Total Pageviews

Thursday, September 2, 2010

Kau Ketawakan Pakistan?

Kita selalunya terlalu cepat menghukum sesuatu. Maksud aku ialah bila kita berdepan dengan sesuatu perkara, contohnya bila kita terlihat wajah seseorang, lekas-lekas kita menghukum sifat dan tingkahlaku orang tersebut. Kononnya kitalah yang paling pakar dengan riak wajah orang lain, tengok je muka dia terus kita tau perangai dia luar dalam, sampai warna seluar dalam dia pun kita tau.

Aku tak suka orang macam ni. Sebabnya bila orang jenis macam gini tengok aku, segera dia membuat kesimpulan aku seorang yang macam ini lah, yang macam itulah, sedangkan hakikatnya aku bukan yang seperti dia simpulkan. Karang, dia pulak yang aku simpul-simpulkan.

Korang pun tentu tak suka jumpa orang mcam gini kan, bila jumpa korang jek, tengok muka Korang yang tak pernah senyum tu, terus orang kata korang ni sombonglah, berlagaklah, hidung tinggilah, dada bidanglah, tapak kaki busuklah, ketiak berdaki lah..dan macam-macam lagi yang korang sendiri tak larat nak dengar.

Terlalu cepat kita menghukum sesuatu perkara kan. Sedangkan latarbelakang perkara tersebut masih jauh untuk kita temui. Dah kenal seminggu, dah berbual lama-lama, barulah kita tau, oh macam gini orangnya, macam gitu orangnya. Dan selalunya kita terpaksa membetulkan kembali tanggapan awal kita yang telah tersilap. Tak pasal-pasal buat dosa kering.

Apa yang telah berlaku di Pakistan, adalah suatu perkara yang lebih besar lagi daripada contoh yang aku sebut di atas. Bila Pakistan dilanda bencana alam banjir terburuk, sehingga satu perlima daripada negara mereka tenggelam dengan air, ada sesetengah antara kita yang berkata, tu lah, banyak dosa, Allah turunkan musibah kat dorang.

Aduh..mana kau tau dorang ada banyak dosa? Mana kau tau Allah hukum dorang sebab dosa-dosa dorang? Apa kau berkawan dengan malaikat pencatit amalan dorang ke sampai kau tau dosa-dosa dorang? Kau ni pun satu, bercakap ikut perasaan tak ikut otak. Tu lah banyak telan kepala ikan. Terlalu mudah kau menjatuhkan hukum ke atas perkara ni, sampai kau terlupa kat mana kaki kau berpijak. Macamlah kau tu takde dosa…haaa..aku kalau dah bercakap macam terkeluar pulak sinaran laser dari mulut aku.

Jangan lupa Kota Tinggi pun pernah banjir. Tenggelam selama dua minggu. Habis semua harta benda berharga. Boleh tak aku cakap..ish..ish..banyak betul dosa orang kota Tinggi, sampai dapat musibah macam tu ? Johor Bahru okey je?

Jangan lupa Acheh pun pernah banjir dengan tsunami. Boleh tak aku cakap, dasat betullah dosa orang Acheh ni ?  

Dan ini kau acukan telunjuk kau kepada dorang, kau kata dorang banyak dosa. Eh, aku tak sukalah dengar macam ni. Kan bagus kalau kau merendahkan diri sikit, kerana kita semua tau takde manusia yang maksum, dorang ada dosa, kau ada dosa, dan aku pun ada dosa. Kita semua ada dosa yang kita sendiri tau kan. Yang kita tak pernah ceritakan dengan orang lain melainkan Allah saja yang tau.

Kau kan kalau bercakap, seolah-olah musibah akan pergi kat tempat orang lain je, tempat sendiri kononnya terpelihara, kononnya tempat kau paling bersinar dengan nur keimanan. Emo pulak aku nieh..weh..weh..

Musibah yang Allah datangkan merupakan hadiah kepada orang-orang beriman. Dengan musibah Allah akan hapuskan dosa-dosa mereka, sekiranya mereka bersabar, Allah akan meningkatkan darjat iman mereka. Sebaliknya musibah yang Allah datangkan kepada orang kafir adalah azab, azab di dunia yang terlebih dahulu diberikan untuk mereka dan selebihnya menunggu di akhirat.

Aku tak menyangkal bahawa musibah datang ke tempat yang tenggelam dengan dosa maksiat, banyak umat-umat terdahulu binasa kerana dosa maksiat. Tapi jangan pula asyik melihat musibah datang ke tempat orang, kita menyangka tempat kita ini telah pun selamat sedangkan hakikat sebenar hanya Pemilik kepada musibah ini yang Maha Mengetahui.
Kita yang berada jauh beribu batu dari tempat musibah tersebut perlu muhasabah diri. Inilah peluang yang Allah berikan sebelum musibah yang sama atau yang lebih berat didatangkan untuk kita. Kita doakan kebaikan untuk mereka dan minta Allah jauhkan sebarang bencana dari tempat kita, wokeh gitu?

