bingung. Kalau nak sunyi, duk kat tepi kubur. Dekat kubur tak ada pesta, tak ada nyanyi-nyanyi, aman je. Kau boleh tengok lalang bergoyang, kau boleh cium haruman kemboja, kau boleh terhidu bau bunga rampai...haa kan aman damai tu. (He..he..kepala otak aku bagi cadangan mcm tu).

Satu kesah lain pulak, hari tu aku datang solat maghrib lewat sikit. Lewat banyak kot sebab bila aku sampai, imam dah nak masuk tahiyyat akhir. So bila dia bagi salam, aku pun sambung solat nak habiskansaki baki rakaat yang belum sudah.

Tiba-tiba masa aku dah masuk rakaat akhir, dan pak imam tu tengah baca doa lepas solat, aku nampakada seekor lipan keluar dari celah-celah sejadah betul-betul depan aku solat, tak jauh pun, dalam selangkah dua je antara aku dengan lipan tu. Peh..menguji iman betul.

Lipan tu warnanya hitam. Aku bajet kalau datang kat aku, boleh aku terbatal solat ni, nak lari kan diri punya pasal. Takut aku kalau kena sengat. Setakat kena sengat dengan nyamuk masih ok lagi...hee. Tapi aku tengok lipan tu tukar arah, menuju ke arah pak imam. Hah sudah, satu hal pulak. Pak imam pulak tu member aku, dia pulak tak perasan. Adush. Jemaah lain pun khusyuk sangat sampai tak perasan. Adush. Aku pun kelam kabut gak. Habis aku speeding bacaan aku kepada tahap 120km/sejam.

Ngam-ngam aku habis bagi salam, lipan tu aku tengok dah hilang di balik celah kain pak imam yang tengah bersimpuh baca doa. Aku pun bangun cepat2 pegi ke arah pak imam. Pak imam pun baru habis baca doa, dia hulur tangan kat aku nak bersalam. Aku pun suruh dia bangun. Dia pulak terpinga-pinga..aduh kau ni, meraung hati aku.

Aku pun cakap, tadi saya nampak lipan masuk bawah kain abang..err..tak sempat aku nak sambung ayat, dia pun dah melompat bangun...haru biru semua jemaah. hee..hee..ni aku punya pasal la nie.

Cari punya cari, selak sejadah, jumpa lipan tu. Besar kau. Kalau kena sengat, insyallah sakit. Aku pun ambik tin kosong, aku penyek kan lipan tu. Sian lah pulak. Tapi nak buat macam mana, lipan adalah antara binatang yang kita kena bunuh. Akhirnya terbunuhlah lipan tu.

Moral of story, kita belum nampak lagi lipan kat dalam kubur. Besar ke lipan korang? Ya Allah takutnya aku kalau ada lipan tunggu aku dalam kubur. Mana mau lari?

Sementara kat dunia ni, buatlah apa yang perlu. Sebelum terlepas segala peluang. Aku belum cerita lagi pasal lipan yang selalu keluar dalam bilik air rumah aku.

Wasalam.
1/09/2010

No comments:

Post a Comment