Total Pageviews

Wednesday, September 1, 2010

Kenapa Kau Pilih Cinta Tomboi ?

Hari tu, adalah hari aku paling terkejut. Hari apa tu eh..hari Isnin ke hari Jumaat? Sorilah aku tak ingat.


Masa tu aku tengah buat kerja, sambil tu aku sempat berbual-bual. Mestilah aku berbual dengan orang, tak tau pulak kalau dinding boleh berbual..wakaka. Entah macam mana boleh terlajak pulak cerita pasal perempuan-perempuan yang telah menukar dirinya kepada lelaki. Kat tempat aku kerja ni ramai orang macam tu. Tak taulah aku ni jenis wabak apa. Bendanya macam berjangkit dari sorang ke sorang yang lain. Lalu aku pun bertanya pada kawan aku tu yang begitu arif tentang hal ehwal ini, kajian yang dibuatnya ialah setahun. Eleh baru setahun...

Dia kata ada raaaaamai perempuan kat sini telah memilih untuk menjadi seorang lelaki. Senang cerita aku panggil tomboi je lah. Perkataan ni mewakili penkid dengan lesbian sekali. Aku malas nak ulas panjang2. Kita sebut tomboi saje. Korang sebut betul2, tomboi tak sama dengan tombol okeh.

Ada satu kali tu aku berselisih jalan dengan sorang tomboi. Mati-matian aku ingatkan dia lelaki. Rambutnya macam rambut anak sedara aku yang lelaki, cara jalan, cara merangkak, cara bergolek, cara melompat, semua macam lelaki. Hensem pulak tu. Tapi sayang rupanya dia perempuan. Siannya.

Aku pun tak paham, dalam cuba menyelusuri jiwa dorang dan cuba memahami latar belakang perkara yang menjadi faktor-faktor utama dorang boleh merubah diri yang asal, akhirnya aku buntu. Memang aku tak ada jawapannya. Kalau dalam periksa keluar soalan ni, mesti aku kantol. Paling tidak aku jawab, dah naluri dorang macam tu. Tak pun aku jawab, lu pikir lah sendiri...heheh..

Tapi semua yang berlaku pasti ada sebab2nya. Dan sebabnya ni lah yang aku tak tau. Ada sekali tu aku berbual dengan sorang tomboi, tapi dia bukan Muslim. Dia kata memang jiwa dia ialah lelaki. Dan dia suka perempuan. Nafsu dia kepada perempuan. Hah korang dengar tu. Kalau aku perempuan, dah lama dia ngorat. Jap, aku nak pegi solek.

Tapi ada ramai jugak yang beragama Islam yang jadi tomboi nie. Lebih ramai daripada lelaki yang menukar dirinya kepada perempuan. Aku bukan apa, tak kiralah yang mana satu, perempuan jadi lelaki ke, lelaki jadi perempuan ke, kedua-duanya dilaknat oleh Allah. Korang pun semua tau kan perkara ni. Tak payah nak aku jelaskan. Tak kiralah apa saja alasan korang untuk menukar diri yang original ciptaan Allah, semuanya dilaknat oleh Allah, hukumnya berdosa besar. Macam laser pulak mulut aku ni.

Tapi macam mana nak bagitau kat dorang ni? Jiwa dorang ni lagi keras dari lelaki. Kalau bercinta, lagi romantik dari lelaki. Teramat penyayang, teramat memahami, pandai sangat memujuk, pandai mengambil hati, sanggup berkorban, dan segala-galanya lebih dari lelaki. Tapi tak boleh lebih dari aku..hihi..

Aku pun tak tau macamana nak mendekati golongan ni dan beritahu mereka apa yang mereka lakukan ni ialah satu perkara yang amat membahayakan akhirat mereka. Susahnya nak berubah kalau diri dah bertahun-tahun macam ni. Hanya Allah kepada aku memohon hidayah...amin..amin.

Eh, panjang pulak cerita ni, ni baru je sampai kat pangkal cerita. Nanti sambung lagi woken. Insyallah.

1. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.
2. Akal yang di anugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup diakhirat.

wasalam,
2 Sept 2010

1 comment:

  1. Tomboi,pengkid atau yang seangkatan dengannya pada asalan adalah seorang perempuan.dilahirkan Allah dengan ketetapan itu melainkan dia khunsa maka apabila dia dewasa dia harus memilih kecenderungan jantinan yang mana satu .bagi aku sebab tulah mereka ni mempunyai sifat penyayang setulusnya ,lembut hati ,kasih sejati ,menghargai pasangan dan melindungi.bukankah tuntutan semulajadi seorang wanita perlukan seorang yang boleh dia rasakan tenang pabila bersama,rasa diri dihargai dan selamat.cuma bezanya mereka mungkin terkeliru dgn perasaan sendiri dan tidak dapat menilai dengan sebaiknya kerana emosi menguasai melebihi akal.ada kalanya akal mengatakan tidak tapi hati mengatakan ya kerna inginkan kasih yang tulus. seorang lelaki amat payah untuk memahami hati seorang wanita malahan ada yang terang-terangan mengguris perasaan dengan kata2 dan perbuatan.bagaimana pula wanita sejati yang tau dia wanita tp mengapa dia turut menyakiti hati wanita lain.sebab tu orang kata pemusnah wanita adalah wanita.faham tak?pengkid/tomboi adalah perempuan yang terkeliru dalam mencari identiti.mencari perempuan dr kaum sejenis tp amat penyayang kerna menjaga hati wanita lain.sementara wanita sejati
    adalah jua perempuan tp ada segelintirnya mengguris dan memusnahkan kebahagiaan wanita yang lain.pilihan adalah ditangan perempuan itu sendiri.seharusnya dia memilih untuk hidup secara bermaruah.memilih untuk mencari kebahagiaan sendiri yg betul ataupun merampas kebahagiaan yg hanya seketika didunia dan mengenepikan akhirat.kekadang aku terfikir adakah wanita dijadikan untuk menjadi mangsa dan korban semata2.mengorbankan diri biarlah pada jalan yg betul.jalan yang diredhai.

    ReplyDelete