Oklah, aku telah melontarkan suatu isu yang agak berat jugak untuk korang dan aku berfikir. Kat sebelah aku ni dah terconggok satu lembaga sedang berbual dengan aku. Karang aku tak layan marah pulak. Baik aku stop sebelum lembaga ni sedut darah aku…bukan lembaga hasil, tapi isteri akulah. Chaos. (Ala-ala bucuk, marahla tu panggil lembaga - meh sini abg timang masuk buai)

Wasalam,
2Sep2010

1 comment:

  1. Sifat semulajadi manusia suka menilai pada pandangan pertama sebab tu kekadang cinta itu bole wujud pada pandangan pertama.tengok muka tentang mata nampak cantik/hensem elok kata2 dah terpaut.Dizaman sekarang yg penuh dengan pancaroba dan tipu daya kita tak seharusnya menilai dengan sekali pandangan mungkin perlu berpuluh2 kali ataupun beribu2 kali barulah buat judgement.Cara aku biasanya aku lebih suka kenali hati budi,peribadi dan lenggok perilaku baru aku buat tafsiran.terkadang aku jua tau ada manusia yang suka pada nama bila ada siti ada nur pasti elok peribadi.tapi apalah ada pada nama dan rupa.manusia suka berlakon dan yang mudah terpedaya pasti akan tersujud pada sipendusta.sepanjang pengamatan aku hidup kita tak boleh percaya hanya bila tengok dari paras rupa nampak alim trus kata baik,muka macam orang pecah rumah terus kata jahat.sopan lembut kata bicara trus cop berbudi pekerti orangnya, laser mulut dan lantang bersuara buruk sungguh tingkahlakunya.Apa yang penting kenali dia bukan survey hanya dia tapi juga yang rapat dengannya.kerna kekadang kita tak tahu apa silap pada diri kita walaupun kita kata " AKU TAHU SIAPA AKU".Tetapi aku juga tidak menolak kekadang kita tersalah tafsiran.Berbalik pada isu Bumi Pakistan kini,pasti ada yang buat tafsiran bahwa bumimu penuh dosa.tapi siapalah kita untuk terus membuat andaian sebegitu walaupun ada jua kita baca asbab-musabab terjadi sesuatu musibah adalah kerna DOSA.Tapi kita juga harus fikir adakah tanah yang sentiasa mendapat kemakmuran itu adalah tanah yang dirahmati.samalah juga dengan konsep orang perseorangan kita tengok org tu hidup susah sentiasa adakah itu kerna banyaknya dosa dia,ataupun kita lihat orang tu kaya ,rezeki sentiasa murah, duit tak habis2,sentiasa berjaya kehidupannya dirahmati.Itulah rahsia Ilmu Allah yang Maha Luas dan Yang Maha Mengetahuiapa yang terbaik untuk dirimu.Hanya segelintir yang berfikir dan mengambil iktibar.Jika dilihat dunia kini seperti kucar-kacir disana sini ada saja musibahnya.mana tanah runtuh,ribut taufan , hutan terbakar,banjir lumpur,banjir besar, batuan runtuh di air terjun dan sebagainya. Sedarlah dunia ini sebenarnya dah tua terlalu tua sedangkan dizaman nabi lagi ia dah diumpamakan nenek tua yang bongkok apatah lagi ia kini.Manusia sibuk mencipta kemajuan dan pembangunan yang dijadikan kebanggaan sementara.sana sini pasak bumi ditarah,laut ditambak diatas nama sebuah pembangunan dan pemodenan.Kat sini je kita boleh lihat wujudnya ketidakseimbangan ekologi.bukanlah aku menolak pembangunan tetapi kekadang aku rasa takut dengan pembangunan disekeliling aku tak kiralah nyata ataupun alam maya.Alam maya lak lain citernya banyak institusi keluarga runtuh akibat ketidakseimbangan pertimbangan pemikiran manusia.dunia..dunia..manusia..manusia.Pada aku Pakistan mahupun Palestin yang tidak surut dengan pelabagai kehuru-haraan jika dengan izin Allah ia akan kembali bangkit mungkin lebih lagi daripada dunia yang sedang berdiri megah kini,kalaupun tidak hanya Allah yang lebih Mengetahui kerana Dia lebih mengetahui apa yang kita suka mungkin bukanlah yang baik untuk kita , dan apa yang kita tak suka adalah yang buruk untuk kita.Fikir-fikirkanlah my fren....

    ReplyDelete